Deym .. aku nak ceritakan 1 kisah tentang peperangan antara AKU dan SEMUT MERAH.. Ye, anda tak salah baca.. SEMUT MERAH...
Al-kisahnya bermula apabila aku yg sedang leka menonton TV sambil berbaring dan goyang2 kaki ternampak makhluk tuhan yg berwarna merah beratur dgn teratur di sekitar rak tv itu.. Aku yg sememangnya ANTI-SEMUT-MERAH dengan penuh teruja membunuh semut-semut tersebut .. Maaf, secara jujurnya, tanpa belas kasihan .. Tapi, makin aku cuba membunuh, semakin banyak mereka muncul~
Aku semakin konpius .. mn muncul mereka ini? lalu aku menjejaki liku2 perjalanan mereka .. deym, bersarang di dalam TELEFON TELEKOM yg mmg x pernah disentuh itu.. sepantas kilat sabung menyabung aku berlari mdapatkn SKREWDREBAR.. TAHNIAH, sy berjaya menjejaki sarang kalian.~ beranak pinak 14 keturunan da agknya semut2 tu dalam tepon tu.. deym.. aku pun membunuh mereka semua ( masih lagi dengan tanpa belas kasihan.. )
Selang beberapa hari .. aku ingatkan da habis 14 keturunan dia aku bunuh, rupe2nya meleset sama skali sangkaan ku itu.. aku tgk di dapur dan di bilik aku, mereka kembali berpesta penuh riang.. mungkin 2 hari sebelum ni mereka berkabung sempena kematian saudara mara mereka.. Deymit betul semut2 ini.. So, aku pun kena la cari idea camne nk selesaikan dan meng-arwah-kan diorg..
YES! aku ade idea .. tapi seriusly, kepala aku tak botak seperti rajah di atas.. hehehehe.. Aku ajak Encik Suami ke Car Boot Sale utk mencari UBAT SEMUT .. ( racun semut.. saje cakap ubat.. nmpk la cam baek sket ) ..
Dipendekkan cerita.. AKU BERJAYA MENGHAPUSKAN SEMUT-SEMUT yang bermaharaja lela di pelusuk rumah aku walaupun dia tak sama-sama kongsi bayar sewa rumah ngn kitorg.. oke.. baca statement aku tadi kan? Pagi tadi aku dengan penuh riang tgk da takde lagi wajah2 mereka tu..
Tapi.. Rupa2nya.. dalam kegumbiraan aku.. dan dalam diam, mereka berkumpul di Markas Sulit mereka .. berbincang sesama mereka, camne nak balas dendam~
DIpendekkan lagi skali .. CE TEKE CE TEKE.. ape serangan yg mereka lakukan ke atas AKU dan ENCIK SUAMI?
apa??? tidak tidak .. mereka tidak serang makanan kami ..
haa??? oohh.. jugak tidak.. mereka tidak menyerang tempat tidur kami..
ok .. ok.. aku gtau .. ala.. suh teka sikit da bising...
MEREKA MENYERANG FIUS RUMAH KAMI.. BLACKOUT 1 RUMAH.. mmg celaka betul semut2 nih.. takde simpati langsung.. sampai camtu sekali diorg balas dendam.. mmg nak carut laju2.. sibaek rumah parents aku dekat.. dpt la jugak kami balek kampung.. DAN.. INILAH PENGALAMAN AKU PALING TAK LEH BLAH SEBAB DIHALAU OLEH SEGEROMBOLAN SEMUT.. vavi betul semut2 itu.. mmg vavi..
TUNGGU~ KAMI AKAN KEMBALI !!!! kami akan menyusun strategi perang kami selepas ini~ WAIT N SEE guys~!