Thursday, August 12, 2010

[ Me ] - List Ciri-ciri LELAKI IDAMAN haku...



Lelaki idaman saya adalah…
Seorang lelaki yang beriman…
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah…
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam…
Yang sentiasa haus dengan ilmu…
Yang sentiasa dahaga akan pahala…
Yang solatnya adalah maruah dirinya…
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar…
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu…
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah…


Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menjaga tuturkatanya…
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya…
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya…
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang…
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang…



Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menghormati ibunya…
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga…
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam…
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan…
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat…


Lelaki idaman saya…
Sentiasa bersedia untuk menjadi imam…
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah…
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara…
Yang menjaga matanya dari berbelanja…
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya…


Lelaki idaman saya…
Tidak pernah membazirkan masa…
Matanya kepenatan kerana penat membaca…
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir…
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan…
Bangunnya subuh penuh kecergasan…
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan…



Lelaki idaman saya…
Sentiasa mengingati mati…
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat…
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga…
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik…
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian…


Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia…
Kerana dia mengimpikan syurga…
Di situlah rumah idamannya…
Dan dia ingin membawa saya bersama…
Dialah lelaki idaman saya…







Inilah LELAKI IDAMAN saya...
* kredit Semanis Kurma



6 comments:

miezaniera said...

Untungnya kalo dpt suami yg mmpunyai SEMUA ciri2 tersebut...namun aku tetap bersyukur sekurang2 nya aku tergolong dalam golongan bergelar isteri..masih ramai wanita diluar sana yg belum menemui suami sejati..

aizuemi said...

yup.. aku bersyukur aku juga ada seorang SUAMI..

aku tak mengharapkan terlalu tinggi, yg penting IMAN dan HATINYA PADA ALLAH..



utk renungan bersama..

Pendidikan agama sangat penting dalam kehidupan kita sehari-hari. KITA perlulah sentiasa memperbaiki diri kita yang serba kekurangan ini. Dalam sesebuah institusi keluarga, suamilah yang bertanggungjawab memberikan nasihat dan pengetahuan serta pengajaran hukum Islam dalam hal-hal fardu ain kepada isteri dan anak-anak. Oleh sebab itu, suami perlulah melengkapkan dirinya dengan pendidikan agama supaya ia dapat mengajar isterinya.

Dengan memberi panduan kepada isteri tentang pendidikan agama ini, tentulah ia akan mengelakkan keruntuhan sesebuah institusi keluarga yang disebabkan oleh kejahilan tentang hukum-hukum agama. Suami hendaklah memastikan bahawa isteri mempunyai pendidikan agama yang mencukupi dan menggalakkannya menjalankan ibadat-ibadat sunat dan sebagainya..




* kredit to www.pengantin.com.my

Hazniza Zin said...

hurm.itulah idaman setiap wanita ..

masih lagi tercari2 .. tp tak semestinya kita dpt yg sesempurna itu.

yg masih single, masih tercari2 .. susah jmpa kan?

takpelah.jodoh ketentuan Allah,berdoa tidak putus2 .. itu yg terbaek.

dan .. ya .. perbaiki diri utk mnjadi yg terbaek.insyaAllah ..akan tiba masanya. ;)

aizuemi said...

btul kak.. tetap memperbaiki diri dari masa ke semasa..

iera said...

semoga kite semua mendapat suami yg bertakwa dan bertanggungjawab.aminn..hehehe..iera baru nak dapat bakal suami..

Ciklinn said...

huhhuh mmg inilah lelaki idaman kalbu....... tapi kita takleh nak dapat semua tersenarai... apapun syukurr dapat somi ku skrg.. heheh