Saturday, October 04, 2014

SELAWAT SYIFA ...


Selawat Syifa

Ayuh amalkan... Antara khasiat Selawat Syifa ini adalah seperti berikut 



Menyembuhkan pelbagai penyakit
Sediakan air kosong, baca selawat ini 21x dan hembuskan dalam air. 
Minum air tersebut dan di tempat yang sakit

Memupuk kasih sayang antara suami isteri, ibu bapa dan anak
Amalkan ketika menyapu rumah dan ketika memasak / menyediakan makan untuk keluarga

Meransang perkembangan minda anak-anak
Baca dan tiup di kepala anak ketika mereka sedang tidur.

Melembutkan hati sewaktu sedang marah
Ketika sedang marah atau merajuk, baca 3x dan tarik nafas dalam dalam, boleh juga utk dihembus pada seseorang yang sedang marah

Thursday, October 02, 2014

[ Opis ] - Konvensyen KIK Peringkat Zon Tengah UiTM



Alhamdulillah, 
berakhir sudah Konvensyen KIK Peringkat Zon Tengah 
yang berlangsung selama 2H1M 
di Dewan Annex, UiTM Shah Alam


Kami mewakili Pejabat Teknologi Maklumat (InfoTech) - Jabatan Pengurusan Aplikasi (JPA) ..


Honestly la kan, ni la 1st time beb "budak² bermasalah" mcm kitorg ni hantar team untuk event² macam ni.. hehehe.. Syukur sangat² apabila kitorg menang beberapa kategori~



"We Are So Damn Serious,
You Won't Believe It Until You See It ! "



~ UNBELIEVABLE ~



 
Untuk Anugerah Poster Terbaik ni, 
tak lain tak bukan mmg kitorg tuju dekat Kak Emi la kan, 
sebab dia siapkan sorang² diri jam 2 pagi... 
Nak amik kredit pun malu.. muahhahaa... 
Anyway, you are always my favorite designer.. 
( She's the one who design my wedding album...  )




Ni pulak Anugerah Persembahan Kumpulan Terbaik
 Wallauweeyhhh... lepas ni kita pikir nak buat komedi apa lagi.. 
Tak abis² nak bikin onar atas pentas... 



Hokey... ini memang tak jangka
Anugerah Inovasi ICT




and
terakhir sekali...




Kitorg berjaya dapat Tempat Pertama..  Alhamdulillah~!!!
oke la kan


FROM ZERO TO HERO



Alhamdulilah syukur.. Kejayaan P-Tech hari ini tidak akan terjadi tanpa sokongan dan dorongan padu semua pihak. Sehubungan itu saya mewakili kumpulan P-Tech ingin mengucapkan terima kasih pada pihak pengurusan tertinggi InfoTech terutama Tuan Pengarah PM Mohd Zaki dan Timbalan Pengarah JPA Puan Sariani atas dorongan dan semangat membara kepada kami untuk memasuki pertandingan ini. Tak dilupa ketua2 unit kepada ahli kami, Pn Sharina dan Pn Najmiah atas kebenaran pelepasan dan sokongan pada kami. Pihak penganjur iaitu En Zamani, Cik Dayana Faziha dan En Abd Hadi Milok yg selama ini telah memberikan pelbagai persediaan dari segi dokumentasi serta bengkel bagi memantapkan kumpulan kami. Juga terima kasih kepada Pn Jubina dari Kumpulan KIK 1Q Pejabat Bendahari atas perkongsian pengalaman dan kejayaan kumpulan mereka selama ini. Kepada En Muhamad Nizam Ketua BPP selaku user projek kami, terima kasih atas nasihat dan idea dalam memperbaiki projek ini. Tidak lupa pakar rujuk kami Tn Haji Azizi Jantan atas segala ilmu yg dicurahkan.. Kepada Fasilitator kami En Azman terima kasih atas bantuan berterusan..Begitu juga kumpulan seperjuangan kami PROSERVE terima kasih atas sokongan bersama. Akhir sekali kepada ahli keluarga kami suami isteri anak2 yg sentiasa memahami dan menemani kami semasa kesibukan persiapan. Sekali lagi kepada semua..Terima kasih menjadikan P-Tech from Zero to Hero kali ini.. Semoga kami terus sukses untuk pertandingan peringkat seterusnya selepas ini.. InsyaAllah




Kepada Kumpulan P-Tech.. Zuraiha, Haidir, Emilia, Masrul, Lyana, Azura,Rapeah... Tahniah atas komitmen untuk teruskan perjuangan.. "


- copy paste ayat kak scha -



#goodluck guys.. kemungkinan besar aku memang 
tak dapat nak "BERMASALAH" & "BIKIN HAVOC" 
bersama-sama korang 
untuk Konvensyen KIK Peringkat UiTM


namun aku tetap mendoakan 
yang terbaik buat P-Tech & Proserve