Saturday, December 31, 2011

[ Me ] - Tahun Baru ! Aku Sayang Kamu!




I Love You
Aishiteru
我爱你
Te Amo
Ich liebe Dich

Kamek Sayang Kitak !!

Tak kisah la sebut camne pun, maknanya tetap sama ..



Aku sayang kamu!
Ya .. KAMU!


Sempena AZAM BARU 2012,
aku akan pastikan.. aku sayang KAMU..
dan aku sayang KAMU kerana ALLAH SWT..


Selain itu, aku berdoa agar
Semoga Kehadiran Anakku Bakal Menyinari Hidup Aku sepanjang 2012 dan hari2 mendatang..


"Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia,
Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu,
Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.


Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperut ku dengan rupa yang baik,
 dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.


 Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.
Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal.
Ya Allah panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW,
dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"


AMIN ~





Monday, December 26, 2011

[ GOmen ] - Oh Rumah Pertamaku??!





Lai Lai Lai.. Jom beli rumah la kawan² ...
Orang laeen sudah beli rumah, aku belom lagi ...
Orang laeen sudah plan mcm², wa blom ade planning lagi ...
Haiyaaa... Manyak Susah~
Harga rumah sekitar Lembah Klang sudah naek maa..
Wa punye gaji naek sikit jer pun..
kalo naek 500, insyaAllah dpt la wa beli rumah² apa patot ..
( kalo kat sg petani, 500000 sudah lapat BANGLOW..
dkt sini 500000 baru lapat SEMI D okey )


( tambah : teres 2 tingkat pun ada harga RM680000 okwyyyy )


Beli Cloth Diapers pun wa pikir panjang ..
Kalo beli lumah, laaaaaaaaaaagi la wa pikir paaaaaaaaaaaanjang ..


Tapi... Untuk Kakitangan Awam atau lu orang ske pangge Olang Gomen ..
Lepas ini, mulai itu Januari 2012 .. semua cara manual xde guna lagi..
Semua isi borang thru on9 sajeeeee...
pastu terus hantar ke Bahagian Pinjaman Perumahan ..



Portal SPPB bagi Peminjam Harta Pertama [Klik Sini]
E-Borang bagi Peminjam Harta Kedua [Klik Sini]



Kaedah Permohonan Pinjaman Perumahan Online SPPB




Kakitangan kerajaan yang pertama kali membuat permohonan pinjaman perumahan, menerusi portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu, SPPB akan diberi kelulusan bersyarat dengan segera dan apa yang perlu mereka lakukan selepas itu ialah membuat bayaran wang pemprosesan dengan menggunakan nombor rujukan yang diberi melalui permohonan dalam talian itu. Urusan pembayaran wang proses juga boleh dilakukan secara online melalui Maybank2u dan CIMBClicks berbanding secara wang pos ataupun draf bank sebelum ini.


Para pemohon hanya perlu mencetak salinan permohonan mereka itu serta menyediakan dokumen-dokumen sokongan dan menyerahkannya kepada Bahagian Pinjaman dalam tempoh 14 hari selepas permohonan dalam talian dibuat.



Kebaikan Skim Pinjaman Perumahan SPPB




Melalui pelaksanaan Portal SPPB ini, antara kebaikan yang boleh dimanfaat bersama  baik BPP mahupun pemohon adalah:


  • Mempercepatkan proses kelulusan pinjaman perumahan Perbendaharaan; 
  • Mempercepatkan permohonan pinjaman dan memudahkan semakan pinjaman sedia ada; 
  • Mempercepatkan proses pembayaran wang proses melalui kemudahan Internet banking; dan 
  • Memudahkan pemilihan Insuran/Takaful dengan kemudahan Pengiraan Kelayakan Anggaran Bayaran Balik Pinjaman Insuran/Takaful secara online



Melalui portal itu, penjawat awam juga boleh membuat permohonan pinjaman perumahan secara online pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Portal SPPB itu katanya turut menyediakan perkhidmatan menyemak status permohonan, status pembayaran, baki pinjaman serta penyata tahunan.



Semua Permohonan Pinjaman Perumahan Online mulai Januari 2012!





Carta di bawah ini adalah gaji pemohon mengikut kadar kelayakan pinjaman seperti berikut:


sppb


Untuk kalkulator pinjaman, sila klik link di bawah nih :-







Saturday, December 24, 2011

[ Me ] - Praying For The Best~

Dear guys ..

24 November 2011 .. adalah hari sibuk aku .. bukan nyer siap sedia utk celebrate krismas, sbb perayaan tu xde kaitan hidup mati pun dgn aku...


orait.. pagi aku n En Suami da terus gerak PERODUA USJ ( sebelah MyDin USJ ) , utk pergi servis kereta .. Al-maklumlah, mileage bergerak sepantas kilat lately nih.. Siapa2 nk dapatkan perkhidmatan nasihat yg OK dan terbaek, leh cari Halimatus di PERODUA USJ ( ckp jer kwn aizuemi ) hahahahahaha~


OK ,, lepas tu, kitorg gerak ke Bandar Saujana Putra .. nk g tgk kedai langsir tu .. nk mintak tlg utk setelkan hal LANGSUIR .. eh.. langsir kat rumoh tuh .... alih2 kedai tutop.. Tapi kaki kami melangkah plak ke kedai HOME DECO yg ada kat situ .. so, dgn rasa x bersalah, aku dpt beli sofa .. da murah, aku beli jer ar .. sementara duit aku x dialirkan ke tmpt2 x sepatutnyer.. OK! done!


OTW nk gerak blk dr BSP tu, aku n En Suami singgah plak di rumah contoh Pearl Villa Townhouse. Ala, tak jauh pun.. so, saje la jenguk2 tengok.. aku mcm suka rumah tu sejak dari 1st time aku, Qayyim dan Danial g tgk .. tapi .. ntah la .. minat jer la kot .. nk beli tu, belum tiba masa lagi..



Orait.. da hampir 1.30pm .. kitorg gerak lik ke dalam hutan serdang .. Solat and bersiap kejap , pastu terus gerak ke Ampang .. aku da lama x lalu MRR2 .. dan aku da lama x ke Ampang .. tapi alhamdulillah, walaupun JEM tahap mahadewa .. aku sampai juga ke Klinik Fauziah .. Apa aku buat jauh2 kat Klinik Fauziah di Ampang tu? hehehe.. aku saje je pegi buat 2D, 3D dan 4D utk little H aku ..


Haaa.. ape korang nmpk?
aku nmpk kaki dia jer .. 
ni dia duk sibuk tutup muka dia dgn kaki dia tu.. 
MALU .. mcm mama dia.. 
muhahahhaa~



Alhamdulillah.. 
lepas makan Twiggies, tetiba dia da kurang malu.. 
Da nak amek gambar.. 
Tak sabar rasanya nak tunggu dia keluar..



Dan syukur alhamdulillah jugak...
Menurut sonographer nih, 
semua dalam keadaan selamat ...




* ok .. aku da malas nak sambung cerita kesibukan aku, wpun blk dr Ampang ni aku g putrajaya *
* sorry kalo korang rasa aku tak patut taruk gambaq ni kat sini *
* mungkin hangpa nk ckp aku terlajak excited *
* tak kisah la.. yg penting hangpa doakan kesejahteraan kami berdua *






Friday, December 23, 2011

[ Me ] - Saya Menang Motor!!!!

Eh... bukan bukan.. saya tak menang motor.. saya hanya menang
Sila rujuk dokumen di bawah : 





Kalo korang perhatikan surat ni betul2 .. "kepada" yang dituju tu

DEAR MANCHESTER UNITED FANS

ehehehe .. gua masuk pertandingan gores dan menang .. 
aku terasa mcm ini jer adiah utk peraduan tersebut
sebab aku gores 3 3 kotak, 3 3 dapat policy insuran nih.. 





Anyway, thanks jugak sbb bagi aku 2 bulan perlindungan percuma.. 
cuma aku hny akan dapat RM5000 kalo aku da mati akibat kemalangan jer .. hehehe.. 






Thursday, December 22, 2011

[ Me ] - Roh .. Roh .. Roh ..








" Tanda ikhlas itu ialah apabila pujian tidak menyebabkan kau menambah amal, 
dan kejian manusia tidak menyebabkan kau mengurangkan amalan. 
Di hadapan dan di belakang manusia, ibadahmu tetap sama "



Namun bagaimanakah cara untuk kita mencari makna sebenar IKHLAS dalam hati kita?



Kenapa kita solat?
Kenapa kita berzikir?
Kenapa kita berdoa?
dan kenapa kita membaca Al-Quran?



Semoga Allah membuka hati kita dalam membentuk peribadi seorang ISLAM
yang terbaik .. InsyaAllah ..



Mungkin anda boleh dapatkan buku
( seperti rajah di atas )


" Menjemput Roh Ibadah : Solat, Doa, Zikir, Al-Quran "
Keluaran : HIjjaz Records Publishing

untuk membantu dalam memperbaiki ibadah kita sehari-hari.. InsyaAllah..


"... faktor utama gejala buruk ini bukanlah kerana mereka memiliki hati yang keras dan kaku, bukan juga kerana mereka enggan menghadap ALLAH Subhanahu wa Ta’ala. Faktor utama yang menyebabkan gejala di atas adalah ketidaktahuan sebahagian orang akan nilai keutamaan dan pahala ibadah di satu sisi, serta pengaruh ibadah ini dalam peningkatan spiritual, ketenangan jiwa, dan kebahagiaan hidup secara umum di sisi yang lain.."






Ya Allah , jauhkanlah aku daripada memiliki hati yang keras dan kaku..
Matikanlah aku dalam keadaan beriman kepadaMU,
Ampunkanlah dosa-dosaku..
Amin Ya Rabbal'alamin..



[ SALE ] - Mata ke Mata~! Hati ke Hati~!




Skrg lately ni aku ske tgk anak mata org kaler-kalerful ..
Ada biru, ungu, kelabu, merah, hijau dan macam-macam lagi ar ..


Style jugak kan kalo ley layan sekali sekala ..
Nak buat tempahan pun bukan susah ..


roger jer member² aku dkt  : http://varietybff.blogspot.com



Harga Sepasang adalah RM25
dan kos penghantaran adalah PERCUMA!!!!!




Jenis-jenis Contact Lens yang dijual :

TheDollyEye Kira-Kira 16.0mm
TheDollyEye Pop C Light 15.5mm
TheDollyEye Pop C Dark 15.5mm
TheDollyEye Ariale 14.5mm
TheDollyEye Lathae 14.5mm
TheDollyEye Celeb Nudy 14.5mm
TheDollyEye Crystal I 14.5mm
TheDollyEye Dreamy I 14.5mm
TheDollyEye MX21 14.5mm



TheDollyEye Kira-Kira 16.0mm





TheDollyEye Pop C Light 15.5mm






TheDollyEye Pop C Dark 15.5mm





TheDollyEye Lathae 14.5mm






TheDollyEye Celeb Nudy 14.5mm








Dalam banyak² pilihan ni.. aku rasa aku tertarik pada : Celeb Nudy tu..
sebab.. aku tgk mata awek di bawah nih mcm cun jer.. ahaks~








OK lah.. fully entry pasal product yang dijual ada pada entry :
Dari Mata Turun Ke Hati




Monday, December 19, 2011

[ Lagu ] - Apa Salahku .. D'Masiv




Apa Salahku ...


apa salahku
kau buat begini
 kau tarik ulur hatiku
 hingga sakit yang kurasa


 apa memang ini
 yang kamu inginkan
 tak ada sedikit pun
 niat tuk serius padaku


 * katakan yang sebenarnya
 jangan mau tak mau
 seperti ini


 reff: akhirnya kini aku mengerti
 apa yang ada di pikiranmu selama ini
 kau hanya ingin memainkan perasaanku
 tak ada hati, tak ada cinta


 apa memang ini
yang kamu inginkan
 tak ada sedikit pun
 niat tuk serius kepadaku


 repeat *
repeat reff [3x]
 apa salahku




Thursday, December 15, 2011

[ FaraFauzana ] - We Love Fafau!!!

Oke.. da lama takde cite pasal Kak Fara Fauzana ..

Kebetulan Fun Corner ade buat aktiviti akhir tahun di Taman Pertanian dan sy berjaya jumpe dgn kak Fara ..

Dan aku nk mintak maap kat kak fara , sbb aku ckp rambut dia cam rambut palsu .. hahaha.. ampunn!!!!






7 ????
Oke... Saya sudah 7 bulan ~

 

Apsal la muka aku camni ..
kredit to Cuya!!!


Wednesday, December 07, 2011

[ SALE ] - DESA IDAMAN, PUCHONG

Alhamdulillah, terima kasih kepada sokongan rakan-rakan yang berminat dengan MOIST CHOCOLATE CAKE kami . Dan untuk pengetahuan rakan-rakan sekalian, sekarang kami cuba untuk expand lagi perniagaan kami . kali ini, we are going to SELL APARTMENT~!


Betul! Bukan Main2~!!!!




DESA IDAMAN RESIDENCES








Built-up of 1,027sf
FREEHOLD~



Third Floor dan yang menariknya, unit ini mengadap tasik~ 



Bilik = 3
Bilik Air = 2




Kemudahan Desa Idaman Residences
  • Keselamatan 24 jam berpagar dan dikawal
  • Sistem akses kad
  • Gimnasium
  • Tapak semaian
  • Kafeteria
  • Tempat BBQ
  • Gazebo
  • Function Room di Club House
  • Taman air ini mempunyai pandangan yang tinggi 5 meter daripada menara
  • Kolam renang dewasa dengan muncung angsa-leher
  • Jakuzi
  • Laluan air refleksologi
  • Double loop water slide
  • Kawasan air bermain dengan payung pancuran, dan banyak lagi.

Desa Idaman Residences mudah diakses melalui LDP ( Lebuhraya Damansara Puchong ). Pengangkutan awam yang berdekatan termasuk Rapid KL Terminal Puchong Utama yang hanya lebih kurang 2km jauhnya. Kemudahan awam dan kemudahan di sekitar kawasan termasuk sekolah, masjid, kedai-kedai, stesen-stesen minyak dan lain-lain. Ia juga berhampiran dengan Cyberjaya dan Putrajaya.


Da tengok kemudahan yang banyak nih .. Harga nya pun agak berpatutan .. 
RM325,000 


tapi jangan risau.. PASTI BOLEH NEGO~!!!



Sila hubungi AIZUEMI = 012-7448232 untuk maklumat lanjut .. 





Tuesday, December 06, 2011

[ Vacation ] - Aksi Underwater Di Desa Waterpark .. Nyamannnn~

Isnin Pagi ... Semua Bercuti kecuali Atok dan Awiz ... Kami da plan utk pegi bersuka ria di DESA WATERPARK .. Dekat jer kan? Hehehe .. Kalau buat Family Day kat sini pun menarik .. tatau la kalau ade orang rasa jauh dan mahal jugak dengan harga RM24/= dewasa dan RM17/= kanak2 .. Hehehe.. ( walhal.. aku pun terasa sedikit mahal la jugak kalau aku ada 2 3 org anak.. )



Di Pintu Depan Desa Waterpark~!
Mr Qayyim as photographer~


Aisyah Safiya maintain isap jari tuuu....


Aku bersama Mr Qayyim and Lebah Kecik ~!


Bersama Encik Suami dan Eizz Zikri Harris~ 


Apsal aku sorg jer gegel nih .. hehehhe~



Adik2 aku tgh tak sedar diri.. hilang kawalan .. hilang akal ... gembira tak hengat donia~!



Penyu bernama Eizzah Nur Harris .. 


Adik2 ku~!


Agak2 apokah ini????
[ Aksi Underwater ]


Haaa... 2 budak yg selalu dibuli oleh kakak2 nya... 
[ Aksi Underwater ]


Hero Underwater .. Underground .. Underwear
[ Aksi Underwater ]



Me with my younger sister~
[ Aksi Underwater ]



Dgn Encik Suami .. Yang dia sibuk wat iklan gigi tu kenape laa.. .
[ Aksi Underwater ]





[ JJCM ] - Ikan Bakar ?? Jom Cuba ANA IKAN BAKAR PETAI


Ok ... Malam kedua Kak Yong n Family di Serdang.. 
Ayah and Ummi belanja makan di ANA IKAN BAKAR PETAI di Bandar Baru Bangi .. 


Ikan Bakar SEDAP! 
Sotong Goreng Tepung SEDAP! 
Kerabu Mempelam SANGAT SEDAP!


Cuma , dari segi servis kena diperbaiki sikit .. 
Order ikan kerapu tapi yang dihidang ikan pari .. 
Order Nasi Goreng Ayam tapi dapat Nasi Goreng USA .. 


dan pastikan anda betul2 yakin anda dahaga bila nak order Jus Gelas Besar ..
sebab memang BETUL BETUL BESARRRR PUNYE!!!! 



Gambar2 di dinding kedai...


 
Tengok stress sampai camni skali baca menu.. 
"Apa Iki nk makan ni? "


Kak Yong nanges berebut menu dengan Abg Salim... 
Tgk Abg Salim wat derrrrkkkk jer ... "eh, baca menu cam solat jer "


 
Tunggu Nasi Kosong ... Lauk sume dah sampai ...
Tgk NEMA tu, beria la makan Kerabu Mangga...
tapi siyes kerabu tu saaaaaaaaaaaaangat sedap!


Ok... da abes makan .. Iki wat part time lap meja ... 


Sunday, December 04, 2011

[ JJCM ] - Mohd Chan Abdullah, Bandar Baru Bangi~

Dinner With Family ... @Restoran Mohd Chan Abdullah, Bandar Baru Bangi ..



sebelum makanan tiba~
penantian satu penyeksaan~


haaa... 3 cucu atok!!!!


Beria betul atuk tengok Menu ... 


Tau ar seme ade handphone la gejet la ape la.. 
tau arrrrr.. handphone aku x de la.. gejet aku pun xde laaa... 



Ni la makhluk yg diraikan .. 



 
OKe.. Sutunnnnnn Goreng Rangop~


 
Butter Prawn .. Pergghhhhhhhh .. Terbaekkk!!!



 
Kailan Ikan Masin ... Terbaek!!!!



 
Sweet Sour Fish .. Sluurrrpppp~



Lala masak ape ntah .. Seong Cheong kot ... hehehhe.. nnt cari la dalam Menu yer ... 






Alamat :
No 30, Jalan Medan Pusat 2c, 
Pusat Bandar Baru Bangi, 
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor 


 Tel: 03 - 8922 1001





Saturday, December 03, 2011

[ Ultraman ] - HILANG KUASAAAAA?????!!!!




Sebagai PEMINAT ULTRAMAN..
aku rasa, ULTRAMAN ni da buat aku tergelak guling2 buat seketika..

Apo deyyy... 
Skill pun boleh lupa ker?

Seteruk-teruk hilangnya ingatan si Boboiboy
dia masih ingat lagi camne nk buat Keris Petir!!! 

So, layankan jer la yer...
AKU TETAP PEMINAT ULTRAMAN..


Hahhahahhaha~




Thursday, December 01, 2011

[ SALE!!! ] - Chocholate Moist Cake !!!! YuMMiEEEEE~!!!

Aku nak kongsi dengan korang pasal KEK COKLAT .. Aku tau, ramai jer antara kita² yang suuuuuuuuuuukeeee makan KEK COKLAT.. disebabkan ramai yg ske makan KEK COKLAT.. maka menjual dan mengedar KEK COKLAT boleh menjadi salah satu peluang perniagaan yang sangat menarik ~





Ini bukan MLM .. aku da tak larat nak join MLM .. aku pernah dpt untung seciput jer pun daripada hasil jualannya.. Berniaga itu sunnah, so aku tetap tamau ketinggalan dlm bab² mniaga nih.. Hehehe.. penjualan KEK COKLAT kali ni adalah hasil usaha sama geng BFF untuk berkongsi kenikmatan KEK COKLAT ini di samping menjana pendapatan. Dan kami tak mahu keseronokan ini hanya dirasai oleh kami, maka kami telah bersepakat membawa berkat utk bersama² dengan mana-mana individu yang berminat utk turut serta berniaga bersama kami.. InsyaAllah, usaha yang baik akan dibalas dengan pulangan yang baik ..


Untuk melihat gambar² yang mengecurkann serta testimoni-testimoni mengenai kek nih, silalah kunjungi














IKLAN KAMI


Agen dicari terutamanya di kawasan UiTM dan UNISEL Shah Alam..
Pulangan setimpal usaha anda, rezeki kita kongsi bersama... 


Kami menerima tempahan untuk tiga saiz kek sebagai keutamaan 
DAN 
kini menerima tempahan anda untuk sebarang majlis keraian dan menyediakan kek saiz besar untuk mcm 2 event seperti kenduri, birthday party, cukur jambul, open house, door gift dll...


( utk hiasan pd kotak seperti reben / sbgainya, boleh hubungi kami utk maklumat lanjut )



Ehem~! Tempahan perlu dibuat SELEWAT-LEWATNYA TIGA HARI sebelum majlis. 


Harga seperti dibawah :

Kecik = Small (S) = RM3.50 
Sederhana = Medium (M) = RM5.00 
Besar = Big (L) = RM10.00 


1/2 KG = RM25.00 
1 KG - RM45.00 
1 1/2 KG - RM65.00 


JANGAN RISAU!!! Semua harga masih boleh dirunding terutama utk kuantiti yg lbh besar... 


COD di Shah Alam (UiTM, Seksyen 2, Seksyen 7, UNISEL), Giant Kinrara, Bandar Saujana Putra 


Boleh layari blog kami utk maklumat lanjut...http://varietybff.blogspot.com 


Untuk Tempahan Boleh Menghubungi: 

Along: 012 - 287 5474 
Azura: 012 - 348 1642 
Farihan: 016 - 212 0969 
Aizuemi: 012 - 744 8232 
Yana: 012 - 960 3062 




 ps : untuk tempahan dan harga agen bleh hubungi kami atau emailkan saja pertanyaan anda
pss : kalau BEST, sebarkan kepada kawan² .. kalau X BEST, inform kami .. * wink *