Thursday, April 23, 2009

Singkap Rahsia Tarikh Lahir Anda

tgk rambut dia skema tak?
wakakka.. jgn marah yek..
tapi mmg skema pun... :P



AKU
22 + 5 + 1983 = 2010

2 + 0 + 1 + 0 = 3
Nombor Tarikh Lahir anda ialah : 3


DIA
18 + 6 + 1986 = 2010

2 + 0 + 1 + 0 = 3

Nombor Tarikh Lahir anda ialah : 3


3. Ceria
Golongan ini merupakan golongan yang idealistik.
Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
Mereka sangat popular dan idealistik.
Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.



Ahaks~ saje je aku boldkan mana2 yg aku rasa best.. yang tak best tu aku tak pandang sangat pun.. part yg paling aku ske adalah aku ske tgk org lain gembira dan aku seboleh2nya akan buat mereka gembira.. aku setuju sangat la tu, cuma kadang2 aku cuba buat diorg hepi tapi diorg sebenarnya tak hepi pun dgn ape yg aku buat tu.. uhuks~


and tak sangka lak DIA pun sama gaks 3.. tiru yek~


tambahan
hehehehe..disebabkan ramai yg nk tau..aku paste la kat sini yek.. korang kira dan nilai la sendiri yek~

1. Ketulenan
Hadir dengan idea baru.
Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

2. Pendamai
Dilahirkan sebagai diplomat.
Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup, tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

3. Ceria
Golongan ini merupakan golongan yang idealistik.
Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik.
Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

4. Konsevatif
Golongan ini sangat peka dan tradisional.
Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
Mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

5. Perintis
Mereka adalah perintis.
Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

6. Romantik
Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
Mereka suka seni musik.
Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

7. Intelektual
Golongan ini adalah Pencari.
Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
Mereka sangat suka berahsia.
Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

8. Penyelesaian
Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

9. Pelakon
Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
Mereka sangat penyayang dan pemurah.
Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.


19 comments:

Stan Kairez said...

Masa tue kita baru 1st time kuar sama kat Bowling Ole-Ole. Mlm tue trus paksa member potong rmbut aku. sian dia coz tgh tido maklumlah kul 1 pg. esoknya jumpa zu dgn fesyen rmbut yg baru. He..he..

Farihan said...

aku pun 3 gak masalah tul lah ko nie...ooooo rupanya aper reason ke 6 btul lah yer...patutlah sejak 2-3 menjak nie masalah reason ke 6 ko tue sgt ketara.....

Stan Kairez said...

Sibuk btl la ko nie maro.. nak gak join... Aku dgn Zu jumlah penambahan sama iaitu 2010. Ko jgn nk gatal ngaku sama gak. Ahak!

Farihan said...

oooo cm2 lah best friend...aku tau ler dier tunang ko..kecik ati ahhhh cmnie....(ahaks)...takpe ingat smpai mati....huhuhuhuhu

aizuemi said...

oit.. ni ape gaduh kat sini nih? nk kene sekeh ke 2 2 budak nih..

Yong Zahura said...

Ngah, aku ngah???
Berapa ngah?
Apa huraiannnya ngah??
Citer aaa...

tetsuko87 said...

ngah..aku lak ngah..no 4 n no 5..gtau la..huhu

aizuemi said...

hahahha.. olrite.. aku taruk kat sini.. jap ek~

pejal82 said...

aku lapan..citer2..

aizuemi said...

perghh.. ko 8 ek.. ye ke ko profesional? hmm.. konpiuusss jap~

Ermalina said...

aku 4? aku tradisional? hehehehe

aizuemi said...

ko degil kak esah?
blajarlah utk lebih fleksibel.. ahaks~

ZzamzZ said...

huhu aku pun same la no 3 gak..kekeke

aizuemi said...

ni maknanya ramai kawan2 aku ceria2 belaka.. hahahahha~

Anonymous said...

klu hasil = 10 cane.. x de pun penerangan tentang no 10

aizuemi said...

kalo dapat 10.. juz tambahkan 1 + 0 --> 1

simple je~

Eda said...

Aku 1..hahaha..boss.. nak kena amik degreeni..

Yong Zahura said...

Aku 2...
Sejujurnya aku cakap, analisis itu sememangnya TEPAT.
Each and every detail do represent me SOOOO much!!
(cuma bab diplomat tu jer aku tak setuju, sebab aku suka sgt jadi che gu~)

Abg Salim lak 1..
Pun aku rasa TEPAT (aku rasa)

Thanks Ngah!!

aizuemi said...

Eda...
silakan.. silakan...

Yong...
aku pun tatau tepat ke tak.. aku dah kene cop perasan.. wakakkak~ tapi ade aku kisah.. cikgu sejarah aku pesan dulu, biar perasan asal bahagia.. so.. KU BAHAGIA~! [ love dat song.. ]