Wednesday, August 29, 2012

[ Auni ] - Ini Kasut Raya Saya!



Masih Mood Raya?
Ya?

Apa kata mula berpuasa 6
kerana

simple calculation 

( 30 + 6 ) hari = 360 hari 



Orait~
Aku sharing 2 keping gambar Auni



KASUT RAYA AUNI

|
|
|
V



Tidak dicabut oleh Auni hanya ketika TIDUR

|
|
|
V







Saturday, August 25, 2012

[ Auni ] - Hello Bro .. Tolong Masak ...







Tq For Inviting Us Untuk 'Berbuka Puasa' bersama...
Auni enjoyed the food very much.. 


Hehehehe~



Wednesday, August 22, 2012

[ Family ] - Aidilfitri .. Datang Lagi~!


Oke Guys.. 
Aku da letak gambar2 raya aku dekat Blog Si Auni.. 
Al Maklumlah.. 1st time beraya.. 


So.. Kalau Kalian Berminat Nak Jenguk2 Gambar Raya Kami.. 
JOm Layaannnn ---> http://nurinauniharris.blogspot.com




Wednesday, August 15, 2012

[ Me ] - Sudah Mahu Raya!!!







Amcam? Masing² da sibuk dgn planning perjalanan masing² kan?? Aku ngn En Suami pun sama.. Tapi yang busy planning En Suami.. Aku menurut perintah ajer.. Malas nak ganggu planning & jam yang da dicalculate oleh En Suami.. 


Orait.. dalam kita duk sibuk nak beraya nih.. Jangan pulak lupa bayaq zakat fitrah yer.. Tanggungjawab yang sepatutnya tidak diabaikan.. Jgn jadikan kesibukan sebagai alasan hangpa x bayaq zakat.. Siap ada kaunter pandu lalu.. Hmmm... teringin plak nk mkn McD bila tersebut pasal foldover nih~ 


Tahun ni.. Persiapan menjelang raya .. Sangat simple .. Macam takde la nak raya sangat .. Bukan tak excited nak sambut raya, cuma 'Partner Shopping Raya' takde tahun nih .. She's Married and sedang Preggy.. Huhuhu~ Plus, malas la plak nak mengangkut Nurin Auni meredah kesesakan Jalan TAR ataupun mana² shopping mall.. So, cari je yg patut².. 


Dan... paling terasa... Kita akan meninggalkan Ramadhan Al-Mubarak.. Terasa kejap sahaja Ramadhan kali ini.. Rindu pasti akan bertandang lagi.. Semoga Allah menerima taubatku sepanjang Ramadhan ini.. dan semoga Allah akan ketemukan aku kembali dgn Ramadhan akan datang.. InsyaAllah... 


Buat Familyku Yang Dicintai di Serdang.. Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir dan Batin.. Duit Raya belakang cerita.. Love All of You.. Ada jodoh, kita jumpa lagi~~~~


Buat kaum kerabat, teman² dan kawan² ku .. Maaf Zahir dan Batin .. Dosa kalian da lama aku maafkan .. hehehehe~ Enjoy u ols nye raya .. Sedekahkan Al-Fatihah buat mereka yg telah tiada~



RAYA!!! RAYA!!! DAN RAYA!!!!!




Tuesday, August 07, 2012

[ Family ] - Jimba Oh Jimba~




Entry Backdated




Orait.. Kami sekeluarga telah berhiburan dan berliburan di The Ancasa Allsuites Resort and Spa in Port Dickson pada sekitar bulan Jun baru² nih.. Da lama tak gather², jumpe², tagging² chatting² (apsal da mcm lagu Alif Ajiz da aku rasa) ... tu pasat la mo bikin Family Day sket.. 


Di mana Ancasa ni? Oke.. Hangpa kalau tadak GPS.. ni aku taruk MAP... Tak susah pun nak cari.. 





Oke.. Mcm biasa.. Mari kita cuci mata tgk gambaq² kitorg yang supan dan santuuunnnn nih~


Oke.. Auni tidoq.. 
Tapi aku tetap sibuk² nk berposing...
Syokkkk aaaa... Hotel ni support Spain hokeyyyy~



Muke kami bila da dalam bilik kitorg~!!
Muka budak baru bangun tdoq tu...



Blom sempat pape.. Kami terus Visit Swimming Pool~
dan Encik Suami.. sibuk mengepam pelampung..
( sebelum merajuk mbawa diri tepi pantai... la la la )



Hokeyy... Ayah da majok...
Auni terpaksa pakai board Nimma...



Ehh... bukan lah... 
Rerupanya Si Tomey Najlaa da pinjam la.. Cisss.. 



Oke... Mari belajar berenang bersama Eizzah dan Aunty Jue~
Tapi bukan ke Kak Yi da belikan Aisyah Safiya pelampung besar 
siap ade bumbung, spoiler, rim 17", tayar nipis ke?
Mana Pigi????



Hokey... Anak Mama Yong a.k.a Zikri da kebas rupenyer... 
Siap buat muke tak bersalah.. 


Hehehe.. tapiiii... apabila tuannye amek blk..
Hasilnya.... TERIAKKKKK JE LEBEY~



Auni da tak larat.. Lepak ngn atuk a sekejap.. 
Atok tak mandi pun DAY 1 nih... 



Hokey.. da penat² .. kita sapkok luuuu...
ehhh.. debushhh...
kena penumbuk mama yong


* sambil mata lebam * 
hokeyyy, xde sapkok²
kita main UNO STACKO~!!!
Sape paling terrer??? Sah² la aku~

* muahahhahaha... blog aku.. so, aku isytiharkan aku sebagai pemenang.. ade aku keyysahhh *



Dalam kegembiraan dan kesibukan kami berjuang menentukan pemenang UNO...
Rupa² ada yg sibuk buat "projek" lain... 
Patut ar ade BAU enak....
tgk gambaq di bawah.. org buat muka tak bersalah 




Sib hang la yong... Tolong basuh yer~ hahhahaha~



Ekceli kannnn....
Sebelum kitorg lepak main UNO tu...
ade agenda berlaku di sekitar kedai makan di PD nih...

kalau korang nak tau.. acu cuba baca dekat sini.. SUPRISEEEED~




Monday, August 06, 2012

[ Sedekah ] - Bantulah Mereka~


Ehsan Google


SEDEKAH BAJU RAYA BARU


Anda ingin bantu anak yatim?
Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata sungguh bermakna buat anak-anak yatim ini.

Tahukah anda? Betapa besarnya pahala yang bakal anda perolehi dengan membantu anak-anak yatim?

Ya...

Sungguh besar pahalanya!


Menjelang Syawal yang bakal menjelma tak lama lagi, team sukarelawan "Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata" yang telah ditubuhkan sejak 3 tahun lagi memohon jasa baik umat Islam di Malaysia ini untuk membantu mendermakan Sehelai Baju Raya BAHARU buat anak-anak yatim di seluruh Malaysia.


Baju-baju raya BARU yang dikumpulkan akan diagihkan kepada rumah anak-anak yatim yang telah berjaya kami kumpulkan.


Tahun ini, kami sasarkan 10RIBU pasang baju raya baru untuk diagihkan.

Tapi masih belum mencukupi lagi...

MASIH TINGGAL 4 HARI LAGI SEBELUM KUTIPAN DITAMATKAN..


Sebelum ini, banyak pihak yang perihatin yang turut menjayakan program ini. Antara yang pernah terlibat:

- Radio Alor Star
- Radio Penang
- Sinar Harian
- Artis kita- kak OGY

Cuba anda bayangkan, apa perasaan anak-anak yatim yang kecil ini apabila mereka menerima baju raya BARU yang anda sedekahkan?


SEBAK rasanya....


Jadi usah bertangguh lagi, jom sedekahkan BAJU RAYA BARU untuk mereka. KAMI TAK MAHUKAN ANDA SEDEKAH WANG RINGGIT, TAPI KAMI MAHUKAN BAJU RAYA BARU UNTUK ANAK-ANAK YATIM INI.


==============================
=
BAGAIMANA NAK BUAT SEDEKAH INI?
==============================
=

1. Anda beli baju raya BARU (baju Melayu atau baju Kurung). Untuk anak-anak berumur 7-16 tahun. Sekarang, kami kekurangan baju Melayu pelbagai saiz...

2. Anda hantarkan baju tersebut ke alamat di bawah:

Tim Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata (HQ)
No: 12 Jalan Platinum 7/44
Seksyen 7, Shah Alam
40000 Selangor Darul Ehsan.
(Tel: 016-2151192 Ahmad bin Saabun)


Anda juga boleh datang terus ke lokasi ini untuk menghantar baju raya yang dibeli.






URUSETIA
=======
- Ahmad Saabun: 016-2151192 - Shah Alam
- Harif@NagaTimur: 013-2275450/017-6086987/
018-2036320 - KL
- Norakmal Abdullah: 019-3652834 - KL
= Mohd Rozmie (JimieRay): 012-4982295 - Zon Utara


Semoga dengan sedekah anda mampu membantu anak-anak yatim ini disamping memberikan pahala berlipat kali ganda kepada anda.


Setiap kali anak-anak yatim ini memakai baju yang anda sedekahkan, anda akan memperolehi pahala.


Atau anda memang tak berkemampuan untuk memberikan sedekah? Anda boleh membantu anak-anak yatim ini dengan Klik butang SHARE di bawah.


Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).”

(Bukhari)



* aku copy paste dari wall kawan dkt facebook.