Friday, July 25, 2014

[ VACATION ] - KRABI 2014 - EPISODE 1 ( Mineral Hot Spring Waterfall )


Assalamualaikum...

Tak bleh tahan.. This year sepatutnya NO OVERSEA TRIP..
Tahun Melawat MALAYSIA only.. 
Tapi terbabas juga.. 

We went to KRABI last February.. 
Celebrating Cik Auni's Birthday..

As usual.. we didn't planned earlier.. 
We juz Hentam Sajalah Labu!


Get the flight ticket and Fly!!

Actually sempat juga book for tour guide.. 
A few weeks before fly.. 
Sebab.. suggested by Along.. 
walaupun hajat di hati sebenarnya nak travel sendiri jer
kitorg try juga pakej yang dioffer.. 

And Alhamdulillah .. sangat membantu kami di sana.. 
Sesiapa berminat nak ke Krabi

saya suggestkan amik dengan 
Kak Ana : +66848488137

nanti aku cuba dapatkan akaun fb dia daripada Along.. 


Oke.. jom start story mory.. 


Landed jer di Airport Krabi, terus cari Kak Ana
Dia da tunggu tercongok dekat luar tu waktu kami keluar.. 
Terus kitorg naik kereta dia ke Hotel.

Kami stay di Hasna Palace, Ao Nang
the room memang spacious.. 
Bagi kitorg, pun puas hati juga.. 
Ok! Drop jer barang.. 
Terus la kitorg bergerak ke Hot Stream Waterfall



Nampak muke eksaited gilos memasing... 
kecuali Cik Auni.. 
Kalo tak silap.. dia sengeh jer awal² tu..
Tengok dlm gambar.. takde ler beria benor.. 



Hokey! Now gambar dengan Puan Mama
dan Puan Mama jer sibuk rendam kaki.. 
Cik Auni.. hmmmmm.... macam biasa ler.. 
Aksi ske ati dia.. 



Some details that we should read before masuk berendam dlm air tu.. 
korang rajin baca la yer.. 



Menarik dan cantik.. 
Tapi pemandangan belakangku itu.. 
Penuh dengan Mat & Minah Salleh yang hanya berseluar kecik, berbaju kecik
Jenuh aku nak respon Cik Auni.. 
kalo da dia asyik cakap.. "Mama, Mama, Uncle Tak Malu... Aunty Tak Malu.. "
Muahahhaha... 



Oke.. cantik kan?
Agak² ade tak piranha dalam nih?
Hehehehe... Stupid Question so No Answer.. BYE!



Sempat juga bagi Cik Auni sentuh air panas suam² kuku nih.. 
Ilmu baru ... 
Air Yang Jernih Jangan Disangka Tiada Kesuamannya.. 



Da siap lompat²..
Da siap geli²..

Cik Auni adalah penggeli orang nya.. 
Dia geli lumut² kat batu tu.. 

Kitorg masa tak mengizinkan.. 
So, takde le smp level g mandi manda di situ.. 
Snap few photos jer la.. 


"Hot Spring Mineral Waterfall comes down from the Mountain so good for your health, 
if you dare enough to take a bath"



Eh.. oke lah.. saje je update blog
sementara tunggu nak pukul 5.30pm

Japgi mau balik.. 
Lenkali aku update pada waktu² aku FREE lagi.. 



Chowlooooo~








Sunday, July 20, 2014

[ QASEH } - Kebaikan & Tips Penggunaan PATI KRISTAL GARAM MINERAL (SOLE)





Pati Kristal Garam Mineral SOLE adalah lengkap dengan semua unsur mineral semulajadi dan membantu:
  • Tumbesaran optimum fizikal dan mental kanak-kanak
  • Pembentukan kolagen semulajadi kulit
  • Menguatkan gusi, seimbangkan pH mulut untuk kesihatan dental anda
  • Menormalkan sistem pernafasan
  • Menyokong fingsi otak dan perkembangan neuron yang sihat
  • Memulihkan pH usus, menggalakkan metabolisme asid amino (protein)
  • Menyokong perkembangan fetus dalam kandungan
  • Melaraskan fungsi rahim, kesihatan vagina dan menormalkan kitaran haid
  • Membantu penghasilan hormon seimbang

Tips Penggunaan:

Campurkan 3 ml SOLE ke dalam satu gelas air dan minum pada waktu pagi sebelum menggosok gigi.
Campurkan 5ml lagi ke dalam air minuman 1.5 liter untuk diminum sepanjang hari.
  • 1 ml = 7 titis SOLE
  • 3 ml = 21 titis SOLE
  • 5 ml = 35 titis SOLE
  • Satu botol 1.5L = 35 titik = 5ml SOLE

Harga Pati Kristal Garam Mineral SOLE = RM52 satu botol 170ml


Untuk mendapatkan stok SOLE anda, 
boleh hubungi saya : 012 744 8232 (AZUE)





Monday, July 07, 2014

[ Me ] - SNAP! GAMBAQ TAK CANTIK!!!!

Mood kurang memberangsangkan.. So.. aku saje nak cerita² pasal punca² knp gambar kao amik tak cantik...


PUNCA GAMBAR TAK MEMENUHI KEPUASAN HATI


1. ALASAN
Kita ibarat si genius & merasionalkan mengapa garis ufuk kita bengkok atau gambar kami berada di luar fokus. Bagi kita mengambil gambar nampak seolah-olah begitu mudah. "Semua yang perlu dilakukan adalah tekan jer SHUTTER tu." kannnn?????

Tapiiii...bila gambar tak cantik, seringkali kita beri alasan, camera tak cukup canggih, outdated, lense tak kena.. ternyata semua alasan dan anggapan itu adalah SALAH. Sama sekali tidak benar dalam fotografi. TIDAK ADA perkakasan atau peralatan yang akan menjadikan anda seorang photographer yang baik ( psttt.. sbnrnya kekadang ni alasan aku guna jugak sebenarnya... kihkihkih~ )

Mungkin dengan gali² cari ilmu, banyakkan praktis, buat dgn penuh cekal dan tabah, asah lagi bakat² yg memang ada dalam diri kita untuk mengatasi kelemahan kita dalam penghasilan gambar yang lebih baik. Simple jer, satu set periuk masakan yang mahal gilers ko beli pun takkan mampu menghasilkan masakan yang enak kalo ko tak masak dengan sedap kan?



2. GELABAH
oke.. gua da ikut semua rules & regulation ... teknik² dalam buku semua da ikut... kedudukan lampu, komposisi, lokasi dan lain-lain... sebijik sejibon dalam buku.. tapi apsal masih tak cantik nih... gelabah.. gelabahh... Banyaknye benda nak fikir.... waaa... gelabah lagi...

Please!!! Sila bertenang! Tarik nafas dalam²... Pastikan anda dalam keadaan tenang supaya kita dapat berfikir dengan waras.. Jangan letakkan expectation terlampau tinggi.. Practice will make you perfect.. Berikan tumpuan hanya pada 1 atau 2 perkara sahaja.. Jangan sampai hilang fokus..


3. BERTANGGUH
kadang² suka juga bertangguh.. alasan aku konon² nak cari moment atau keadaan yg sesuai.. pastu, konon² amik gambar ni nak kena ada feel.. SOUL kena ade... so, kadang² kalau kita dicampakkan ke satu lorong untuk amik gambar, ade tak gambar yg cantik utk disnap? Tepuk dahi tanya diri~


4. KEMALASAN
Dah.. kalau malas... buat ape pun sambil lewa.. takyah buang masa... pegi la tido kalo ko nk g tido.. MALAS ni penyakit.. gambar yg terhasil pun sama MALAS la dgn tuannya yang MALAS tu...


5. KELETIHAN / LESU / PENAT
Secara jujurnya.. keletihan boleh menjadi punca kepada hilangnya kretiviti seseorang.. Otak & badan kita tak berfungsi sepertimana yang sepatutnya sekiranya kita penat.. mungkin tak semua la kan.. ade orang kalau mmg kretip, dlm keadaan camne pun dia boleh hasilkan gambar yang baik... panjat gunung mmg penat, tapi mungkin penatnya hilang setelah melihat kejadian Allah SWT yang indah akan membuatkan kekretifan dia semakin terserlah... kan kan kan?


6. KETAKUTAN
Secara psikologinya .. ketakutan akan melumpuhkan hasil kerja kita.. kalau kita compare gambar pelancong yang malu² dengan pelancong yang ceria dan sporting, insyaAllah gambar pelancong yang ceria tu akan menyerlah.. Tak perlu bimbang gambar kita akan dikritik sebab dgn kritikan kita akan jadi lebih baik daripada sebelumnya. Beranikan diri untuk mencuba pelbagai teknik.



Semoga berjaya menghasilkan gambar² yang cantik yer...


p/s : sebenarnya pesanan ni untuk aku yang da lama tidak terlibat dengan snap snap nih...