Wednesday, July 08, 2009

[ Puisi ] Ini Jodoh, Bodoh

Kau memang lucu.


Kau pasti- manusia yang bertahun-tahun kau kasih ini
akan jadi milik kau?


Kau pasti- manusia yang berbulan-bulan kau tunang ini
akan jadi milik kau?


Kau pasti- manusia yang berminggu-minggu kau nikahi ini
sudah jadi milik kau?


Jangan jenaka.


Kau ikat dia- kau fikir dia apa?
Anjing?
Objek?



Kau ikat dia- kau ingat kau siapa?
Ibu bapa?
Tuhan?


Kau ikat dia- kau sedar kau dan dia siapa?
Dua-dua asalnya satu, tanah.


Entah-entah itu- manusia yang kau benci itu
Yang akan kau kasih


Entah-entah itu- kawan karib kau itu
Yang akan kau tunang


Entah-entah itu- lelaki yang beristeri ( atau janda, jika kau lelaki) itu
Yang akan kau nikah


Ini jodoh, bodoh.
Bukan alat kawalan jauh.


Kau boleh mengusul sejuta rancangan
Senaraikannya berjela-jela hingga jadi tebal, sebal, bebal
Tapi yang meluluskan struktur pelan, DIA



Kau boleh cemburu membabi buta
Dan tanam cip mikro dalam kepala otaknya
Tapi kemudian aku tanya, kepala otak siapa yang rosak sebenarnya?


Yang digarikan itu tangan
Yang dicincinkan itu jari


Bukan nyawa
Bukan hati




maaf.. ini bukan hasil tulisanku.. puisi ini salah satu koleksi karya wani ardy ( tq wani ardy ).. dan aku kebas dari blog along ( tq along~ )... kenapa karya ini menjadi pilihan aku? kerna ia berkenaan jodoh.. dan ramai temanku yg risau tentang jodoh.. dan semestinya termasuk jugak AKU~



6 comments:

emilia said...

mmg nampak kasar tapi maksudnye begitu mendalam...

iejaZin said...

tertanya2 jugak dr awal pembacaan .. zue hasilkan puisi sebegini? ..owh .. wani ardy punya nukilan.bunyi agak kasar,tp mendalam.sinis.

ya.aku juga pikirkan psal JODOH. ;)

Farihan said...

hehe wani mmg best,selain wani ana juga best...
sentisitif aku berbicara pasal jodoh sehingga sebal itu kembali di hati
sensitifkan aku berbicara tentang cinta sehingga mereka berkata2

aizuemi said...

kak emi
yg mendalam tu kadang2 tak sampai pd sesetengah orang wpun ianya sangat simple

kak ieja
sy tak berbakat. sy tak hebat. sy suka mencari dan berkongsi sesuatu yg hebat.

mar0
diam.tutup mulut.dan senyum saja. hahahhaha~

Skyways said...

dammm..i like it...

aizuemi said...

i love it too~