Sunday, July 12, 2015

[ Me ] - Alangkah Indah Hidup Ini


Assalamualaikum


* Moga diketemukan saat dan ketika seperti mana rajah ini , insya Allah *




Alangkah indah hidup ini... 
Hidup bersama Ilahi.. 
Kehendak Allah difahami.. 
Pandai menerima dariNya.. 

Bijak menggunakan nikmatNya
Ia dianggap ibadah
Semua diberi pahala
Takbir Ya Allah Berhikmah

Sabar dengan ujian
Tanpa hisab akan diganjari
Nikmat yang diberi
Memudahkan untuk berbakti

Merasai pemberianNya.. 
Itulah tanda bersyukur..
Akan ditambah lagi.. 
Nikmat yang diberi... 

Terseksa bermujahadah
Kerana ingin menempuh jalan
Untuk menuju Allah
Panduannya Allah tunjukkan..

Tawakkal kepada Ilahi
Terutamanya mengenai rezeki..
Tanpa ragu-ragu
Walaupun sedikit 
Ada jaminan pembelaan dariNya..

Bila takwa pakaian kita
Urusan kita dimudahkan
Kerana kita sudah menjadi ahlillah
Begitu indah hidup bersama Tuhan~




Lagu ini menjadi kesimpulan ke atas apa yang sepatutnya kita lalui sepanjang hidup kita.. Hendaklah kita menjalani kehidupan kita ini mengikut kehendak dan ketetapan dari Allah.. sepertimana apa yang ada di dalam Al-Quran dan Hadith.. Segala nikmat yang diberikan dan perbuatan yang dilakukan sekiranya kita buat kerana Allah SWT, ia akan dianggap ibadah.. Sabar dengan ujian yang dihadapi maka kita akan mendapat ganjarannya.. Syukur dengan setiap pemberian Allah SWT tidak kiralah sebesar mana pun, maka Allah akan menggandakan lagi rezeki dalam pelbagai bentuk dan bukan sahaja wang ringgit.. MasyaAllah..

Andai kita rasa terseksa dalam beribadah, berserahlah kepada Allah SWT dan yakinilah bahawa DIA akan menunjukkan jalan buat kita.. dan pastikan juga kita menjaga pemakaian kita, aurat kita.. Allah akan jaga kita andai kita jaga pemakaian kita.. Semoga Allah mengampuniku atas segala dosa²ku dan seluruh ahli keluarga ku... Aaminn... Sesungguhnya ya Allah, sangat besar maghfirahMu.. 



2 comments:

aku la... said...

REaliti x seperti selalu yang kita inginkan..namun kehidupan masih mesti diteruskan sebab haram cabut nyawa sendiri..hehehe..tenang sabar syukur...

aizuemi said...

hahaha.. melampau juga kalau nak cabut nyawa yg dianugerahkan itu.. bukan semua orang berjaya memperolehi nyawa tu kan?