Tuesday, August 15, 2017

[ Travel ] - Ayuh ke Medan Kita ( Day 2 and 3 )

Hari kedua di Medan adalah lebih santai buat aku. Aku decide untuk mencari toko buku sambil menikmati makanan di Kota Medan. Pengangkutan aku sepanjang di Kota Medan hanya menggunakan Angkut-angkut dan GrabBike. Kalau tanya pendapat aku tentang pengangkutan, surely aku suggest guna GrabBike sebab lebih murah (selepas aku compare harga kedua-dua pengangkutan tersebut)


Ok. Aku decide untuk pergi ke Istana Maimun terlebih dahulu. Memandangkan daripada Pondok Wisata Angel Guest House hanya jaraknya cuma dalam 500-700m, maka aku memilih untuk berjalan kaki sahaja. Jangan malas sangat









Kenapa tiada gambar aku berposing sini sana di sana? Saja.. tanak letak dalam nih.. BTW, Korang boleh bertemu dengan translator yang ada di Istana Maimun ini, namanya Pak Iskandar. Dia kasi cerita dari A sampai Z la kalau korang berminat tentang Istana Maimun nih.. Dia boleh berbicara dalam beberapa bahasa and seriously mmg seronok giler kalau jadi dia yang tahun almost 10 bahasa tu kot, i think dia cakap bahasa French kot depan aku. And dia tengah belajar bahasa Mandarin sekarang. Good luck and i love Mandarin. Kalau korang nak tau tentang Istana Maimun ni, boleh google. Takde mood nak explain pepanjang. Ahaks.. Tapi berbaloi lah dengan harga masuk ke dalam tu : Rp5.000 sahaja. Tapi kalau korang nak try baju tradisional kat dalam tu pun boleh. Kalau tak silap harganya murah saja, dalam Rp20.000 sahaja. Why not kan? Macam gambar kat bawah nih.. Kalau tak silap brother 2 orang nih pelancong daripada Batam. Caisss tadi cakap takde gambar aku, tapi demi gambar baju tradisional nih, aku tempek la jugak... 





Daripada Istana Maimun ni, aku bercadang nak isi perut di RM Sinar Pagi. Senang jer, naik angkut-angkut dengan harga Rp20.000. Disebabkan pakcik ni macam blur-blur, so sambil² tu aku buka la google maps (sorry la, tak guna Waze). Alhamdulillah, selamat tiba di destinasi. Tanpa ragu-ragu, aku masuk ke dalam kedai tersebut. Dengan menikmati :-

Soto Daging : Rp28.000
Peyek Udang 1 : Rp6.000
Teh Pahit + Teh Botol : Rp11.000
Begedel 2 ketul : Rp4.000

Sangat menarik. Makan jer. Pelayan tu saja duduk berdekatan meja aku, sebab nak interview aku. Takpe, gua layan jer. Dan untuk pengetahuan korang, pelanggan kat kedai ni tak putus-putus, and soto dia boleh layan lah. Gambar? Nanti kalau jumpa aku tempek k?


Okie.. lepas makan.. aku bercadang pergi ke Medan Mall untuk cari toko buku. So, aku naik angkut-angkut dengan harga Rp15.000 daripada RM Sinar ke Medan Mall. Sebenarnya aku ke sana atas cadangan Pak Iskandar yg cakap ade 1 toko di Medan Mall, namanya Gramedia. Namun agak kecewa sebab Gramedia sebenarnya sudah tutup. So, aku jalan-jalan je la dalam Medan Mall ni. Pusing-pusing jumpa juga 1 toko buku. Tapi agak biasa² je kedainya. Aku sebenarnya mahu mencari buku 'Cinta Yang Marah', 'Kukila' atau 'Sudahkah Kau Memeluk Dirimu Hari Ini' hasil tulisan M Ann Mansyur. Tapi takde. Cuma pekerja di situ tanya aku, pernah baca buku Boy Chandra? Pastinya belum pernah, dicadangkan oleh dia untuk cuba baca dan hadam. Aku buka 1 buku iaitu 'Catatan Pendek Untuk Cinta Yang Panjang' .. Menarik .. Boleh layan untuk bacaan santai aku. Aku angkut 3 buku cuma dengan harga Rp75.000 (RM24) .. Arghhh.. bahagia.. dan aku beli 2 jigsaw puzzle untuk Cik Auni dan Mika Adi dgn harga cuma Rp20.000


Hehehe.. lepas lepak di Medan Mall.. aku decide nak pergi massage.. Well.. aku dah google awal-awal daripada Malaysia dan pastikan tempat urut ni tidak dikhaskan untuk PRIA sahaja. * wink * ... Maka dengan itu aku pilih ZENGARDEN . Kali ini aku naik GrabBike dengan harga Rp9.000 sahaja, daripada Medan Mall ke Zengarden nih. Cheap cheap~~ tapi sesat barat sekali sebab brother ni tak buka GPS, dia agak² macam baca map zaman dolu-dolu, siap pusing² handphone *tepuk dahi* .. Maka sekali lagi aku terpaksa guna google maps aku .. Seriously, urut kat sini memang best.. Siap tidur-tidur tak sedar diri jugak la.. Maybe aku penat sangat.. Aku suggest la korang pergi sini. Harga? 

Oriental Essence : Rp198.000 (RM63)
For 90 minutes

Okeh la kan? Takde la mahal. Kalau dekat sini mau RM90++ dah.. Yang penting, tempat dia selesa dan bersih. Oh.. aku lupa.. aku add on facial sekali dan tambah lagi Rp88.000 (RM28) . Sekali sekala manjakan diri di negara orang, apa salahnya.. So.. Why not korang try kalau alang-alang dah ke Medan. 


Source : http://zengarden.co.id/en


Selesai berurut, aku rasa nak lepak di sekitar Merdeka Walk. So, sekali lagi aku naik GrabBike dgn cuma harga Rp5.000 sahaja daripada Zengarden ni. Sampai je kat Merdeka Walk, aku rasa macam belum lapar dan ada few stalls yang belum buka. So, aku rasa macam nak buat benda lain dahulu sebelum makan. Makanya, aku nampak macam ada 1 mall di belakang Stasiun Medan, nama mall ni Centre Point. Aku jus jalan kaki sahaja. Cross the road yang macam 'bila-aku-nak-boleh-lintas' nih, kalau kau tak redah, sampai senja la kau di situ. Tips : tiru style orang lokal di situ lintas. 





Inilah rupa Centre Point. Quite besar juga la mall ni. Dan untuk berjalan ke sana, macam aku cakap tadi, kena cross juga Stasiun Kereta Api Bandara tu. Kena lalu jejantas tuh.. Tuh? Tuh yang macam kat gambar bawah nih.. 



Ini pemandangan daripada jejantas tersebut. Bukan gambar google.. Ini gambar saya yang punya. Kalau gambar selain gambar aku, semua aku dah letak source-nya daripada mana.. Dan turun-turun saja, kalian akan terjumpa 2 buah toko buku. Kesempatan ini aku bertanya lah pada orang kedai itu. Ada buku 'Cinta Yang Marah' ? Dan sekali dia jawab, "Kalau sudah bercinta, kenapa mahu dimarah-marahi?" Aku sekadar tersenyum sebab tak tau nak respon apa. Dan buku tu takde. Sekian. Ahaks~



Lepas berjalan dalam 2-3 minit, sampailah ke Centre Point. Rupa mall ini sama je macam dekat Malaysia. Tiada beza sangat pun. Dan kepala aku rasa macam nak buat sesuatu yang aku belum pernah buat lagi. Acu teka apakah?


Ya... kalau anda teka nonton movie, tepat sekali jawapan anda.. Kalau tak, maaf anda SALAH! Gua tengok Cinema XXI ni macam menarik jer. Tak salah rasanya aku coba² try. Setelah melihat list of movie tu, kalau setakat nak tengok Despecible Me aku dah layan dengan Cik Auni n Mika Adi baru-baru nih. Spiderman? Not so interested.. So, gua pilih movie lokal Indonesia lah, which is aku rasa takkan keluar di panggung Malaysia (padahal aku sendiri pun tatau cerita ni ade tak kat Malaysia).


Taraaaaa... aku pilih cerita Filosofi Kopi 2 The Movie : Ben & Jody .. Antara pelakonnya adalah Luna Maya dan Nadine Alexandra.. mungkin itu punca utama aku nonton movie ini.. Hahahahhaha~ Oke.. Harga tiket pada aku agak mahal juga la, Rp50.000 (RM16) . Tapi sekali sekala apa salahnya kan?




Nak aku review pasal cerita ni? Ahhh.. tak kuasa aku.. Cuma yang boleh aku katakan, aku bagi 3.5 bintang untuk cerita ini. So, kalau korang nak tengok, boleh cari online. Terima kasih. Habis saja cerita ni, perut pun L.A.P.A.R .. Maka aku kembali ke Merdeka Walk untuk menjamah sesuatu. Mula-mula ingat nak masuk la kedai-kedai kat situ, sekali gua lepak je dekat stall berdekatan padang tu. Seriously, aku terjadi tumpuan pula dekat akak-akak kat situ yang terkejut bila tahu aku datang Medan seorang diri dan tanpa kawan-kawan di sini. Dekat stall ni, aku layan :-

Bakso : Rp25.000
Sate Padang : Rp15.000
Teh botol (2) : Rp12.000

( sepatutnya order Mee Ayam dekat sini weyh.. tapi aku tak nampak ade Mee Ayam tu.. rugi² )


Sambil makan, sambil sembang with the locals. Kebetulan pada hari ni, aku nampak majoriti orang memakai baju batik dan aku jadi teruja untuk tahu, adakah sama seperti orang government kita yang memakai baju batik pada setiap hari Khamis. So, aku tanpa segan silu bertanya pada meja sebelah which is 2 beautiful girls yang memakai baju batik. Katanya, tak semestinya yang bekerja dengan government saja, semua digalakkan pakai baju batik pada hari Sabtu. Oh Kay.. baiklah.. Disebabkan ada beberapa perkara lagi kitorang bincangkan, maka aku dah berkenalan dengan mereka berdua. Datang Malaysia sila datang cari aku. Aku bawa g makan nasi dagang. Hehehhehe~ 


So.. aku rasa penat pula nak merayap lagi.. Walaupun hajat di hati nak juga tengok night life diorang. Sekitar kul 10 malam, aku dah decide untuk pulang ke Pondok Wisata Angel.. Naik GrabBike daripada Merdeka Walk cuma Rp5.000 juga. Menapak jauh juga la.. So, sampai dekat Pondok Wisata Angel, aku naik bilik dan bersihkan diri. Pastu gua turun bawah dan lepak dengan diorang pulak. Staf² dekat sini mmg friendly gila. Walaupun bilik macam harey tapi seriously untuk lepak di bawah dengan diorang, memang best! 


So.. 3rd day aku tak de pergi mana-mana. Breakfast pun di Pondok Wisata ni sebab aku amik flight balik awal.. Why? Sebab nak kejarkan football league aku dekat Damansara Damai jam 5 petang. Hehehhehe.. Daripada Pondok Wisata Angel ke Airport, aku buat kerja gila.. Naik GrabBike juga.. Senget juga la bontot aku, dan pinggang terasa macam nak tercabut.. Tapi aku bergembira dengan keputusan aku, takde lah terpaksa stuck dalam kereta menanggung kemacetan yang tahap gile babi.. 



Sekianlah cerita SHORT TRIP aku ke MEDAN, INDONESIA. Baru aku perasan.. Ada entry seperti SHORT TRIP aku ke JAKARTA dan HATYAI yang belum aku masukkan dalam ni.. Cerita santai-ya di PERHENTIAN ISLAND pun takde.. Oh Man.. baru ku sedar dah tak rajin update blog sekarang.. Hehehhehe~


#SemogaJumpaLagi

Tuesday, August 08, 2017

[ Travel ] - Ayuh ke Medan Kita ( Day 1 )



Hi. Bertemu lagi kita yer
Kali ini saya terbang lagi
Ke bumi INDONESIA
Cuma kali ini saya buat keputusan secara mengejut
After discuss dengan Incik Suami
Saya pilih MEDAN sebagai destinasi pertama untuk trip SOLO saya



Tiket AirAsia takde la murah sangat
Kalau beli awal, mesti lagi murah.. 
Rezeki saya .. check in dapat duduk kat tingkap
Syukur~~~



Sampai-sampai je dekat Airport, saya terus cari Pak Supir a.k.a Guide yang sepatutnya amik saya utk daytrip Berastagi-Air Terjun Sipiso-Piso (sambil menikmati view Danau Toba), pastu visit lagi ke Berastagi utk visit fruit market & Gundaling Hill. Harga agak mahal sebab PRIVATE TOUR and SEORANG SAHAJA. 





 On the way tu, Pak Udin selaku guide n driver saya, banyak bercerita tentang Medan dan Danau Toba, cerita tentang Puak Batak yang terdapat di Medan ni. Pastu, dia tanya, mau singgah layan Jagung Bakar tak.. Gua ape lagi.. Mesti la mau.. Perut gua dah lapar sebab tak breakfast pun pagi tu. Sumpah jagung bakar ni sedap. Dia sapu sos cili, pastu bakar. Air? Macam biasa, Teh O Ais Kosong.. Kalau dekat sini, diorang panggil Teh Pahit Dingin .. Dan aku tak galakkan beli Teh Botol dekat sini sebab harganya Rp10.000, mahal la weyh.. double harganya ~


Harga
Jagung : Rp10.000
Teh Pahit Panas : Rp5.000
Teh Pahit Es : Rp3.000



On the way juga, ade beberapa perkataan yang saya belajar antaranya seperti
Pecu-Pecu
Lomok-lomok
Cabey-Cabeyan
Kidu-kidu

Korang tau tak ape maksud perkataan² di atas ni? 


Oh lupa juga nak bagitahu.. KEMACETAN sepanjang perjalanan sebab diorang tengah upgrade jalanraya membuatkan masa agak terbuang di jalanan. 



Ini adalah pemandangan di Berastagi (if i am not mistaken)


Aku minta Pak Udin bawakan aku terus ke Sipiso Piso Waterfall sebab aku memang nak turun sampai bawah dan aku nekad walaupun dia cakap 1000 anak tangga perlu dituruni dan didaki semula, aku akan turun sampai bawah juga dan akhirnya aku berjaya. Subhanallah. Memang cantik dan cantiiikkkk la.. Hahahhaha.. tatau nak gambarkan macam mana.. Tengok je la gambar kat bawah nih.. Teruja~!




Ni daripada camera saya yer.. bukan GOOGLE.. Harap maklum... Sejuk giler nak mampus biler ade kat bawah tu.. Berbaloi giler.. cuma, dalam kepala duk fikir gaks, cenggane lar nak naik sampai atas nih.. Tapi, gigih weyh... Terpaksa ar naik.. Takkan nak bertapa kat bawah tuh~ Dah naik atas, Pak Udin ajak lepak minum sambil sembang² kedai kopi dulu. Dan kat sini aku order 2 teh pahit es dan dia payung.. Ahaks~ Sempoi jer.. 




Lupa nak amik gambar pasal LUNCH kitorang.. Makan masakan padang restoran biasa-biasa jer tapi SEDAP dan janji HALAL .. Saya cakap kat Pak Udin, tayah gi restoran mahal².. Gua bajet.. 


Harga Lunch 
Nasi putih
Ikan Lele
Begedel (2ketul)

Total : Rp20.000



Ni saya share juga lah gambar pemandangan Danau Toba daripada kawasan Air Terjun Sipiso-piso


Juga bukan gambar GOOGLE yer.. My photo.. Serius cantik.. Satu hari nanti boleh datang lagi.. 



Oker.. now aku terus bawa g ke Bukit Gundaling.. kat sini boleh view dua gunung yang terkenal di Medan iaitu Gunung Sibayak dan Gunung Sinabung. Aku berjaya tengok erupsi berlaku sewaktu aku on-the-way ke Sipiso-piso pagi tu.. Memang berdebu deban la weyh.. Kereta pun memang kompem kena cuci.. Ok.. back tu Gundaling.. Kat situ, ade segerombolan anak-anak muda akan offer untuk amik gambar korang.. Aku pulak rasa cam sekali sekala apa salahnya.. So, ade la aku amik gambar di situ.. Harga? Sekeping aku berjaya dapat Rp20.000. Aku beli 2 keping.. So, total Rp40.000


Nilah anak-anak muda yang aku cakap tadi.. Rasanya ade yang adik beradik diorang nih.. muka cam sama jer.. dan diorang bahasakan diri diorang Anak-Anak Gundaling. 


Gambar ni memang sengaja dibiarkan gelap.. Toksah tanya kenapa.. Tapi .. sini pun sejuk dan cantik pemandangannya.. Tak bawa DSLR, tapi saya capture segalanya dalam memori-kepala-otak saya.


Oke... lepas tu, rasa dah penat.. maka, ajak la Pak Udin gerak bawak pulang ke Hostel. Penginapan memang bajet giler.. Gua duduk hostel jer.. Pondok Wisata Angel di Kota Medan.. 2 malam cuma RM51 sahaja.. Whatever lah.. janji boleh tidur saja.. Dinner pun, aku decide dinner di situ sahaja.. Layan Soto Medan dan Teh Pahit.. Mahal sikit sebab makan kat situ kan.. Rp37.000 ..



Oke.. abis Day 1.. later² lah sambung Day 2 punya citer~