Thursday, September 15, 2016

[ Puisi ] - Buang Masa




Sedang dia sibuk dengan teman barunya
Kau pula sibuk di rumah berlinang air mata
Sambil asap rokok berkepul² di udara
dan debu-debu berserakan atas karpet tanpa jenama

Lihat jam di dinding
Hitung berapa banyak masa kamu buang
Hanya kerana dia


Zuraiha Harris
Meja Kerja




Tuesday, September 13, 2016

[ Puisi ] - Tanpa Tajuk


Aku lihat
Tanganmu menggigil
Menahan amarah barangkali
Melihat kelibat itu dari jauh
Bersama mantan kekasihmu
Sambil berpelukan


Aku lihat
Matamu berkaca
Fikiran berkecamuk barangkali
Melihat kelibat itu dari jauh
Bersama teman-teman liburmu
Sambil ketawa riang


Aku lihat
Hatimu berdarah
Parah dikhianati barangkali
Kau peluk aku erat-erat
Tangisan seolah tiada noktah
Temanku..
Aku pinjamkan kau bahu ini
Selama mana kau mahu
Selama mana kau perlu



Zuraiha Harris
Kayangan
3.51pm

Sunday, September 11, 2016

[ Puisi ] - Pelangi Hari Rabu

Terima kasih teman
Hadiahkan aku pelangi
Pada hari rabu
Ulangtahun kelahiranku yang ke-21
Namun warnanya kau tarik
Satu demi satu
Sampai masa
Yang tinggal hanya kelabu


Zuraiha Harris
Pajam
546am