Thursday, September 30, 2010

[ Vacation ] - Doakan Selamat Pergi dan Selamat Pulang!

hoyehhhh...
pejam celik pejam celik...
akhirnya..

esok bakal tiba harinya..
KAMI BERJEMAAH menuju ke Padang - Bukit Tinggi Indonesia..

Buat Organizer..
Nice Work!  Susah² aje bak kata Felix AF..

Buat para pemilik DSLR..
Jgn lupa segala kelengkapan!

Buat para ibu..
Make sure anak² anda dijaga rapi..

Buat para suami / bapa..
Kontrol si isteri daripada over-excited shopping..

Buat yg single..
Cari cowok padang yg kaya ( juta2 duitnya ) utk dibawa pulang!!!

Buat anak²..
Jangan BADMOOD di sana.. kita bergumbira, ayuh!!

Buat yg memesan..
Jgn lupa money first! No Money No Order.. ahahhahahah~

Buat yg ske makan cam aku...
DAP UHHHHH... NASI PADANG... I MISS YOU!!!!




Tuesday, September 28, 2010

[ Me ] - Rahsia Peribadi Melalui Bulan Islam

Ehem.. aku bukan la nk bangga or wutsoever.. tapi aku rasa mmg kena la dgn btang idung aku yg tak berapa nk tinggi nih.. orgnye pun mmg tak tinggi.. nk kata aku percaya sgt benda ni pun tak, cuma kebetulan mcm betul ngn peribadi aku je.. kan kan.. ( perasan syiot~ takpe.. korang baca dulu, nnt korang tau knp aku perasan ).. tp mungkin boleh dijadikan rujukan dalam proses membetulkan diri masing²...

Kalo dlm bulan dalam kalendar Gregorian, aku dilahirkan pada 22 May... 1983.. hurmmm... muda agi la tuh.. tapi... lupakan sejenak Western Calendar nih.. kita tgk tarikh kelahiran aku dalam bulan Islam.. iaitu 9 Sya'ban 1403.. Bulan Syaaban.. 


" Syaaban
Perwatakanya baik, hidup selamat rezekinya tidak putus-putus. Waktu kecil mudah mengalah bila bermain dengan kawan-kawan. Kelakuan baik, berbudi bahasa hingga semua orang suka kepadanya. Masa dewasa ia akan berjaya dalam segala dalam kerjayanya dan mudah mendapat rezeki "


Huishh.. tetiba malu lak aku tgk statement insan² kelahiran bulan Syaaban ni.. mcm tak sesuai je ngn aku.. mungkin lepas ni aku kena extra BAIK dan extra BERBUDI BAHASA... sambil  nyanyi lagu.. berbudi bahasaaa budayaa kita....  insyaAllah mungkin aku akan berjaya dalam segalanya.. ececeeyyyy....


oklah.. kalo korang nk check korg nye tarikh lahir mengikut kalendar Islam, mey melencong ke http://www.islam.com/islamicdates.asp?ct='yes' dan mey aku nk listkan peribadi mengikut bulan nye pulak...



Muharram
Seorang yang pendiam, sihat pemikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan sempurna, walaupun begitu jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Tidak suka mengakui kesalahannya. Ibu bapanya perlu mendidiknya untuk menghilangkan tabiat itu, jika tidak kehidupannya menjadi susah. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ia akan mendatangkan hasil.

RabiulAwal
Perwatakannya baik, mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga dalam pekerjaan, ramai yang menyenanginya. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras, dan mudah marah.

RabiulAkhir
Perwatakanya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupan menjadi sukar kerana tabiat buruknya. Ibu bapanya menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

JamadilAwal
Dia mempunyai tingkat keyakinan diri yang tinggi. Berani dan nekad. Kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walau begitu, keberanian dan tekadnya akan menunjukan hasil usahanya, kadangkala menemui kegagalan juga .

JamadilAkhir.
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Bila dia tahu dia salah atau keliru, dia mudah mengakuinya, bila dia tahu dia benar, pendirianya keras tidak mahu mengalah. Semasa kecil ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agak terserlah sifat-sifat yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecil dia degil dan nakal. Ibubapanya patut mendidik dengan baik agar dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika dewasa, dia suka bersikap merendahkan diri dan tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa .


Syaaban
Perwatakanya baik, hidup selamat rezekinya tidak putus-putus. Waktu kecil mudah mengalah bila bermain dengan kawan-kawan. Kelakuan baik, berbudi bahasa hingga semua orang suka kepadanya. Masa dewasa ia akan berjaya dalam segala dalam kerjayanya dan mudah mendapat rezeki .


Ramadhan.
Dia baik, pendiam, suka merendahkan diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenali. Tidak suka membanggakan dirinya dan kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakan keras. Hatinya keras. Tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan kehidupannya, oleh itu ibu bapa perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya, jika tidak, kehidupanya menjadi susah kerana perangai keras hatinya dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia terlalu banyak berfikir, sifat ini akan membuahkan hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana terlalu banyak berfikir, dia kadangkala menjadi keliru. Seharusnya dia bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.

Zulhijah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika dia baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaanya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. Oleh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah,dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatanya. Dia seringkali menyesal kerana kurang pertimbangan.



[ Lagu ] - Jun Pyo? Tak Kenal Pon

Siapa itu Jun Pyo? Seperti yg selalu digembar gemburkan Mira .. aku bukan kipas-susah-mati movie Korea.. xperlu kot aku amek tau sape itu Jun Pyo. 




abaikan tentang Jun Pyo.. tetiba teringat lagu si Eddy taruk kat fb dia.. Kau dan Aku nyanyian Sugar Loves Cookies..  Jom la layan sama² .. bkn lagu JIWANG MELERET².. tapi ok la utk didengar..      


(P)

BERLARI LARI AKU MENGEJAR MU DI DALAM MIMPIKU
BINTANG2 TERTAWA MELIHAT TINGKAH LAKU KITA BERDUA
SANG PURNAMA TURUT MENYINARI TAMAN CINTA KITA
INSAN TERTAWA KERIANGAN KERANA KITA SEDANG BERCINTA

(L)

SAAT PERTAMA KITA BERJUMPA ENGKAU MENINGGI DIRI

KATAMU AKU TAK LAYAK UTK MEMILIKI CINTAMU
TAK KU PEDULI KERANA ENGKAU YANG TETAP KU MAHU
AKHIRNYA KINI ENGKAU TELAH PUN MENJADI
MILIKKU

(L/P)

AKU TAKKAN PERNAH

MELUKAKAN PERASAAN
HATIMU
KERNA KU MENCINTAIMU







Thursday, September 23, 2010

[ Puisi ] - Kau Insan Berdosa

Titik-titik hitam
Tetap menjadi igauan ngeri
Walau selautan air mata kau tangisi

Titik-titik hitam
Tetap menjadi satu kisah yg terpatri
Walau ianya seharusnya tiada lagi

Kisah dulu bukan untuk diungkiti
Telah kau usir sejauh mungkin dari diri kau..
Tapi dia tetap sama.. Ungkit sampai engkau MATI...

Titik-titik hitam
Tanda engkau insan berdosa
Tiada langsung peluang kedua.. kerna dia terlalu MULIA..

Allah juga mengampun hambaNya
tapi kenapa bukan KITA..
DOSA PAHALA ALLAH penentunya, pasti bukan KITA..



: everyone deserve a second chance.. but sum people are juz too EGO utk memberi peluang kepada org lain..
: buta mata dan hatinya untuk menilai perubahan dan kebaikan kau malah di hatinya KAU INSAN BERDOSA..
: dekatkan diri kau pada yang Maha Kuasa.. HE will always be there for you..

Wednesday, September 22, 2010

[ Vacation ] - Padang Bukittinggi, Indonesia ... Here We Go~


5 Days 4 Nights
Padang - Bukit Tinggi Tour




DAY 01 : AIRPORT – BUKITTINGGI ( L D )
Upon arrival at Minangkabau International Airport, meeting and greeting service by our representative. Then proceed to Bukittinggi via Anai Valley, and stop over at Anai Waterfall and Minangkabau Village. After lunch another brief stop will be made at Pandai Sikek, a village famous for weaving and wood-carving. On arrival in Bukittinggi, check in to the hotel for overnight stay. Dinner will be provided at the local restaurant




DAY 02 : MINANGKABAU TOUR ( B L D )
After breakfast at the hotel, proceed with driving to the unique land of Minangkabau visiting Batusangkar. En route stop over at Tabek Patah, a look out point with panoramic view of the beautiful landscape, visiting the local home-industry such as Pisang Salai and the traditional coffee milling. Lunch will be provided at the local restaurant which is surrounded by the magnificent rice/paddy field with the specific menu of Ikan Bakar. After lunch visiting Silindung Bulan Palace then drive back to Bukittinggi via Pariangan Village. On arrival back in Bukittinggi, free program for shopping at Pasar Atas. Dinner will be provided at the local restaurants. ( optional cultural show )




DAY 03 : MANINJAU TOUR ( B L D )
After breakfast at the hotel, proceed with City- sightseeing Tour of Bukittinggi visiting the famous Grand Sianok Canyon with the most spectacular view of the surrounding with the Japanese Tunnel incorporated within the area. After lunch, which will be provided at the local restaurant, departure for Lake Maninjau through 44 hairpin curve road to enjoy the beautiful scenery of the lake. On arrival at the lake, stop over at a village called Sungai Batang for Hamka’s House. In the afternoon drive back to Bukittinggi and free program for shopping at Pasar Atas (Upper Market). Dinner will be provided at the local restaurant.




DAY 04 : BUKITTINGGI – PADANG ( B L D )
After breakfast at the hotel, last minute shopping in Bukittinggi. Then drive to Padang. Lunch at local restaurant and proceed for city tour in Padang visiting China Town, Old Harbor, Siti Nurbaya Bridge Padang Beach. Afternoon free for shopping. Check in to hotel for overnight stay and dinner provided at local restaurant.




DAY 05 : PADANG - DEPARTURE ( B )
After breakfast, check out from hotel and drop to the airport for your flight home or next destination.






--------------------------------------------- End of Tour ---------------------------------------------






du Bersa Tours & Travel



Banto Trade Centre  pHone +62 752-8019131 fax +62 752-33113



Jln. Pemuda, Bukittinggi, West Sumatra - Indonesia






* a simple entry about PADANG - BUKIT TINGGI package *
* i am promoting dz company without knowing their services yet *
* i will give my Feedback regarding their services after my trip there this 01 October until 
05 October 2010 *




Tuesday, September 21, 2010

[ Konsert ] - Maher Zain Live in Malaysia

in love .. dgn ...
"AWAKEN"
selama ni tangkap cintan sama lagu For the Rest of My Life je..







Cepat dapatkan tiket.. Katanya hanya 1400 seats buat masa ni.. TERHAD~ 


Dibawakan khas untuk anda! Showcase Maher Zain, “Save The Soul”



Untuk dapatkan tiket, hubungi :
1) Raudhatus Sakinah : 03-4108 9669 (Pn Izahana / En Abdullah Omar)
2) In-Team Records : 03-6273 6393 / 017-668 1885 (En Fairus)
3) My Event Enterprise : 03-5511 0650 (En Roslan / En Naizi)



Harga Tiket: RM200, RM150, RM100, RM70






Sunday, September 19, 2010

[ Me ] - MEREKA bukan lagi PRIORITY HIDUPKU





berfikir.. sambil pandang keyboard..
senyum..

gilakah aku?

bukan.. pasti bukan..
aku tidak mengalami masalah skizofrenia..

aku tsenyum memikirkan gaya hidupku yg da berubah
tiada lagi mangkin yg mempercepatkan proses penuaan aku
( menjadi tua itu pasti, dewasa itu pilihan )

stelah 48 jam meninggalkan 'mereka'
aku memulihkan deria rasa dan bau ku
- patutlah dulu 'dia' kata busuk.. aku kata tak bau pun... 

stelah 72 jam meninggalkn 'mereka'
saluran kerongkong kini tidak terseksa lagi.. 

stelah 14 hari meninggalkn 'mereka'
sel² darah berenang kegembiraan.. 

stelah 30 hari hingga 90 hari mninggalkan 'mereka'
paru² mulai bergembira.. berdegup ceria.. tiada lagi masalah susah bernafas..

cukup smp di sini...

akan disambung setelah mninggalkan 'mereka' selama 1 tahun ..
[ bajet aku ingt .. huh! ]

- ditujukan kepada mereka yg berkenaan.. ahaks~


Tuesday, September 14, 2010

[ Raya ] - Selongkar Almari Lama

gambar Aidilfitri tahun ni belum dihapload.. Maka.. aku buat entry berkenaan dgn ape yg aku jumpe di rumah aku di Kuala Berang, setelah aku korek² meja stadi lama aku.. Baaaaaaaanyak kenangan.. kalo ley sume nk tangkap gambo.. Surat Cinta Pikachu pun ade lagi.. wakkakakkaka~ da 10 tahun berlalu.. ley gelak² plak bila tgk balik..

aku mulakan dengan satu penemuan buku handmade yg agk burok ala² manuskrip melayu lama.. siap ade pesanan tu.. aku baca 10x, tp aku sendiri x paham.. kenapa PEN JGN BUAT CONTENG BUKU INI... hurmmm..



apa yang ade dalam buku handmade ni? di dalam nya ade koleksi gambar Aaron Kwok.. wa admire gilerk ngn mamat ni der.. waktu skolah cina dulu, kalo korang tau "Four Heavenly Kings" atau å››å¤§å¤©çŽ‹ - ada Leon Lai, Aaron Kwok, Jacky Cheung dan Andy Lau.. aku plak nk kata Fanatik Aaron ni x la.. Juz ske sbb rambut dia.. dan, dia pun ensem bg aku.. 


oke.. selain mamat ensem ni.. dkt dlm buku ni juga aku simpan gambar seorang yg tak hensem, tp aku SUKA saaaaaaaaangat.. idola bola sepak aku.. senang cite Eric The King la... Eric Cantona.. aku pernah merajuk dgn Cikgu Sejarah aku ( Cikgu Rohaya ) dkt SMSB dulu sbb kes dia rampas semua keratan akhbar berkenaan Eric Cantona.. huhuhu~ zaman dulu susah cikgu.. mn de internet nk search² gambo cam skarang.. sume potong magazines n newspaper.. huhuhuhu~ da rampas tu, pulangkn ar balek.. ni  tak.. simpan wt harta.. huhuhu.. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..... emosi lak.. setiap kali teringat cite tu, pasti emosi.. xpe.. aku da tua bangka.. aku tau cikgu Rohaya buat demi kebaikan aku.. aku da maafkan cikgu.. hahhaha..


orait.. gambar di bawah ni pulak.. aku taruk gambar hasil kerja tangan aku sendiri wpun da tercabut komponen² tertentunya.. Kotak Muzikal.. Kerja kursus waktu Kelas Kemahiran Hidup (KH) dulu.. aku ingt lagi, waktu org lain sibuk cari shelek.. aku g beli cat spray.. ape barang kaler Coklat, x chantek ar.. skali ngko, aku terus beli cat biru.. hahhaha.. ske ati aku ar.. biru² pun, tetap A.. aku sorang je spesel.. hehehhe.. haaa.. surat yg banyak² dlm kotak ni la Surat Cinta Pikachu.. hahhahah.. sape kata aku baru start jiwang? Dalam Hati Ada Taman Bunga Orkid nihhh, sejak skolah agi.. aku simpan bkn sbb aku still ada hati ngn mamat Pikachu ni or wutsoever, tp aku menghargai apa yg da diberikan.. bnyk benda aku simpan, tp aku da tak ingt letak mana.. kotak pindah randah bnyk sgt.. kalo jumpe, jumpe la.. kalo tak.. aku xde nk mcarinye..



Zaman skolah dulu.. selain Eric Cantona.. biasa la.. zaman layan Backstreet Boys a.k.a BSB.. hehehe.. so, dlm ramai², aku sgt ske pada AJ.. dkt file aku tu siap ade drawing muke AJ.. tu la file yg aku selit segala mak nenek utk ke sekolah... kalo korang tgk kt gambo tu.. selain ade lambang Man Utd, muke enskem AJ, Blues Untuk Aku.. damn, love BUA so much.. dan.. ada kotak² yg bertulisan tu.. actually, tu ade lagu BSB yg aku ske, even until now.. 'Show Me The Meaning of Being Lonely'.. dlm file ni pun ade gambo AJ gaks.. kt blakang pun sama.. camne aku ley dpt banyak Merchandise BSB? Kita tgk next gambo... 



oke... kalo korang tgk gambo kt bawah ni.. ni la punca aku dapat barang² mcm sticker, postcard, poster, concert photos Backstreet Boys.. aku ade sorg Pen Pall dari New Jersey.. Nama dia Angel.. tp aku pangge dia Littrell's Girl.. sbb dia Fanatic Brian.. last hadiah aku dpt dari dia, buku Loving A.J.. Melekat jugak nama Zue AJ nih.. sampai Kak Lin pun taruk nama tu dkt blog dia.. hehehhehe~ tapi skrg lebey lekat AIZUEMI







aku tau mamat kat atas ni bukan boleh dijadikan idola pun... tapi... biasa la.. zaman muda remaja.. saje suke²... jgn nak susah payah sound² aku.. jz teringat kenangan lama.. aku menghargai masa kanak² dan remaja aku.. hahhahaha~ zaman ni tadak Fara Fauzana, FBI, Linda Onn, Halim Othman lagi kat Radio² yg berkumandang di Kuala Berang.. radio zaman tu mn ada Era.fm, HotFM... dok layan ----> RADIO MUZIK memanjang.. radio muzik anda la katakan... ahaks~ 


akhir kata...
seronok bila korek² harta lama.. baca ley tersenyum.. surat dr kawan² SMSB dlu pun banyak.. miss my friends.. sibaek raye sempat hu ha hu ha dgn puak² 5 Sains Boleh.. kira OK ar..

Tuesday, September 07, 2010

[ Raya ] - Arini Balik Kampung!!!



hehehehe... Yeay! Yeay! Nak Raya!!! sempat kitorg join waktu jalan² di Wangsa Walk.. tapi... sayangnya kitorg tak menang~ gigi sura gagal utk myakinkan juri ~ demmit ~



boley x nk request ngn mak mertua mo merasa rendang itik di pagi raya?
tp menu mcm kompem AYAM je.. huhuhu~
takpe la.. request je.. kalo dapat rezeki.. kan kan kan...
dimakan pulak dgn lemang... aduyaiii.. daaappp uhhhh~


agak2.. ade tak insan2 yg yg nak tlg sponser Speed Trap Detector nih?
saya mau elak saman pada raya tahun ini.. hehehehhe~


Akhir Kata Sebelum Raya...
Balik kampung hati-hati..
Ingat Kelajuan, Ingat Saman..
Elakkan mementingkan diri di jalan raya..
Bertimbang rasa, kalo da lembab duk line kiri..
Patuhi semua papan tanda lalu lintas..
terutamanya papan tanda di bawah :




dan....
hehehe.. ada dan lagi...



Sunday, September 05, 2010

[ Me ] - Da ramai cuti raya ke? Salam Lebaran..


xde copyright.. kan kan kan?
tp wa nk gtau wa ciluk dr blog : http://psmb.uitm.edu.my/blog


da ramai yg cuti raye? ade aku kisah? aku xpnh kisah.. lagi aku ske.. especially para guru yg da mula bercuti.. aku dapat merasakan jln lengang dan sgt SYOK la.. arini aku sampai opis pun awal.. ( wpun xley nk punch awl sbb pintu lom bukak.. wa xde kunci opis.. ) 

aku sbnrnya x penah excited nk mnyambut hari raya nih.. pernah aku kena marah ngn ayah sbb aku masih terbungkang di atas katil sdgkan org laen da siap sedia utk ke MASJID di pagi Aidilfitri.. tym tu aku 'cuti', so aku xley g Solat Sunat Hari Raya.. konon² nk amek extra lajak tido la kan... alih² ayah ala2 STONE COLD STEVE AUSTIN, dgn suara yg agk2 kacak, dan muka yg agk ganaz campak bantal tepat ke badan aku, 'BANGUN LAAA... RAYAAA~!!!' dgn muka bgn tdo yg agk² kiut,  rambut yg gerbang ala² alleycats.. aku memaksakan diri aku bangun.. kira cukup baik aku masih mampu celik mata, dan arah tuju aku ke bilik air adalah betul.. mn tau tetiba aku g masuk reban ayam wan aku kt kampung.. tak pepasal jer.. 

pernah jugak aku xde baju raya, sbb dgn berlagaknye aku cakap kt ummi, 'tayah  baju raya ar, tahun lepas nye baju pun cantik lagi..' Cantik? Mmg ar chantek sbb aku SAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAANGAT jarang pakai ju kurung.. oke la tu kan? jimat duit diorg ade ank cam aku.. tp skrg, disebabkn kerjaya aku memerlukan aku berbaju kurung, kalo boleh setiap kali raye aku nk borong baju kurung.. tahun ni alhamdulillah, baju kurung SPONSERED BY Encik Suami dan sponsered by POKET SENDIRI.. means aku ada 2 pasang baju raya.. hehehhehe~ dan utk adik² aku.. diorg ni dilatih utk memakai baju melayu siap bersampin di Aidilfitri, baru nampak smart dan enskem.. kazen² lelaki aku pun sama.. sgt segak di pagi Aidilfitri.. ( ingt senang ke aku nk puji kazen² aku segak????? ).. tak reti pakai sampin? aku cadangkan beli sampin yg ade Getah dan Cangkuk mcm baby / budak2 nye tu.. xpun cara paling senang, mintak tlg ayah anda, mak anda atau org lain pakaikan.. cam gambo di bawah nih..



orait.. aku nk cite bab yg tiada kaitan dgn raya... tettt.. aku tipu.. bab raya lagi.. kisah BALIK KAMPUNG.. kalo aku lik kampung, yg aku ske skali tym zaman masak lemang reramai ( jwtan aku : tkg sibuk + tkg bkr ) , buat kuih baulu sendiri ( jawatan : tkg hempuk telur & tukar bakar ), buat kuih tart bersama Pak Tam ( jawatan aku : tkg gulung² & tkg kacau~! )... dan zaman MERCUN tidak diharamkan oleh kerajaan Malaysia.. waktu tu, mmg syoookkkk.. aku bertindak selaku TAUKE KECIK mercun begitu syoknye rayeee bile blawan² dgn jiran tetangga.. sibaek kitorg xdibenarkan maen MERIAM BULOH version gegar alam, kalo x, da lama aku ngn kazen² aku beroperasi rasanya.. pernah skali, pak cik abi bwk mercun papan kong xi fatt chai utk dilayan pada malam pertama.. panjat pokok manggis, gantung mercun papan tu sbb mmg panjang.. kalo ukur tinggi ngn aku, sah² aku kalah ar.. bunga api? hanya utk BBU ( bdk bwh umo ).. contoh gambarajah di bawah.. 


hehehe.. underage lagi kan kan kan?

kalau bab kuih raya.. hurrmmmmm... aku ske kerepek ubi, kerepek bawang, kerepek kerepek kerepek, kuih tart nenas dan kuih samprit.. suatu ketika dulu aku pernah menggilai kuih batang buruk, tapi kini tak lagi... tapi.. lemang dan ketupat dan rendang jugak paling menarik...



Oke.. aku nk masuk bab DUIT RAYA.. tahun ni, aku gagal utk tukar duit raya, so, tiada duit raya utk korang tahun ni.. harap maklum... wkt kecik², aku antara yg rajin g kutip duit raya.. keliling kampung kitorg pusing sbb nk cari duit raya.. rumah sedara ke tak ke redah je.. tym tu tak malu pun nk g jln² beraya umah org tak kenai.. tapi skrg, aku da kena bagi duit raya.. syok jugak dpt bg duit raya nih.. aku ske tgk kazen² aku beratur reramai.. sengeh² sbb tunggu aku pas sampul yg ade kt tgn aku.. wpun xbnyk, tp kira OK la tu kan? Dulu, yg sekolah menengah - rm10.. sek rendah - RM5.. budak - RM2... tahun ni blom tau.. mcm xdpt je.. mcm aku cakap tadi.. aku tak tukar duit raya...




tetiba aku rasa cam malas da nk tulis .. hehehe.. aku nk stop kt sini ar dulu... tu sume gambo kenangan² Aidilfitri 2007 dan 2008,,, 2009 aku ske gambo di bawah ni.. dan 2010... aku bakal beraya di rumah mertua.. so, raya pertama tidak bersama Ayah dan Ummi utk kali pertamanya... tetiba sebak.. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~



Thursday, September 02, 2010

[ FunCorner ] - Edisi Buka Puasa Bersama Fun Corner

Free Pics View Photos Celebrity Pics

Pertama kali Encik Suami bertemu muka ke muka atau bahasa omputehnye - face to face dgn Fara Fauzana. at first Encik Suami cakap dia agak segan.. SEGAN????!!! Ada ke perkataan SEGAN dalam kamus hidup Encik Suami? hehehhee..


pic credit to Kak Zai.. 
xjumpe aku dlm gambar? 
sah2 la aku foto-graph-er nyer.. 


Sempat berbuka puasa bersama geng FunCorner walaupun ini sbenarnya plan terkocoh-kocoh.. Sy da siap shopping IKAN KELI utk dimasak berbuka puasa.. Alih2 tau bebudak FunCorner majority turun Shah Alam.. ape lagi.. join diorg ar.. ikan keli sy dimasak sambal pada pagi tadi sebagai juadah sahur.. hehehe.. Sy harap warga FunCorner sume sentiasa FUNny + SASAU.. I Miss You All Sokmo~ Siyes nih..