Sunday, February 26, 2017

[ Vacation ] - Banda Aceh dan Pulau Weh - Day 2



Inilah musibat andai selalu melambat-lambatkan update blog pasal Travel / Trip to mana² lah. Semua akan berkesudahan dengan 1 episod sahaja. Trip pasal Banda Aceh tersangkut di tengah jalan. Maka perlu lah dikemaskini buat sementara waktu


Aku cuba untuk update sedikit tentang aktiviti kami


1. Menikmati pemandangan sunrise di ufuk timur hotel kami
2. Menjamu juadah pagi a.k.a breakfast buffet di Freddie
3. Menuju dari Sumurtiga ke Pulau Rubiah untuk aktiviti diving dan snorkeling
4. Mengekplorasi lokasi menarik iaitu Kilometer Nol
5. Melayan pizza Freddie yang lazat dan enak banget sambil diskusi tentang aktiviti Hari ketiga


FYI : 3rd day kami akan kembali ke Banda Aceh.

Disebabkan kitorang tiada itinerary, sambil-sambil kami study pasal hotel / airbnb / guesthouse / hostel untuk penginapan kami keesokan harinya. Banyak faktor perlu diambil kira termasuk perkara yang tak masuk dek akal. Nak tau, mohon PM tepi. Ahaks




Selamat pagi dunia!



Katnis menyentuh mentari


Nice try ~



Masih cantik walaupun bulatmu tidak kelihatan



Breakfast sambil menikmati pandangan laut.. Menarik kan?
Dont worry, kat Pangkor dan pulau² di Malaysia pun ade tempat cenggini
Tapi ini rezeki saya nikmati di sana



Orait .. Dipendekkan cerita
2 orang pergi snorkeling
2 orang lagi layan diving

Rasa-rasa aku pegi yang mana?



Share sikit gambar dalam laut dalam



Dikerumuni cinta-cinta kebiruan



Nikmat dikongsi bersama
Terima kasih Chucky~



Cover album di Pulau Rubiah jap~



Sebelah den tu yang bawa menjenguk laut dalam
Adi barangkali namanya.. tak hengat.. 



Megi ketam dan air kelapa di sekitar Kilometer Nol
ini pun mengadap laut tau
Biru kehijauan air laut dapat melonjakkan kegembiraan aku
Poyo? Suka hati aku lah



Menara Tugu Kilometer Nol di belakang tu masih lagi dalam pembinaan
Maka nikmatilah buat masa ini papan tandanya

Apakah itu Kilometer 0 ini?
Tempat bermula penghitungan kilometer pertama di Indonesia
Mungkin untuk penerangan lebih lanjut, sila google




Memandang esoknya sudah mau pulang ke Banda Aceh
Maka, bergambar sekejap di sini
Bukti ketibaan kami di Pulau Weh~



Gua sajikan transport sepanjang kami berada di Pulau Weh
Disebabkan aku dah lama tak bawa motor
Maka aku terpaksa menjadi pembonceng jer
Bawa diri sendiri berani, nak bawa Chucky, serious tak berani



Ini bajet kami untuk Day 2


Fuel Chucky & Azue --- 8k
Diving --- 300k
Snorkeling --- 65k
Breakfast buffet freddie --- 35k
Lunch 0km --- 64k katnis paid
Satay Kurita ---- 30k Suky's
Pizza Freddie --- 32.5k



Alhamdulillah..




No comments: