Friday, August 19, 2016

[ Hiking ] - Misi Gunung Irau


Salam 1 Malaysia


Untuk trip ke Gunung Irau kali ini, Geng Misi Irau bikin trip 3h2m.
tapi takdelah 3h sangat pun. Lebih kpd 2h2m plak rasanya.
Memandangkan ada sahabat yg bekerja di hari Sabtu, 
kami bergerak drp Subang lebih kurang jam 2.30pm camtu.

Then, kami bertemu pula dengan geng² yg tunggu di Restoran Jejantas Sg Buloh
Memandangkan semua makhluk tuhan dah cukup, teruslah kami bergerak ke Cameron

Lokasi penginapan kami adalah di Kem Sg Pauh.
Layan camping sekali sekala, dah lama tak camping kan.
Tiba di tapak perkhemahan agak lewat.
Hari dah gelap, sibaek Jaja n Minami dah tiba awal
Diorang dah book tapak untuk pacak khemah.

Selepas kejadian pacak khemah, 
perut masing² dah berkeroncong
Kami keluar daripada sunyi sepi rimba
ke Fauzi Steamboat & Tomyam

Walaupun nak pastikan tidak memerut di puncak Gunung Irau,
tapi kelaparan menghalang kami untuk makan dgn kuantiti yang sedikit
Kami makan seperti biasa dan mungkin juga luar biasa.
The most important thing is do not eat spicy food
Jangan cari pasal Zuraiha!

Dah kenyang, semua pakat jadi pacat
Balik ke sarang masing-masing

Cuma aku, Anis dan Are-are
yang masih tak reti² nak tidur awal

Aktiviti nyala unggun api, bakar sosej jiran, bancuh milo jiran 
akan sentiasa menjadi kenangan.
Jam 3 pagi.. kami pun masuk ke dalam khemah


video
Survivor tips..
kalo da bancuh milo jiran, dan takde sudu sesangat..
berus gigi pun jadik lah~



Nasihat daripada aku :
Kalau nak camping, sila bawak sleeping bag, jangan mengigil macam aku
MENYESAL TAK SUDAH~!


So, kami bangun sekitar jam 6 pagi
Paling salute Kak Faika la
Waktu kitorg bangun, dia da siap gulung khemah
Terbaik la kak~

Untuk pengetahuan korang, 
Kem Sg Pauh ni ada semua kemudahan yg diperlukan, 
so tayah risau mana nak mandi, solat or uk uk~
Surau, Tandas, Bilik Mandi disediakan


Around 7am, kami bergerak ke Nova Hotel untuk tunggu 4wd datang pickup
Untuk trip kali ni, disebabkan kami ni semua kategori Beginner,
kami hired la certified guide~ Nama dia Syaiful a.k.a Epul
Day hike jer pun


dan satu lagi nasihat daripada aku
Kalau panjat Gunung Irau, tak payah lah sibuk bawak tongkat
Tongkat sakti mahupun Tongkat Ali
Bawak air jer biar lebih sikit. Hahahhaha~
Kitorang hampir tak cukup air kot
Gara-gara makan jajan, cikedis dan sewaktu dengannya
Muhahahaha~


dan kalau boleh, prepare sekali Mental dan Fizikal
bungkus elok-elok buat naik atas
make sure juga ikat mati, jangan sampai tercicir.


Kejadian-kejadian di atas, 
rasanya takmo cerita panjang la
Buat yang berminat, naiklah.
Serius tak mengecewakan


Tahniah buat Geng Misi Irau
Anda HEBAT!


This trip is organized by Ain


So, next trip kita redah 2 bulan lagi
Semoga berjalan dengan lancar!




Gambar dr YiCam aku :


Semua masih tersenyum riang gumbira lagi~


Before the journey start~


Geng Kepala Lutut


Laluan yang dilalui
Tanah lembap & cuaca dingin mengiringi perjalanan kami


Sign board yang menjadi motivasi buat mereka bertiga
siapa mereka bertiga?
You know who you are.. Ahaks~~


Mana aku tak jatuh cinta
Cantik sungguh ciptaan Allah
Subhanallah... MashaAllah


12 Monkeys
Ehhh... tak tak tak... jangan marah.. 



Takleh nak zoom.. apa korang nampak?




Daripada Gambar Whatsapp
Credit to All Geng Misi Irau




Ni sebelum gerak.. 
Kasut semua cantik² bersih² 


Aku pilih gambar aku paling skema.
Gambar lain muka aku cam hareyyy~ 


Kelihatan wajah-wajah kepenatan
Maaf, aku masih tersenyum


Tinggi wei.. sungguh tinggi..
Tapi budak gayat cam aku memanjat tadak hal


See... Cer teka siapa saya?


Ada orang janji nak duduk belakang sama-sama
Sekali lepas bergambar, dia lesap bersama camera orang.
Hahahaha~


Kami setia di belakang
Membantu mereka yang memerlukan
Support team
Gaji extra~ Kongsi cikedis~


Adegan peluk pokok tak sempat direkod


Ni runner yang jauh ke depan


Di puncak Irau... sibaek dah abis musim raya
kalo tak, ley lawan ngn Mira & the geng.. Hehehhee~
( Mira otai hiking )

Ok.. Terus letak gambar dalam 4wd.. BALIK!!!!!



Daripada Camera Handphone Aku Pulak

Payung sekeping lagi gambar Geng Kepala Lutut a.k.a Team Support


Acrophobia .. Degupan jantungku laju
Atasi segalanya dengan keberanian


Top model Irau.. dalam ramai-ramai, seluar dia paling bersih
dalam banyak-banyak phone, semua ada gambar dia..
Yang penting, gambar ni cantik sebab aku yang snap

#blog-aku-ske-ati-aku


Apa caption nak letak lagi nih.. 
Signboard ni tak mengusik jiwa sangat



Abaikan muka aku yang macam mintak disepak tu
Aku nak tunjuk kalau rasa tak tinggi sangat, then boleh kasi try bro.


Owh.. ni sebenarnya gambar waktu awal² gaks nih..
Waktu baru tiba di Mini Irau


Bile la nak basuh kasut nih
Masih tersadai di luar rumah

Pemandangan di puncak
Sukses!


Kak Emi siap bawak bendera Malaysia
Cayolah!


Posed lentok liuk aku dan are-are



Ok.. Kasut siapa paling bersih?



Tamat sudah entry tak leh nak move on lagi nih
sebenarnya entry FUTSAL SUKUM 2016 pun aku tak up lagi
sabar nyer.. 
tu satu lagi tak leh nak move on move on





No comments: