Wednesday, March 22, 2017

[ Me ] - Kenalan dan Pergi



Di waktu itu
Kau hanya kenalan aku yang baru
Kita saling berbalas senyuman
dan bercerita malu-malu
Bertapis-tapis gurauan
Namun terasa mula tak keruan
Tertanya-tanya pada hati
Apakah yang membuai perasaan ini?
Segera aku mohon beransur pergi
Aku tidak mahu rasa yang menjerat diri

Cukuplah
Aku tidak mahu dikhianati lagi


Thursday, March 16, 2017

[ Me ] - I Believe in the Law of Attraction



16 Mac 2017



Ku lukiskan semula setiap babak pada lembaran memori
Senyuman yang terukir di wajahnya
Jelingan itu menjentik perasaan yang telah lama hilang
Cukuplah hanya untuk satu malam


Manis



Simpan dalam kocek hati







#IMissMyParents
#PahatDalamHati
#LawOfAttraction
#IDoBelieve

Monday, March 13, 2017

[ Me ] - Racun dan Lebih



Bangsat sungguh perasaan ini
Yang sedia maklum tidak perlu dizahirkan
Yang jelas erat-erat harus ku simpan
Supaya kekal di dalam lingkaran
Tidak ditepis keluar garisan

Racun jika berkata lebih
Racun jika bergurau lebih
Racun jika bertanya lebih
Racun jika kau cuba lebih lebih

Dihadiahkan peluang yang sedikit
Diberikan ruang yang sempit
Asalkan kau tak mati tersepit

Thursday, March 09, 2017

[ Ku Tulis ] - Menanti Mati


Berterbangan kertas-kertas dikoyak kita
Imaginasi dirungkai tidak bernyawa
Hilang kalimat konotasi dicipta
Seperti mahu ghaib dari dunia
Perbalahan ini antara idealogi dua personaliti
Terbelenggu dalam situasi berbelah bahagi
Kisah ini bukan sekadar menerokai alam mimpi
Hanya ingin perteguhkan syak wasangka mu lagi
Bilang saja ke mana hati itu mahu pergi
Raksamu dalam tubuh ini sudah sebati
Bergabung bersama sel darah merahku
Bertaut dengan hela nafasku
Cuma kini jiwaku menghitung hari untuk mati




Zuraiha Harris
10/3/2017













Kerana jiwa yang ada itu sebenarnya kian pergi