Orang-orang Islam bak harimau garang
menguasai hutan belantara dengan merdekanya
segala binatang-binatang hutan tundukpadanya
dia boleh menguasai apa saja
dia boleh memilih mana binatang yang dia suka
tapi bila dia jadi harimau sarkis
dibuatkan rumah di dalam kandang
adakalanya dirantai leher
diberi makan dan minum dengan percuma
diberi rumah tanpa sewa
dia bangga dengan jayanya
tapi dia makan minum
tanpa pilihan
kadang-kadang barang busuk terpaksa dimakan
di samping gelanggang hidupnya sempit sekali
belangnya walaupun tidak hilang
taringnya masih tajam
tapi tidak boleh bertindak lagi
adakalanya pada tuannya dia radang
boleh jadi makanan lambat diberi
atau kerana hidup membujang
atau diberi makan tidak kenyang
dia pun mengamuk dengan berang
ngaum suaranya memecah bumi
tuannya macam hendak diterkam
tapi kayu tas pada tangan tuannya
bila ditunjukkan padanya,
dia menundukkan kepala kembali
inilah dia harimau sarkis
walaupun boleh tunjuk garang
tapi kemerdekaannya sudah tidak ada lagi
* Madah ALLAHYARHAM yang aku kagumi sedari kecil *
Tuesday, January 31, 2012
Friday, January 27, 2012
[ Me ] - Sikap Bertangguh~
* AHaks~ secara jujurnya .. inilah salah satu drp sikap buruk aku~
# OMG~ oiiii aizuemi .. yg ko bukak pekong ko sendiri ni pasai apa??
* Ohh... tak tak.. aku tak bukak pekong .. tp ko eja salah la.. PEKUNG .. bukan PEKONG...
# Ye la.. Ye la... aku silap... PEKUNG k.. ko ske bertangguh ker?
* Hehehe.. kdg2 tu bukan aku sengaja .. tp aku TERlupa ..
# Ok .. So, ape ko nak cite sebenarnya nih ...
* Camni ar .. aku saje usha² dan jalan² tgk STUDENT PORTAL UiTM yg baru launch .. pastu aku usha lagi, tgk ada FB STUDENT PORTAL nih .. aku saje la baca² ape komen regarding page nih.. pastu, aku cam terkujat la tgk 1 komen tu ..
* Baru la aku tau.. ada student² yg tak reti nak prepare awal sebelum masuk kelas .. 15 minit gik mo kelas, baru sibuk nk print nota .. aigooooo~
# Heeeeyyyyceeehhh .. mcm la dulu ko tak camtu .. ko pun sama gaks kan Aizuemi kan kan kan?
* Hahhaha.. Yer la.. tp aku takde la gtau semua org aku ni jenis LAST MINIT print nota .. tak pepasal nnt org marah aku, sape suh tak prepare awal² .. dalam kes ni, aku x blame on system .. aku blame diri aku sendiri sbb tak ready awal² .. amcam? bagus x aku? [ mode : masuk bakul angkat sendiri .. puiiiiihhhhh~ ]
# Sibaek la ko sedar diri .. Ingat tadi ko nak sibuk marah bila guna student portal UTM dulu wat hal .. So, pasni, arap ko takde la tangguh² print document waktu keje .. takut kang BOS marah plaks .. hehehe~
Monday, January 23, 2012
[ Kenangan ] - Jamang Abih Belajo~
These picture was taken year 2005/2006 .. Omak aiii.. da hampir 7 tahun da ..
Raso lawak lak den tgk gambar2 lamo nih ha... Ado gamba exclusive wei .. hehehehhe~
waktu den convo ..
kocik2 laie adek2 den..
raso kalo comei camni slalu kan ok.. hahahhahahaha~
aku bersama nana , hasan dan hadzlan ..
den da tatau da mana poie si hadzlan tu ..
kenangan bersamo geng bengots..
rindu boto den waktu zaman blajar nih..
zaman nakal2.. ahaks~
ini sheikul..
budak sekelas dgn den..
dari tahun 1 smp la tahun akhir ..
tahun extend raso2 den dio da xdo..
sbb dio x extend.. ahaks~
hahahhahah...
ni gambar exclusive yg den maksudkan..
Hasree.. den pun da tatau mano poei mamat nih..
kat kelas x ponah bertego sapo..
tetibo datang jumpo amek gambo..
maluuuuuu denn... hahahhaha~ ( poyo )
celebrating GEMINI bday...
sumo da kojo .. sumo da bjayo...
anak pun da berapo .. ahaks~
ni den dgn partner badminton den, kak jijah ( baju kuning )dan kak ira...
kuruih gilo den waktu nih..
cam tak cayoo bilo tgk den kuruih dari kak ira.. wakakkakak~
Ni Bro Lokman..
Sifu den waktu blajar dulu..
Mmg Expert dio nih ..
Superb bro... Skrg kek mano pun den da tatau..
Ado jumpo dio skali waktu makan2 tapi brapo tahun lopeh..
Eh eh.. ado laei gamba dgn partner den nih??
ni waktu bsuko rio lopeh blajar..
restoran singgah selalu...
haaa... ni gambar waktu 22 Mei 2005 ....
bersamo2 di KLCC..
[ Me ] - SyaitonnnnnnnnN Oh Syaiiittoooonnnn~
إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنْ الإِنْسَانِ مَجْرَى الدَّمِ وَإِنِّي خَشِيتُ
أَنْ يَقْذِفَ فِي قُلُوبِكُمَا شَرًّا (أَوْ قَالَ) شَيْئًا.
“Sesungguhnya syaitan bergerak dalam badan manusia seperti aliran darah. Sesungguhnya aku bimbang ia melemparkan keburukan atau sesuatu sangkaan dalam hati kalian berdua.[22]
Entah lah . Mungkin sebab hati tak berapa suci, senang benor hati ini dipengaruhi oleh Syaitan ... Antara ciri-ciri syaitan adalah MEMPENGARUHI HATI manusia..
Pengaruh SYAITAN ni tidak la terhad kepada BERBURUK SANGKA sahaja .. tetapi juga sikap-sikap lain seperti :-
a) Mempengaruhi Fikiran Manusia ..
b) Membisikkan Kata-kata Hasutan Kepada Manusia
c) Mempengaruhi IMAGINASI Manusia ..
d) Mempengaruhi Tumpuan dan Fokus Manusia ..
e) Mempengaruhi Motivasi Untuk Melakukan Kebaikan ..
f) Mempengaruhi Manusia dengan sikap TERBURU-BURU
g) Mempengaruhi Manusia dengan sikap CEMBURU
h) Mempengaruhi Manusia dengan sifat MARAH ..
Yang dituntut ialah tetap tenang dan berlemah lembut untuk menangani orang yang menyebabnya marah.
Sikap tenang adalah berdasarkan hadis yang dikemukakan sebelum ini :
اَلتَّأَنِيْ مِنَ اللهِ وَالْعَجَلَةُ مِنَ الشَّيْطَانِ.
Ketenangan adalah dari Allah manakala ketergesa-gesaan adalah dari syaitan.[31]
Manakala sikap lemah lembut adalah berdasarkan hadis :
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الرِّفْقَ فِي الأَمْرِ كُلِّهِ.
Sesungguhnya Allah mencintai sikap lemah lembut dalam segala urusan.[32]
j) Mempengaruhi Manusia dengan rasa KESAKITAN ..
j) Mempengaruhi Manusia untuk BERBUAT JAHAT ..
Demikian beberapa kemampuan syaitan untuk mempengaruhi manusia. Selain apa yang disebut di atas, syaitan juga mampu mempengaruhi dengan sikap-sikap buruk yang lain. Tidak ketinggalan ialah sikap-sikap yang menyebabkan ia diusir dari langit, iaitu ujub, menghina, mengunggulkan akal di atas wahyu dan mempersoalkan wahyu.
Dalam kehidupan harian kita, sudah pasti satu atau lebih dari sikap-sikap di atas mempengaruhi kita. Pada waktu pagi kita mungkin marah, pada waktu petang kita mungkin cemburu, pada waktu petang kita mungkin berburuk sangka dengan rakan dan pada waktu malam kita mungkin merasa malas untuk pergi ke kuliah agama.
Semua ini adalah pengaruh syaitan, maka lawanlah ia dengan mengucap “A’uzubillahi minash syaitan nirrajim” dan tinggalkan sikap-sikap yang buruk tersebut.
Saturday, January 21, 2012
[ Me ] - Shutting Down
Luah ..
Telan ..
Diam ..
Jaga hati?
Ntah .
Diam..
Telan..
Luah..
Susah~
Susah~
Diam~
Diam~
Diam Lagi~
#OKBAI
Telan ..
Diam ..
Jaga hati?
Ntah .
Diam..
Telan..
Luah..
Susah~
Susah~
Diam~
Diam~
Diam Lagi~
#OKBAI
Thursday, January 19, 2012
[ JJCM ] - Mee Ketam KL .. Nyummieeee~
ENTRY TAKMO BANYAK CERITA ...
Encik Suami dan saya decide mau testing makan mee ketam nih..
Menu ... sila rasa Mee Kari Ketam ..
itu mmg Main Dish diorg..
Malas Rotate ... En Suami pilih Nasi Puteh Sup Ketam
2 Budak Tembam~ Budak Lagi ker?????
Nasi Goreng Ketam
Tetap Licin Seperti Biasa
Rate : 3/5 bintang
Lokasi :
Restoran Mee Ketam KL's
No. 11, Kompleks Anjung 7, Jalan Zirkon B 7/B
Seksyen 7, Shah Alam,Selangor.
Buka 12:30tgh - 10:00mlm (Isnin CUTI yer)
Encik Ubai: 019-2496054 / 0192346388 / 0175653556
Tuesday, January 17, 2012
[ Me ] - Versi Mak Buyong
Cam kiut jer kan bila ade orang panggil kita Mak Buyong, hahaha~ Selain Mak Buyung, Mak Yong, ada juga org panggil Mak B .. Kelas ko Mak B~ Tapi aku penah dgr cite ade orang marah bengang sentap bila ada kawan² pangge dia Mak Yong or Mak Buyong waktu dia tgh preggy .. Alahai , sensitip bonar.. Mungkin sbb dia tak sanggup badan dia yg selama ni macam kerengga kat pokok mangga tu bertukar jadi macam gambarajah di bawah ni ha ..
Ehh.. kira ok lagi tu kalo buyong camtu .. xde la hudoss pon.. ( haha, penyedap hati jer weiii ) .. Doesn't matter la apa dia pikir.. Itu kan hak dia.. Terima jer la dengan hati yang terbuka.. Lagipun bila orang laen preggy dulu, aku pun panggil orang lain Mak Buyong.. so, ape salahnya bila orang laen panggil aku gelaran tu skrg .. Kalo nak rasa cambest jer, aku anggap tu macam gelaran Dato', Datin, Yang Berhormat jer la .. Lagipun title Mak Buyong ni paling lama pun bertahan dalam 9bulan++ jer .. Pastu title tu da berubah jadi Ummi, Mak, Mama, Ibu , Emak, Maa, Mother, Omak , Mummy, Bonda dan macam² lagi .. kiutttt~!
dannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
KNP SERIUS SGT BEB??? CHILL ARRRRR~
hehehehe~
Friday, January 13, 2012
[ Me ] - Wardina Sekeluarga Dirompak
Nauzubillah .. Wardina sekeluarga dirompak ..
Namun, syukur Alhamdulillah, mereka selamat ..
Baca keseluruhan luahan cerita Wardina di Wardina Safiyyah Official Page
Dari mata aku..
Aku suka... apabila dia tetap memelihara auratnya dalam keadaan kelam kabut mcm tu ..
Aku suka... apabila dia mampu bertenang dalam keadaan begitu..
Aku suka... apabila dia tidak mempunyai barangan kemas..
Aku suka... apabila dia menganggap al-Quran, buku dan ilmu sebagai HARTA nya yg berharga..
Aku suka... apabila dia tidak putus² mengingati Allah.. setiap masa..
Aku suka... apabila dia tidak putus² berdoa agar dipelihara anaknya yg sememangnya hak Allah..
Aku suka... apabila suaminya menjaga maruah isterinya dan haknya dengan penuh keberanian..
Aku suka... apabila dia berikrar akan bermatian memelihara maruahnya.. demi Allah..
Aku suka... apabila dia bersyukur dengan dugaan Allah ini, kerna Allah mahu 'bersihkan' mereka..
Andai kita berilmu .. kita akan tenang ..
Andai percaya pada Allah .. kita akan rasional dan berani ..
Andai yakin pada Allah .. kita tidak akan putus² memohon doa kpd Allah..
Apabila Allah berjanji, tidak sama sekali dia akan mungkiri..
"Ingatlah Aku dan Aku Akan Mengingatimu" ..
Namun, syukur Alhamdulillah, mereka selamat ..
Baca keseluruhan luahan cerita Wardina di Wardina Safiyyah Official Page
Dari mata aku..
Aku suka... apabila dia tetap memelihara auratnya dalam keadaan kelam kabut mcm tu ..
Aku suka... apabila dia mampu bertenang dalam keadaan begitu..
Aku suka... apabila dia tidak mempunyai barangan kemas..
Aku suka... apabila dia menganggap al-Quran, buku dan ilmu sebagai HARTA nya yg berharga..
Aku suka... apabila dia tidak putus² mengingati Allah.. setiap masa..
Aku suka... apabila dia tidak putus² berdoa agar dipelihara anaknya yg sememangnya hak Allah..
Aku suka... apabila suaminya menjaga maruah isterinya dan haknya dengan penuh keberanian..
Aku suka... apabila dia berikrar akan bermatian memelihara maruahnya.. demi Allah..
Aku suka... apabila dia bersyukur dengan dugaan Allah ini, kerna Allah mahu 'bersihkan' mereka..
Andai kita berilmu .. kita akan tenang ..
Andai percaya pada Allah .. kita akan rasional dan berani ..
Andai yakin pada Allah .. kita tidak akan putus² memohon doa kpd Allah..
Apabila Allah berjanji, tidak sama sekali dia akan mungkiri..
"Ingatlah Aku dan Aku Akan Mengingatimu" ..
"Katakanlah wahai Muhammad “Aku berlindung kepada Allah Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk”
"Dari bencana makhluk-makhluk yang ia diciptakan” “
"Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk”
“Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan”
“Dan kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”
(Quran, Al-Falaq:1-5)
Ingat Allah bukan hanya ketika susah..
Ingatlah Allah setiap masa dan ketika ..
Wednesday, January 11, 2012
[ UiTM ] - Semak Keputusan Kemasukan ke UiTM
Keputusan Kemasukan Pelajar Penerapan Semester Akhir Diploma UiTM
ke Program Ijazah Sarjana Muda UiTM
Dah terlalu ramai yang bertanya berkenaan dengan hal keputusan kemasukan bg lepasan itu..
Dan aku da tengok² dekat Portal Pelajar UiTM
TARIKH YANG DIJANGKA :
30 JANUARI 2012
( tarikh itu adalah TARIKH YG DIJANGKA..
so, sila la bersabar dan tunggu pengumuman selanjutnyer )
Ok .. Selain Daripada Semakan Keputusan Permohonan ..
Bagi Pelajar Tahun Akhir UiTM ..
dan Pelajar Semester 3 UiTM ..
dan yang berminat dengan program-program PROFESIONAL ..
dan yang berminat belajar Pengajian Luar Kampus ..
( mohon rujuk iklan )
Anda boleh mulai membuat permohonan Bagi Sesi Akademik 1 2012 / 2013
mulai 9 Januari 2012 sehingga 10 Februari 2012
Sila klik pada gambarajah di bawah :
( tarikh itu adalah TARIKH YG DIJANGKA..
so, sila la bersabar dan tunggu pengumuman selanjutnyer )
Ok .. Selain Daripada Semakan Keputusan Permohonan ..
Bagi Pelajar Tahun Akhir UiTM ..
dan Pelajar Semester 3 UiTM ..
dan yang berminat dengan program-program PROFESIONAL ..
dan yang berminat belajar Pengajian Luar Kampus ..
( mohon rujuk iklan )
Anda boleh mulai membuat permohonan Bagi Sesi Akademik 1 2012 / 2013
mulai 9 Januari 2012 sehingga 10 Februari 2012
Sila klik pada gambarajah di bawah :
Tuesday, January 10, 2012
[ Me ] - Make Your Own Banner For FREE!
Copy this code to your website to display this banner!
Hehehe..
Rajin pulok aku nak wat menda² gini kan?
Bkn mende..
Aku tengoh rajeng nih..
( tamhik la rajeng, patut wat kije ar time² ginih )
( tamhik la rajeng, patut wat kije ar time² ginih )
Natang harang kat atas nih aku buat for free jer..
Kalau korang semua nak yg VIP..
xde ke hal .. keluarkan jer RM RM RM korg...
Kalau rajeng, tolong ar paste kat blog korg kan..
Kalau malah, lok ( biar ) jer ar banner nih kat entry nih.. g sambung wt kijer~~
tetiba ...
Lagu Cinta Muka Buku nih buat aku rasa cam ....
hurmmmmmmmmmmmmm....
Mnyampah plak dengar lagu nih..
wakakakkaa...
delete dari Playlist!
OK! DonE!!!!
Better layan lagu PELENGKAP HIDUPKU!!!!
"peluk erat jasadku jangan lepaskan
tetaplah kau di sini arungi malam
karna hanya dirimu belahan jiwa
pelengkap ku di dunia"
karna hanya dirimu belahan jiwa
pelengkap ku di dunia"
Monday, January 09, 2012
[ Food ] - Yeay! Ezani MasterChef Malaysia Yang Pertama~!
Orait .. Kalo korang tanya apa yg aku minat pasal Ezani?
Aku minat kesemuanya ..
Hahahhaha
Anyway.. Tahniah Kepada Beliau..
dan
Kalo korang rajin .. g la melawat Blog Dr. Ezani
Gambar Dikebas dari : http://www.zestbyezani.com/
Sunday, January 08, 2012
[ Futsal ] - Kejohanan Futsal Amatur Terbuka JPS - FIGOS 2012
Boleh juga visit : http://figos.my/2012/jps-figos-amature-open-futsal/
* agak² utk tournament FIGOS nih, yg join budak² yg betul² AMATUR ke? *
Saturday, January 07, 2012
[ Food ] - Siapa First MasterChef Malaysia?
Yeay! Suke aku tgk si Ezani masuk final!
Tapi lawannya di peringkat final = Wahidan .. adehhh...
VS
Agak2 korang la, siapakah MasterChef Malaysia Yang Pertama ?
Sempat aku tolong promo nih..
MCM Final pada Hari Ahad : 8 Januari 2012
Jam 9 Malam..
Jom tgk ramai2 yer...
Nyummie.. Nyummie..
Jom kita saje usha2 antara resipi yg ada di MCM...
( can visit http://www.astro.com.my/masterchef )
Mana tau.. Rajin2 korang masakkanlah untuk aku..
Jom kita saje usha2 antara resipi yg ada di MCM...
( can visit http://www.astro.com.my/masterchef )
Mana tau.. Rajin2 korang masakkanlah untuk aku..
Ayam Gulung Dengan Krim Asparagus dan Tart Bawang
Resepi Ezani
Salsa Kaki Ayam Bersama Suhun Udang
Monday, January 02, 2012
[ Eddy ] - Al Fatihah
Assalamualaikum Eddy,
Aku tatau mcm mana nak mula surat nih, tapi aku harap surat aku yg ringkas ni yg tatau ape pangkal ape hujung ni dpt mengekspresikan ape yg aku rasa sebenarnya..
Selama ni, kita kawan tak pernah pun ko berkira dengan aku .. Aku request ko bagi , aku mintak ko sediakan.. Dan paling penting, ko tak pernah langsung berkira dengan aku.. Aritu ko sibuk nak makan Lamb Chop, aku cakap nk suh aku belanja tadak hal, decide date ar... Tapi smp hari ni, aku tak sempat nk belanja ko mkn Lamb Chop.. Sape suh kita main tangguh² .. Patutnya cakap je, kita decide terus kan???
Hari aku kawen, ko x datang .. Ko cakap, xde geng nak dtg wedding aku.. Tak pe lah .. Aku tak kisah pun .. Janji ko tetap wish and inform aku .. dan paling penting, aku tak sangka ko betul² hadiahkan aku spoiler utk IYNZ .. Time tu, aku rasa haaaaaaappy sangat.. Thanks Eddy ..
Ko mmg sayang IYNZ kan? Ko pernah cakap dgn aku, ko nampak JAMBU bila drive IYNZ aku .. tapi ko ske.. kira ko jadi pemandu berhemat bila ko naek kete aku kan? Hahaha.. dan pastinya aku suka kalo ko pinjamkan SUZIE ko kat aku, sbb ko musti mandikan IYNZ and kemas IYNZ kasi wangi²..
Ko pernah gtau aku ko tanak susahkan Kak Noni .. ko nak cari rumah laen .. ko ajak aku beli TOPAZ 4.. leh jadi jiran .. rupa-rupanya tak sempat kita nk berjiran .. :(
Sebelum ni, aku kuat gak membebel kat ko kan?
Aku suh ko jadi suami soleh, jaga isteri ko bebaik ..
Aku suh ko cpt² dpt baby.. sbb anak aku da bakal keluar nih..
Ko cakap ko rindu isteri ko .. eleh .. aku pun rindu hubby aku ..
Aritu ko suh aku nyamar jadi keluarga ko, sbb nak ajak aku ngn hubby mkn free kat Sheraton Hotel.. ( ntah pape jer kan? )
Ko ajar aku main emas dinar .. tapi aku haram smp skrg tak reti² dan x paham²..
Aritu sibuk ko nak buat blog, aku pun ajar la ape patut.. Alih² ko cakap, semua tertangguh, kan aku da cakap, ko musti hot hot ciken poo .. huh! http://chucksthebest.blogspot.com/ ni kiranya da senyap dan diam 1000 bahasa la lps nih kan?
Aku sibuk nak usha Fiesta , ko sibuk suh aku usha Vios..
Aku sibuk nk uma murah, ko sibuk ajak duk Saujana Putra..
Ko sgt supportive kan? Selama ni ko duk support aku main futsal kan? aku ingat, ko pernah singgah ke Sport Planet Ampang nak tgk aku nye game.. Puas aku cari gambar tu dlm pc aku.. tapi aku tak jmp .. ahh.. biasa la, time kita nk cari xde jer.. sedangkan aritu baru jer aku tnampak gambar kita .. plus gambar kita kat konsert MCR .. Allah da bg aku hint² ke? tapi.... aku tak paham hint tu rupanya... :(
Aritu boleh ko tny aku berdebar ke tak nak bersalin kan? musti la jawab aku berdebar .. dan dan tu ko kutuk aku .. ko ingat aku ni robot kan? xde perasaan .. :P tp aku x penah kisah .. sbb aku tau, ko mmg kuat gurau.. lagipun, kekadang mmg muka aku ni mcm robocop kan? :P Ko cakap nk tgk anak aku... tapi... apa boleh buat... kita merancang dan Allah menentukan segalanya kan?
Dannnn... paling aku ingat.. tiap kali Man Utd kalah, ko musti kutuk MAN UTD slumber badak dan sesuka ati ko jer .. tapi aku x heran sbb aku pun amek chance kutuk "ARSENGAL" ko tu .. yg penting ko berpaling tadah dr Arsengal sbb da tak hebat .. :P Ko sibuk nk cari team laen, aku sibuk pujuk ko sokong SPURS mcm aku .. ye la , 2nd team aku SPURS maaa.. at least ade ar geng mo sokong SPURS nnt.. tapi..... :(
Aku happy sangat saat ko gtau aku yg ko da nak kawen bulan 6 aritu.. Tapi aku mintak maaf aku tak dapat nak hadiri majlis ko tu.. Aku g honeymoon dgn hubby aku kat Singapore .. Alhamdulillah, da melekat pun .. hehhee~ Tapi bila aku tgk gambar, eceh, hensem gaks kawan aku sorg ni kan? Syukur la sbb isteri ko pun cun n kiut.. Cuma ko x berkesempatan pun nk kenalkan dia dkt aku .. aku kenal dia pun waktu kakak ko kenalkan dekat Hospital baru ni.. Comei che mek ko kan? patot la ko rindu memanjang..
Tapi Eddy,
Aku rindu la dkt kau!!!!
Last ko chat ngn aku 02/11/2011 .... tu pun ko gtau bahu ko patah .. time tu aku leh gurau2 lagik kan?
Patut la ko lama diam, ko da kat hospital sejak dari 10/11/2011 lagi .. tapi ko x inform aku pun.. mungkin tak sempat kan?
Lepas kakak ko letak status ko kritikal, aku terus meraban cari camne nk kontek kak noni.. alhamdulillah, aku dpt jugak cari details wad ko ( tq kak ira ) .. the next day, aku nekad .. wpun kakak ko tulis, lawatan utk keluarga terdekat.. aku DEGIL .. mcm ko cakap slama ni la kan.. aku mmg DEGIL pun.. aku nk jugak g mlawat ko.. By hook or by captain hook.. aku nak jumpa ko.. alhamdulillah, Allah bagi rezeki aku utk jmp ko.. wpun waktu tu, ko da tak dpt jawab ape aku cakap.. aku tau ko tetap dengar ape je yg aku cakap.. dulu, ko selalu tny baby aku sihat tak kan? ko ckp ko nk tgk anak aku comei cam aku ke tak kan? ko nk tgk anak aku tabah dan kuat cam aku ke x, anak aku nakal cam aku ke tak, anak aku kuat gurau cam aku ke tak...
dot dot dot ..
Suicidal_Youth99
YM id yg takkan tegur aku da sekarang .. Allah lebih sayangkan ko.. Aku redha .. Aku akan sentiasa doakan yang Allah akan tempatkan ko bersama orang-orang beriman .. Aku takkan lupakan ko .. Aku bersyukur sebab ko tunggu aku lawat ko .. Aku sempat berjumpa dgn ko sebelum ko tinggalkan aku ..
Terima kasih atas semuanya .. dan maafkan semua kesalahan aku sepanjang kita bergelar kawan...
Al-Fatihah~
Subscribe to:
Posts (Atom)