Monday, September 09, 2019

[ Vacation ] - Welcome to Perth, WA


Day One in Perth

We arrived to the Perth Airport around 5:40am in the morning
Alhamdulillah, selamat menjalani sesi soal jawab bersama pegawai imigresen n kastam di sana.


Tips :
1) Semua soalan perlulah dijawab dengan confident (tak salah, nak takut apa kan?)
2) Pastikan semua bukti seperti dokumen penginapan, sewa kereta dan kena declare food yang korang bawa ke Australia ni. Sebab dia memang strict sikit.

Antara benda yang kena declare adalah : Makanan, Produk Tenusu, Produk Berasaskan Daging, Ayam & Makanan Laut, Benih & Kekacang, Buah-buahan & Sayuran, Produk Berasaskan Tumbuh-Tumbuhan, Produk Diperbuat dari Haiwan.

3) Dia tanya nanti sorang-sorang, so kalau boleh sila amik cakner tentang itinerary korang. Ni untuk tips no 1 di atas



Ok lah.. tips-tips lain boleh baca dekat https://faraamusa.blogspot.com/2018/09/travel-tips-tips-bawa-makanan-ke.html





Disebabkan takut ada kelewatan atau sangkut dekat imigresen / kastam, kitorang deal amik kereta lewat sikit dengan Aries Car Rental. Diorang datang ambil kitorang dekat Airport dan bawa kami ke office mereka di Kewdale. Urusan tak lama, sebab memang da deal dengan jelas dan nyata sebelum ke sana. Senang sebab diorang ada Malaysian yang uruskan perniagaan kereta sewa di sana. Harga pun not bad lah.. 


Ni gambar tengah beria menunggu di luar Airport sambil layan angin sepoiiiiiii bahasa.. (padahal mengigil kesejukan kat luar tuh.. )



Okay.. skip cerita bla bla bla.. kereta dah dapat.. tapi disebabkan kami plan untuk terus ke Kalbarri. Maka takleh bertolak lambat. Tidak digalakkan untuk memandu ke sana pada waktu malam. Sebab kanggaroo melintas tak guna otak kat sana. Bimbang berlaku kejadian tak diingini di sana. Haru biru juga. Apa kaitan dengan air Gatorade kat atas ni kan? Haaaaa... aku beli Gatorade ni sebab aku tak pernah jumpa botol besar camni kat Malaysia. Dan, ini mungkin pemangkin kepada ketidak-mengantuk-an aku sepanjang perjalanan, selain daripada suara sumbang aku dan suara sedap Ikin bergabung meletup dalam kereta.



Rujuk gambar di bawah : Short cut cerita lagi, ni antara tempat yang kitorang tak plan nak singgah. Tapi kitorang singgah sebab nak cari toilet. Apa idaknya, tengok la Gatorate tu size apa, ikin pun layan air mineral bergelen-gelen juga. Sepanjang perjalanan menuju Kalbarri, banyak persinggahan kami. Ok lah. Dapat la tengok tempat-tempat menarik selain yang kami memang nak tuju.



Pekan kecil Badgingarra 


Tak ingat plak kat mana.. hehehe.. 


Enaebba .. tempat ni menarik untuk disinggah..




Leaning Tree.. tak plan pun nak singgah.. tapi rasa cam unik plak kan.. rugi tak amik gambar kenangan.. sebenarnya bukan pokok ni seketul jer.. ada lagi few kalau gerak ke atas lagi.. tapi yang ni paling besau dan tempat untuk parking amik gambar.. 




Kasi can la singgah amik gambar dengan pemandangan yang tak jemu mata memandang.



Okaey.. selepas lebih kurang 6 jam lebih-lebih-lebih perjalanan.. 
Akhirnya sampai ke Kalbarri.. YahuuU!

Kami menetap di Kalbarri YHA Hostels
Yang menariknya, hmmm... tatau menarik ke tak.. 
satu bangunan untuk private room di hostels tu, kami hanya duduk berdua
Ok lah.. cuak gaks waktu mandi.. sebab toilet shared.. so, kat luar bilik.. 
huhuhuhu... 


Oke.. kasi intro sikit salah satu tempat menarik di Kalbarri.. 
Next entry la aku cerita.. Daaaaa~~~!!!!!


2 comments:

Duan Deris said...

Wow..uniklah leaning tree tu. Seronok tengok

aizuemi said...

Kan. Sy pun suka