Thursday, January 19, 2017

[ Vacation ] - Banda Aceh dan Pulau Weh - Day 1


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Fuh.. Macam la ramai sangat reader I Love Selipar Jepun nih

Ok. Kali ni nak cite pasal trip to Banda Aceh
1st time aku pergi trip takde itinerary
Yang ada cuma destinasi yang hendak dituju
So, main sumbat je baju dalam beg


Day 1


Kitorang smp lebih kurang jam 9 waktu Acheh
Grab a cab (Innove) from Airport direct to jeti Ulee Lheue

Sampai jeti, ngam-ngam
Beli tiket.. Naik fast ferry menuju ke Pulau Weh

Sebenarnya korang ada pilihan
Sama ada nak naik Fast Ferry atau Slow Ferry
Beza 2 ferry ni


Harga
Harga untuk Fast Ferry kitorang dalam IDR80,000
slow ferry dalam range harga IDR25,000 - 50,000


Masa
Fast Ferry - 45minutes
Slow Ferry - 1 hour 30 minutes


Keselesaan
Fast Ferry - Aircond, No Smoking
Slow Ferry - Leh Smoking katanya


So, kitorang rasa better naik Fast Ferry sebab kita boleh jimat part MASA tu.


Dalam feri tu sebelum bertolak, akan ada segerombolan penjual 
yang menjual makanan


Jangan tertipu dengan MURTABAK diorang
it is not a real murtabak, it is just TELUR DADAR
untuk alas perut boleh la

Memandangkan kami tak sempat singgah pekan
maka kami beli simkad di jeti
Penting juga beli simkad ni
Senang untuk waze
Beli 1 sim, share la 4 orang
4GB .. cukup lah



Muka naik Innova
Ada yang tak cukup tidur nih


~~ Gambar naik Ferry tak letak ~~~



Setiba kami di pelabuhan Balohan, Pulau Weh
Kami sewa 2 biji skooter untuk 48jam
Jumlah : IDR320,000
So bajet sorang : IDR80,000 sahaja


dan hala tuju kami adalah ke Sumur Tiga
Penginapan yang kami pilih adalah di Freddies




Ni gambar daripada bilik kitorang
Sumpah Cantik!
MasyaAllah.. Cantik sungguh weeyhhh~!


Ok.. lepas tu, kami lunch
Simple lunch dekat Cafe Freddies
Dan kami decide nak ke Gua Sarang kejar Sunset


Lepas makan, kitorang balik ke kamar untuk berehat


Sekitar jam 4pm ( ta kai ta kai la ye )
Kami gerak dari Sumur Tiga ke Gua Sarang
Perjalanan ke Gua Sarang agak mencabar
tapi.. kami dengan berkat TIDAK PUTUS ASA
kami berjaya sampai juga


Dah sampai kena bayar IDR5000 untuk tiket
Tanak cerita panjang kejadian di sini
Korang kena pergi sendiri
Baru korang tahu

Now, layan la gambar


















Dan balik daripada Gua Sarang
Terus cari lokasi untuk dinner





Dan secara ringkasnya
Ni adalah anggaran budget kitorang untuk hari pertama


Day 1:
Innova epot-perlabuhan ---35k/person
Fast boat --- 80k/person
Simcard --- 38k/person
Bike rental --- 80k/person
Lunch freddie ---120k azue paid
Fuel --- 10k/person
Gua Sarang --- 5k/person
Dinner Mi Aceh --- 100k chuck paid





[ Me ] - Bodoh Bodoh Alang


Tak reti nak tunjuk pandai
Dibiarkan saja kelihatan bodoh
Tak reti nak berlagak tahu
Padahal semua tu dah dalam poket baju
Lepak pasang telinga
Saja banyak tanya
Kadang-kadang senyum sahaja
Kalau kita yang bercakap
Kita cuma tahu apa yang kita tahu
Kalau kita yang mendengar
Benda tak tahu mungkin boleh jadi tahu

Nak buang persepsi orang
Bahawa kau bukan bodoh
Aku rasa tidak perlu
Biarlah apa orang fikirkan
Biarlah apa orang rasakan
Kita tahu siapa kita
Kita tahu yang kita tahu
Kita tahu bodoh itu bukan kau, bukan aku
Kita duduk tenang-tenang


Tuesday, January 17, 2017

[ Ku Tulis ] - Malaikat Tanpa Sayap


Berita yang dikhabarnya bukan sesuatu yang menggembirakan
Malahan bukan juga sesuatu untuk dibanggakan
Namun, seriusnya aku terus saja ketawa
Mungkin kerna tiada sepatah pun kata-kata untuk dibicara
Walaupun aku terasa bodoh dengan kelakuanku itu
Aku tetap terus ketawa walhal kami tahu ia tidak lucu

Aku dalam kekeliruan untuk menyatakan yang hak atau yang palsu
Yang enak didengar atau yang jujur menegur
Kadangkala terasa tersepit dan terhimpit
Menjaga hati malaikat kiri dan kanan ku
Sehabis baik cuba dilakukan demi mereka

Adakah aku kalah sebagai penjaga?
Mungkin kerana tidak cukup usaha?
Atau perbuatan membantu itu cuma sia-sia?
Emangnya aku cuma manusia biasa
Tiada kepak untuk melindungi
Cuma tangan untuk memeluk
dan tubuh untuk menghilangkan dingin


Semoga yang terbaik akan berlaku
Yang terindah menjadi milik kalian

Wednesday, January 04, 2017

[ Short Trip ] - Trip Instant Friends ke Penang


Hi.. just wanna share photos taken when we were having our kelam-kabut-trip at Penang
What happen in Penang stays in Penang.. Muhahahahha~

Ada lagi gambar kitorang bersuka ria di tepi pantai
Tapi aku simpan je la buat kenangan
Seriously, one of the best moment is 
riuh-rendah budak berdua waktu nak turun drp Parasailing tu
Mujo tak jatuh iphone memasing

oh ye.. satu lagi kejadian berlaga kepala
hanya kami bertiga yang memahami
acehhhh acehhhh~













[ Me ] - I Need My 'Pillow'



We are strong, don't be sotong
Nothing is wrong, we just gelong~!!


It is not funny~


Tuesday, January 03, 2017

[ Vacation ] - Trip Instant Friends ke Hat Yai - Day 2


Day 2 at Hat Yai bermula
Masing-masing bersiap seperti siput dalam pantang
Mungkin penat tak habis lagi tapi nak kena gaks jengjalan 

Apa-apa isi perut dulu la
Mana bleh tak makan
Breakfast is a must
walhal aku tau lunch juga a must utk aku
dan begitu juga dinner
Muhahahaha




Terjumpa tepi jalan kedai makan muslim ni
Harga semangkuk mi sangat sedap giler cuma 50 - 60baht
Rasa dia lebih kurang boat noodle tapi terus dlm portion besar
tapi.... disebabkan ada gadis cantik TERletak cili dlm mangkuk aku
TERLEBIH pedas la juga mi aku
tapi serius.. sedap.. tambahan pula teh o sedap uiiiiiii.. 
Memang enakkkk la breakfast pagi nih


After isi perut
Then kami terus lah menuju ke Hat Yai Municipal Park 
dan juga Hat Yai Cable Car


FYI waktu kami pergi 
Cable Car tutup
So, dapat amik gambar daripada stesen dia je










Gambar daripada stesyen Cable Car~



Gajah sebenar terpaksa pegang camera amik gambar kitorang berdua
Ahaks~~ Jangan Marah yeeeeeeee~



Masih keliru dengan konklusimu



Inilah pemandangan bandar ke 4 terbesar di Thailand iaitu Hat Yai




Bahagia dapat gambar cun~



Temple yang terdapat di Municipal Park



Signboard untuk ke area Baby Buddha



It's a Baby Buddha

Ok.. dah puas bergambar, kami gerak ke sekitar Pink Lady
cari tempat untuk massage, kitorang hentam jer masuk
tengok yang ala-ala cam ok
So.. ini mmg heaven.. 2 hours full body massage
sebab ada Free WIFI
urut sambil layan cerita dekat Weightlifting Kim Bok Joo


Petangnya, kami terus gerak ke Khlong Hae Floating Market
Kami tak pening-pening nak cari Tuk Tuk or Taksi
Sebab kami drive je sendiri.. Malas nak pikior dah

Yang pastinya, kalau korang ke sana
Sila kunjungi Floating Market nih
Memang menarik ke baaaa bommmmm

Semua sedap... tayah tanya apa sedap~
beli je semua.. muhahahahha~


Seberang sanalah floating marketnya



Ni market baru nak start, kami dah sampai
Lapar lepas mengurut


Adik manis pandang camera
Kakak cantik terus shoot je lah~



Otak-otak
Makan kalau rasa tak berotak



Squid with egg nih memang kena makan
Sedap! Waahhhh... macam nak pegi lagi je



Hi kak.. maaplah.. akak pening kepala ke akak selsema?



Agar-agar


Ni aku tatau apa.. tapi cantik kan?



Telur burung puyuh.. 



Pad Thai.. mohon cuba


Kerabu mangga
Kenapa semua sedap ni?



Ayaq kelapa dalam buluh
#BuluMataDalamKenangan



Lai lai.. murah murah
Sedap sedap



Dah petang sikit, umat manusia semakin ramai
Mostly from Malaysia
Kami pun sempat berborak dengan few Malaysians



Nampak tak tu Mango Sticky Rice
Saya tak sempat makan.



Cool ar dia nih.. nampak hakak nak tembak dia terus kasi peace kat hakak~



Jom pulang lah~
Dah kenyang, jalan tak ingat kawan






Daun pandan dia jual lepas gulung cantik² macam bunga tu



Malam kedua.. Kami lepak dekat Central Festival, Asean Night Market & Greenway Shopping
So, tak amik gambar.. Sibuk cari barang Little Pony yang Cik Auni pesan


Oke.. itu je la trip kitorang ke Hat Yai.. keesokannya, kami gerak ke Penang pula.
Gambar kat Penang tak banyak.. tapi boleh la.. nanti aku share

Sekarang, aku rasa nak benam kepala dalam bantal je nih~