Friday, August 12, 2011

[ Me ] - Sujud

Sujud
Menyembah yang Esa
Ku rs kerdil
Hina dalam dosa dosaku

RezkiMu xpernah susut
Tapi aku jarang bsyukur
Berlagak dalam kejahilan
Bongkak dalam kekurangan

Ampunkan aku
Ampunkan aku
Yang Maha Penyayang
Yang Maha Pengasih
Ampunkan aku
Yang Maha Pengampun




- azue -

Wednesday, August 10, 2011

[ Me ] - Tak Rugi Kalau Baca




Allahu ma'i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi ~ Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku.


Benarlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Puasa dan al-Quran memberi syafaat kepada hamba pada hari kiamat. Puasa berkata: Hai Tuhanku, aku menegahnya daripada makan dan syahwat pada siang hari. Maka berilah syafaatku padanya. Al-Quran pula berkata: Tuhanku, aku tegahkannya daripada tidur malam, maka berilah syafaat kepadaku padanya. Kemudian kedua-duanya diberi syafaat." (riwayat Ahmad dengan sanad sahih)


Sepanjang bulan Ramadan ini program tadarus yang dirancang dapat dijalankan tanpa sebarang masalah. Melalui program ini aku dapati masih ramai lagi teman-temanku yang tidak bisa mengaji dengan betul. Tetapi Alhamdulillah, kesemua mereka masih dapat membaca al-quran walaupun masih terdapat banyak kesalahan daripada segi tajwid, makhraj huruf dan panjang pendek bacaan. Aku tidak menyalahkan mereka di atas kekurangan ini kerana aku sedar terdapat banyak faktor yang mungkin tidak membolehkan mereka untuk mengaji dengan lancar. Namun berkat daripada tadarus ini mereka bisa mempamerkan peningkatan daripada segi kelancaran mengaji dari sehari ke hari.



Syukur, aku sendiri diajar mengaji oleh ibuku. Dan mungkin berkat daripada seorang ibu, aku bisa mengaji dengan agak baik dan lancar walaupun masih terdapat beberapa kesalahan yang harus dibetulkan.



Namun apa yang aku ingin tekankan di sini bukan hanya soal diriku dan teman-temanku yang masih tidak mampu membaca al-Quran dengan betul tetapi kepada semua insan yang bergelar lelaki di luar sana.


Khalifah Umar pernah menyatakan terdapat 3 tanggungjawab seorang bapa terhadap anaknya iaitu:

1) memberikan nama yang baik
2) mengajarkan mengaji
3) mencarikan ibu yang baik untuknya


Lalu wahai sahabat-sahabatku di luar sana..

Andai kita sebagai seorang lelaki tidak mengambil berat akan hal pembacaan al-Quran, masih LAYAKKAH kita untuk bergelar sebagai KETUA kepada sebuah keluarga kelak?


Tidak malukah kita, andai kita tergagap-gagap untuk membaca Al-Quran di hadapan bapa mertua kita kelak dan mungkin saja al-Fatihah pun kita masih tidak mampu untuk membacanya dengan lancar..

Sahabat-sahabat, mesti nak kahwin kan????

Jadi jangan lupa bagi lancar al-Fatihah dulu ye.

Jangan nanti tak jadi kahwin sebab tak reti baca al-Fatihah.


Dan layakkah kita untuk bergelar seorang ayah?

Ya, mungkin ada yang akan mengatakan suruh saja si ibu yang mengajarkan anak ataupun hantar sahaja anak ke mana-mana ustaz. Namun, bisakah untuk kita lari daripada tanggungjawab kita ini yang kelak pasti akan di soal oleh Allah S.W.T.


Fikirkanlah wahai sahabat, seorang anak akan lebih selesa mengaji bersama bapanya atau bersama orang luar yang mungkin sebelum ini tak pernah dikenalinya?


Si ibu sudah mendapat pahala yang sangat besar seperti berjihad di medan perang sewaktu melahirkannya, lalu mengapa kita tidak mencuba untuk mendapatkan pahala Ilahi untuk menggapai redhanya dengan sekadar mengajarkan anak-anak kita mengaji?


Ok, mungkin kita masih terlalu muda untuk berbicara soal anak tapi INGAT jika hal ini dianggap remeh maka akan remehlah masa hadapan rumah tangga anda kelak.


Rancanglah perjalanan hidup kita sebaik mungkin dan Al-quran adalah sebaik-baik rujukan.


Kepada rakan-rakanku: Jadikanlah membaca Al-Quran sebagai satu budaya. Janganlah hanya membaca apabila disuruh ataupun sekadar membaca di bulan Ramadan. Sesungguhnya, Al-Quran dan As-Sunnah itu adalah wasiat Rasulullah S.A.W. yang harus dijaga walaupun mesti dipertaruhkan dengan nyawa.


Renungkanlah wahai sahabat yang ku kasihi.

Kelak di pusara ibu bapa kita siapa yang akan membacakan yasin dan tahlil untuk mereka?
Siapa yang akan mendoakan kesejahteraan mereka?
Siapa yang akan menolong mereka berhadapan dengan yang Esa?


KITA!


Ya, kita yang akan mendoakan mereka lalu andai al-Quran tak mampu kita baca kepada siapa lagi kedua ibu bapa kita harus mengharap.

INGAT!!!

"Apabila meninggal dunia seseorang anak Adam, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kedua-dua ibu bapanya."

Fikir-fikirkanlah.

Tepuk dada tanyalah Iman ~






*  Terasa kerdil diri aku apabila banyak lagi kesalahan aku dalam mengaji especially kesalahan daripada segi tajwid, makhraj huruf dan panjang pendek bacaan.


*   Perempuan tak cekap / tahu memasak menjadi isu besar dalam rumahtangga, tetapi kenapa LELAKI tidak lancar / pandai mengaji Al-Quran kurang dipertikaikan dalam masyarakat kita? Antara Memasak dan Mengaji Al-Quran, yang mana lebih penting?



Monday, August 08, 2011

[ Me ] - Dugaan Bulan Ramadan..



waaa.. gambar lama ni... 
tapi... sodapnye food dlm gambar nih.. 
den lamo tak mengketedarah sushi ~

banana split pun sodap.. 
adehh.. 
dugaan.. dugaan bulan poso.. 





[ Futsal ] - Kejohanan Futsal Ramadhan Piala Figos 2011

Sempena bulan Ramadhan ini, Figos menganjurkan satu kejohanan khas iaitu Kejohanan Futsal Ramadhan Piala Figos 2011 yang akan berlangsung di Sports Planet Ampang pada hari Sabtu, 20 Ogos 2011. Kejohanan yang terbuka kepada pasukan Kategori Lelaki ini diadakan pada sebelah malam dari pukul 10.00 malam hingga 3.00 pagi hari berikutnya. Johan akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,500.

Setiap pemain dalam pasukan perlu menjadi peminat laman Facebook Kelab Peminat Figos Malaysia dengan LIKE laman tersebut. Sila lampirkan Profil Facebook kesemua pemain pasukan semasa menghantar borang penyertaan kejohanan.

Yuran penyertaan adalah RM160 dan tarikh tutup penyertaan pada 17 Ogos 2011.

Keterangan lanjut serta syarat kejohanan boleh dirujuk dalam borang penyertaan yang boleh dimuat turun di bawah.





Saturday, August 06, 2011

[ ME ] - Rajin Pulak Aku Nak Bercerita Panjang..

Hari ini, aku terkejut lagi.. Cuak sangat2 bila nmpk ape yg tak patut aku nmpk dalam kandungan pee pee aku.. Kebetulan encik suami balik kampung sebab mahu berbuka puasa dengan family dia, aku da mintak izin utk tak pulang sbb aku sendiri tak yakin dengan condition aku dan DIA.. dan.. awiz, k yi and aisyah hantar aku ke Hospital Serdang.. 

Well.. Alhamdulillah, once register, attendant hospital tu terus bw aku naek wilcha.. malu lak aku kena tolak atas wilcha tu.. hehehe.. tapi ok gaks, ini semua pengalaman.. so,aku tatau la diorg bw aku ke unit ape, bilik ape.. sbb aku tak smpt bc ape2 signboard pun kat spital tu.. aku ditempatkan dekat dgn tingkap.. katil huuuuujung skali.. baek.. port baek brader attendant tu taruk aku.. tq bro...

ok.. aku tunggu , sape la nk entertain aku ni.. tunggu punya tunggu.. dtg sorg brader amek blood pressure aku and betulkan posisi katil aku yg spy t'angkat sikit.. haaa.. baru la aku ley baring dgn tenang.. ok, blood pressure aku normal.. pastu, aku msj adik aku suh g bli murtabak n blk dulu.. hehehe.. kesian kat diorg kalo nk tunggu pun.. musti lama nih.. 

orait.. aku msj la inform hubby aku.. kang bising lak kalo aku tak gtau.. sementara tu, aku tunggu punya tunggu.. datang la sorg doc yg cun , tinggi dan lemah lembutttttt tanya psl aku.. ok, explain2.. dia pun check la.. then.. dia suh aku tunggu jap.. ok, aku da biasa mnunggu nih.. tak kisah punye.. tak lama pastu, dtg 3 orang brader.. rupenye nak amik darah n suh aku g isi 2 bekas botol dgn pee pee aku.. aiyoooo.. mn ade air nk keluar lagi.. sblum dtg sudah 2 kali pee pee.. time dia nk amek drh, aku da dia xkan success.. sbb dia try amek drh dr tgn kiri aku.. bdasarkan pengalaman aku dulu, urat tangan kiri aku sgt halus.. hny yg expert jer bjaya amek aritu.. so,, brader tu tukar ke tangan kanan.. ok.. SUCCESS!

tapi utk pee pee.. aku kena g toilet 2x .. hehehe .. x cukup la utk isi 2 botol .. then.. tunggu2.. doc td dtg panggil aku suh masuk bilik 5.. ooo.. aku da nmpk alat yg aku rasa aku suka sangat sepanjang hampir 12 minggu nih.. sbb bila nmpk alat tu, i will see "IT" .. and.. yes.. i saw IT again .. and .. sooooo cute.. IT getting bigger .. and alhamdulillah.. selamat... cuak aku...

lepas check.. aku disuruh tunggu d tempat tadi, and tunggu keputusan pee pee n darah.. ok.. skali lagi.. tunggu punya tunggu punya tunggu... datanglah keputusan.. doc ckp everything is fine.. take good rest and dont stress ~ hurmm.. baek doc.. sy tau.. dan jgn buat KERJA BERAT ... ye doc, sy da lama pencen jadi buruh kasar sjk sy jadi tukang sapu nih.. sbb bg sayalah doc, kerja berat tu mcm petani, membanting tulang mengerah tenaga, buruh kasar yg bancuh simen buat bangunan,mungkin ibarat nelayan yg meredah ombak  badai menongkah arus.. dan mungkin juga kerja berat nih mcm potong kayu balak di dalam hutan.. 

Terima kasih adik doktor... Terima kasih semua yg membantu sy pada hari ini.. hehehehe~ 

ok lah.. aku tetap bersyukur segalanya selamat.. alhamdulillah... dan kwn2.. jgn ponteng puasa...