Sunday, February 05, 2012

[ Me ] - Hak ke atas BADAN

Badan Tua Sebelum Usia


Penjagaan dari sudut kesihatan yg mana Islam amat menitikberatkan kesejahteraan tubuh badan sebagaimana Islam menjaga jiwa dan akal.. Kesihatan merupakan sebahagian ANUGERAH yg Allah berikan kepada kita.. 


"Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab utk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu." (Hadis Riwayat Bukhari)


Rasulullah bersabda :
"Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah." (Hadis Riwayat Muslim)


Anatara Cara Rasullullah SAW Menjaga Kesihatan Diri Baginda : 







Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas




Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam




Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih






Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat




Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama





*********************************************************


warghhh.. bila menulis tak dari hati .. akan ada sesuatu perasaan yg sangat TAK BEST .. tetapi... aku terpaksa kerana


"Kalau mulut mu tajam dan kasar, boleh ditmpa bahaya besar. Perkataan yang dilepas dari mulut mu, ibarat berngin, racun dan upas. Hati hatilah sebelum berkata kata supaya terelak silang sengketa. " - Pak Long Gajah







1 comment:

DRK said...

Assaamualaikum. Artikel yang tuan pos ni menarik dan informatif. Boleh saya guna untuk pendidikan kesihatan untuk para klien saya?