Terbantut segala keseriusan aku, selepas terbaca satu penulisan daripada dia. Yang pasti kalau betullah semua yang ditemunya diajak nikah, itu bukan berani…
…itu bukan berani, tetapi ketidakmatangan dalam memahami erti sebenar sebuah komitmen. Nikah bukan sekadar penyelesaian, ia tanggungjawab yang memerlukan jiwa yang benar-benar bersedia.
…itu bukan berani, tetapi usaha tergesa-gesa untuk menutup kekurangan diri dengan janji-janji yang belum pasti ditepati.
…itu bukan berani, tetapi ketakutan untuk bersendirian, hingga lupa bahawa bahagia bermula dari menerima dan mencintai diri sendiri terlebih dahulu.
Setiap kali baca balik apa yang ditulis, mesti aku nak ketawa. Cuma aku bimbang tanpa aku sedar apa ditulis itu akan memakan diri aku, mungkin dia juga harus berfikiran seperti itu?
No comments:
Post a Comment