Tuesday, December 24, 2013

[ ILMU ] - PRODUK DENGAN LOGO IMP


InsyaAllah, dulu kita hanya memikirkan tentang logo HALAL
tetapi why not kita cuba untuk mencari produk-produk yang ada logo IMP


Camno logo IMP?
Cam bawah ni haaaa~~~~




Sebelum kita nak cari produk-produk yang ada lambang IMP,
mesti tertanya-tanya, APA ITU IMP?

Secara jujurnya.. Saya amik penerangan ni di page ini sebenarnya


IMP Pengeluar Dan Pengilang Produk-Produk ”Halalan Thoyyiba” Bertaraf IMP (Islamic Manufacturing Practice) ialah suatu piawaian yang bertaraf pengilangan yang bukan sahaja suci dari sudut fizikalnya (yakni tidak ada bahan-bahan haram ataupun kontiminasi dengan bahan-bahan haram) malahan juga suci dari rohaniahnya. Maknanya tangan-tangan yang memproses produk-produk juga suci dan halal iaitulah ISLAM.


Piawaian IMP bukan sahaja memenuhi kehendak Islam malah juga mematuhi dan memenuhi Piawaian yang telah ditetapkan ke semua badan-badan dan pengilang-pengilang.


Halal itu jelas dan haram itu pun jelas. Di antara keduanya tidak ada perkara yang samar (syubhat) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya….


Pengusaha yang ingin melibatkan diri dalam pembuatan produk berasaskan ”Halalan Thoyyiba” Mestilah : 
• Mengetahui persoalan hukum pembuatan produk 
• Mempunyai ilmu-ilmu berhubung dengan persoalan keagamaan 
• Membekalkan produk yang mengikut piawaian syarikat 
• Menyedari bahawa penghasilan produk akan menjadi darah daging dan akan di tuntut di akhirat kelak. 
• Niat untuk menyediakan produk yang halal lagi baik kepada pengguna muslim semata-mata mencari keredhaan Allah S.W.T 
• Sumber kewangan yang digunakan untuk perniagaan tidak bersumberkan riba. 


SITUASI KILANG & BAHAN KILANG & BAHAN 
• Susunan dalam kilang mengikut syariat 
• Tidak ada muzik 
• Ada Nur bacaan Al-Quran 
• Ada kuliah kefahaman agama pada keseluruhan pengurusan & pekerja 3 kali seminggu 
• Sumber bahan-bahan mentah hendaklah yang HALAL dan 
mendapat pengesahan dari pihak berkuasa dan dari Unit Audit Syariah Dalaman. 
• Peralatan dan bahan mentah mestilah dibersihkan mengikut piawaian syariah. Contohnya : bersih lagi suci iaitu mengunakan air muktlak. 


PEKERJA KILANG-KILANG IMP 
• Pekerja mestilah Islam dan beriman kepada Allah S.W.T dan Rasulnya (menutup aurat) 
• Mengetahui dengan sungguh-sungguh hukum thoharah yang berhubung dengan dirinya dan kesucian bahan-bahan peralatan dan bahan mentah. 
• Mengetahui tentang air muktlak dan air mustakmal. 
• Kemampuan membaca Al-Quran kerana banyak doa-doa dan bacaan-bacaan yang perlu dibaca proses pengilangan. 
• Sentiasa dalam keadaan berwuduk. 
• Mesti memulakan dengan Bismillah dan Doa-doa khusus 
• Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan. 
• Perempuan yang haid dipindahkan dari bahagian pemprosesan 
buat sementara waktu ke bahagian yang lain. 



HIKMAH IMP 
Produk yang mampu merubah diri manusia mestilah datang dari kesucian tangan-tangan yang mengusahakannya iaitu suci ROHANI dan JASMANI. Memadai dengan wuduk yang sentiasa ada pada operator dan diiringi dengan bismillah di permulaan bekerja serta doa-doa yang dikhususkan, NUR (cahaya) tersebut akan melimpah masuk ke dalam produk yang akhirnya kita.. insyaALLAH terlepas dari produk yang meragukan dan terlindung dari kemurkaan Allah. Ianya akan menjadikan kita lebih taat akan perintah Allah dan Rasul. 


Memakan makanan Halalan Thoyyiba Insyaallah akan merubah 4 perkara iaitu: 
PERMIKIRAN – PERASAAN – JIWA – BUDI PEKERTI 

Thursday, December 19, 2013

[ Auni ] - Training.. On Track


#CikAuni

Disebabkan PuanMama dan EncikAyah nak g jogging
Maka CikAuni terpaksalah turut serta
( walau hakikatnya terpaksa )

Kami memilih lokasi
Kompleks Sukan Negara Matsushita
di Seksyen 21, Shah Alam

Sebenarnya di sinilah tempat PuanMama
training fitness futsal 2 tahun lepas bersama Coach Tompel & Team Gaijin
dan dekat sini lah PuanMama mendapat kecederaan lututnya
yang kesannya masih sampai sekarang.

Alhamdulillah
CikAuni berjaya menghabiskan acara slow jog sejauh lebih kurang 200m
Sangat membanggakan PuanMama dan EncikAyah

dan selepas 200m
PuanMama menjadi mangsa
..........


Oke.. kami start dengan walking dulu.. 
siap pegang² tangan gituwwwww~


Kemudian... bermulalah acara slow jog bersama EncikAyah
PuanMama cam biasa.. 
duk sibuk dengan handphonenyeeee~


dan...
inilah yang berlaku selepas 200m
PuanMama terpaksa jogging sambil kelek CikAuni..
hambeekkkk~~~~~~
Kao boleh???
Lebih kurang 1200m jugak lar kan terpaksa begini.. 
termasuklah gendong di belakang.. 
PuanMama memang hebat!!!


Dengan itu... inilah muka penat lelah .. 
Selepas 1.2km ... fuhhhh~!!!!


Owh.. dan CikAuni maintain senyum lebar.. 
Tak Penat langsung la kan????


So, CikAuni dipaksa oleh PuanMama untuk training acara pecut memerut.. 
Kenapa dia pilih No 4?
Jersey PuanMama memang No 4
CikAuni cucu Atok Nimma yang ke 4
Peminat cerita I AM NO 4 pun ye juga kotttt~






Ending dengan gambar bertiga~
Penat, but we are happy~!

Dan...
sebelum balik
Inilah kerjanya... 
Mengutip batu
Sambil wat sengehan nakal...
Pastu masukkan dalam mulut~!!!!

Penin aihhhh
Penin~~~~




#Sekian

Thursday, December 12, 2013

[ Me ] - Terima Maafku ..




Ya.. Benar~
hati agak lapang setelah meminta maaf

terima kasih teman 
kerana sudi memaafkan salah silapku

ya benar~
itu zaman kebodohan kita~
tak mungkin utk diulang kembali
kebodohan yang sama
kesilapan yang sama
kesalahan yang sama

emang bisa
buang segala dendam
hapus setiap kesumat

aku pilih untuk bahagia~
doa buat kamu juga~






Thursday, December 05, 2013

[ JJCM ] - The Red Wok, Bandar Baru Bangi


Kali ini, saya bawa kawan-kawan sekalian ke satu lagi 
restoran yang menarik untuk mengketedarah


RED WOK RESTAURANT
Jalan Kajang Impian 1/2, 
Taman Kajang Impian, 
43560 Bandar Baru Bangi, Selangor
03-8927-4100


Actually it's a Chinese + Thai Food Restaurant
and kat sini pon ada steamboat / korean bbq style 
Jangan risau.
~ HALAL ~



Kali ni ada model kita ade model bersama sajian makanan
Kak Wan namanya
Kadang² nama glemernya Kak Weth.. 
Kalau nak panggil utk jadi model korang pun boleh 
sila kontek saya as Manager dia


Oke.. Ini namanya SOM TAM.. 
Model kita makan sorang jer.. hehehehe~
Rasa : tak dapat bagi bintang sbb saya tak makan


North Bangkok Styled Creamy Tom Yam Soup
Tu size SMALL
dan cukup untuk kami 1 keluarga makan.. 
Rasa : 4 out of 5 star


If i am not mistaken, Kak Wan kita sedang mengadap
menu Beef Wrapped in Salted Egg
Rasa : 3 out of 5 star


Oke.. Kailan Ikan Masin.. 
Rasa : 3 out of 5 star


Macam biasa la.. Ni macam da jadi makanan wajib bila makan beso
Butter Prawn
Rasa : 3 1/2 out of 5 star


Sotong Goreng Tepung
Ini Marvelous ... Mabelessssss~ Sedappppp~
Size : SMALL
Rasa : 4 out of 5 star


Actually kitorg ada order 2 lagi hidangan iaitu
Daging Masak Blackpepper ( 3 out of 5 star) dan
Sweet Sour Fillet Fish ( i give 5 STAR!!!! )
tapi lupa nak amek gambo.. 
eksaited sangat nak nak makan.. 
sudah lupa juga~ 




So, secara keseluruhan saya termasuk service dan harga
Saya bagi 4 Bintang




Pesanan buat Kak Yong dan Kak Yi
Sila jangan jeles.. 
Next time kita g 1 family pula yer~!!!!

Baru betul betul horliau!!!!