Tuesday, January 31, 2012

[ Puitis ] - Harimau Sarkis

Orang-orang Islam bak harimau garang
menguasai hutan belantara dengan merdekanya
segala binatang-binatang hutan tundukpadanya
dia boleh menguasai apa saja
dia boleh memilih mana binatang yang dia suka
tapi bila dia jadi harimau sarkis
dibuatkan rumah di dalam kandang
adakalanya dirantai leher
diberi makan dan minum dengan percuma
diberi rumah tanpa sewa
dia bangga dengan jayanya
tapi dia makan minum
tanpa pilihan
kadang-kadang barang busuk terpaksa dimakan
di samping gelanggang hidupnya sempit sekali
belangnya walaupun tidak hilang
taringnya masih tajam
tapi tidak boleh bertindak lagi
adakalanya pada tuannya dia radang
boleh jadi makanan lambat diberi
atau kerana hidup membujang
atau diberi makan tidak kenyang
dia pun mengamuk dengan berang
ngaum suaranya memecah bumi
tuannya macam hendak diterkam
tapi kayu tas pada tangan tuannya
bila ditunjukkan padanya,
dia menundukkan kepala kembali
inilah dia harimau sarkis
walaupun boleh tunjuk garang
tapi kemerdekaannya sudah tidak ada lagi


* Madah ALLAHYARHAM yang aku kagumi sedari kecil *



No comments: