Monday, January 19, 2009

Teman Ke Syurga..

Aku terbaca artikel dari EPILOG : Mencari teman ke syurga. Indah bicaranya. Bermakna tulisannya.. Membuatkan aku benar-benar tersentuh dengan erti sebenar TEMAN..

Oleh kerna aku tak pandai berkarya.. Maka.. Aku hanya buat rumusan aku daripada artikel ini..


Aku akui, teman adalah anugerah terindah yg Allah kurniakan kepada setiap makhluknya. Teman pembimbing ke jalan kebenaran, taat kepada Allah, penguat langkah dan azam dalam hidup ini. Dan ini membuatku terfikir, adakah aku 'teman ke syurga' itu?


Semestinya, aku yg lemah ini memerlukan teman, utk aku berkongsi segala suka dukaku, membimbing aku waktu aku terleka drp mengingati Allah, utk menemani aku beribadah dgn bersungguh2.. supaya sama2 akan sampai syurga yg hakiki.. Tapi, siapakah teman ke syurgaku itu?


Aku yang sering terlalai dan alpa ini masih tercari-cari 'teman ke syurga' ku. Bermohon dan berdoa agar ditemukan dengannya. Agar aku tidak terus berada di landasan yg salah ini.

"Didiklah diri kamu kepada cinta pada Allah, bermula pada diri kamu. Tingkatkan penghayatan diri kamu pada cinta pada Allah, berusaha membaiki dan meningkatkan diri kamu menjadi hamba Allah yang lebih taat, nescaya kamu akan menjadi teman ke syurga dan Allah akan mengurniakanmu teman ke syurga."

Segala perlu bermula dari diri aku sendiri. Tak perlu aku mencari seandainya aku sendiri menjadi seorang teman ke syurga. Aku pasti menjumpai teman ke syurgaku.. InsyaAllah..



Buat seseorang yang aku kasihi,

Mungkin kamu rasa aku bukan teman terbaik dalam hidup kamu.. Tetapi, pandang dan lihatlah pada insan-insan di sekelilingmu, adakah mereka memberikanmu ketenangan? adakah mereka terus menerus membiarkan kamu hanyut dalam api kemarahanmu? adakah mereka terus menerus membiarkan kamu dengan perasaan benci kamu? adakah mereka terus menambah api kebencianmu terhadap temanmu yg pernah susah senang bersama kamu? adakah kamu gembira dengan terus membenci itu? adakah kamu bahagia dgn perasaan bencimu itu? kamu yang memilih kehidupan itu.


aku bukan insan sempurna, tapi tak salah aku mencari kesempurnaan dlm hidupku. Aku akui kesilapan & kesalahan aku akibat drp kelalaian aku sendiri mungkin memberi impak pada orang sekelilingku, maafkan aku kerna insan yang sangat lemah. doakan aku agar berada di landasan yang benar, dikuatkan imanku, dan semoga Allah mengembalikan insan yg ku sayang itu kepada aku. Amin~





Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

8 comments:

Stan Kairez said...

Mncari teman ke syurga ibarat mncari permata di celahan kaca. sukar utk mncari dan kadang kala akan mncederakan kita tp bila permata telah ditemui, kita pasti akan lupakan segala kepayahan dan kecederaan yg telah dilalui...

aizuemi said...

insyaAllah..aku juga berharap bertemu dengan permata itu..

Anonymous said...

Jangan pikir sape teman kite ke syurga..tepi biarlah kite yang menjadi teman ke syurga kepada sesiape saje....

aizuemi said...

"Tak perlu aku mencari seandainya aku sendiri menjadi seorang teman ke syurga. Aku pasti menjumpai teman ke syurgaku.. InsyaAllah.."

ye "Anonymous".. biarlah aku yg menjadi teman ke syurga~

miezaniera said...

Alhamdulillah...amin amin Ya Rabbal alamin..akhirnye sahabatku Aizuemi telah kembali ke pangkal jalan..kekeke chaiyuk2..ku doakan semoga kau bertemu dengan 'teman utk ke syurga'(bermakna ko berjaya dlm menjadikn dirimu sbg 'teman utk ke syurga'.

aizuemi said...

tq bai.. smoga doa kita dimakbulkan..
hehehehhe~

Stan Kairez said...

Dlm pncarian teman di syurga, kita akan sering kali bertemu dgn teman yg salah sehinggalah teman yg sebenar itu ditemui. Begitulah caranya Allah menguji hambanya dlm pncarian teman yg hakiki...

aizuemi said...

Ini semua dugaanNya... ;)