Wednesday, December 28, 2016

[ Vacation ] - Trip Instant Friends ke Hat Yai - Day 1 Part 2



Dah sampai kita ke Chang Puak Camp, Hat Yai
Nampak muka sengsorang macam penat kan?




Sampai je di sini kami disambut oleh seorang kakak Thailand yang boleh berbahasa Melayu
Senang kerja kami, tapi memandangkan kami dah pun study pasal harga dan package
Sekarang kami cuma perlu decide utk tengok Elephant Shows atau Crocodile Show

2 package yang ditawarkan adalah seperti rajah di bawah
dan kami telah memilih Package B




Ok. Kita start dengan Elephant Riding dulu
Sebelum ni aku pernah buat statement tanak naik Gajah lagi
Sebab kesian diorang kena pukul dengan taji tajam tu
Seriously, berbolak balik juga aku nak naik ni


Aku berkenalan dengan gajah aku
Nama dia Tuki dan dia lebih tua 6 tahun daripada aku
Cuba teka berapa umur Tuki?
Menariknya, aku memang perhati jer belakang telinga Tuki,
badan Tuki, kaki Tuki sebab nak cari luka diketuk oleh penjaga dia
dan aku langsung tak jumpa luka macam mana luka gajah di Krabi dulu
dan nammmmpak sangat penjaga dia ni sayang dekat dia

Ok.. hilang sedikit rasa bersalah









After Chang riding, now maen ATV pulak la
Cam biasa aku paling siput
Faktor usia barangkali, malas dah nak remp
Oke la 15 min.. cuma track dia pendek sangat..
40x pusing tempat sama.. krikkk kriikk jugak la.. 
tapi BEST.. berATV dalam hujan gituuuu~




After ATV, kitorang pergi tengok Crocodile Show
Ade orang takut sampai keluar daripada show
Dia takut kalau kepala mamat ensem baju biru ni kena telan dengan boya
Haaa.... yang penting memasing sibuk nak pegang ekoq boya
( eh! mana gambar pegang boya )












Aktiviti ke 4 kami di sini adalah memanah
10 panahan asmara kita tengok berapa yang kena

Sila isi tempat kosong

Husnina : _________ panah
Aizuemi : _________ panah
Liyana : _________ panah

dan juara memanah pada hari itu adalah Husnina




Satu lagi aktiviti adalah Gun Shooting

20 tembakan cinta, kita tengok berapa yang kena

Sila isi tempat kosong

Husnina : _________ tembakan
Aizuemi : _________ tembakan
Liyana : _________ tembakan

dan juara menembak pada hari itu adalah Aizuemi





Maka berakhirlah aktiviti kami di sini
Selain itu, sebelum terlupa.. 
After elephant ride, diorang ade bagi buah dan air free

Kalau nak terkucil, jangan risau
tandas diorang pun bersih
Tadak hal kalau nak memerut atau mengucil
Cuma dinasihatkan bawa juga la tisu sendiri yer



Oke.. Abis cite pasal Chang Puak Camp
So, aku nak bertenang jap
Harap rajin untuk sambung entry² seterusnya
Hahahhahaha~


Tak silap aku lepas aktiviti di sini, kami terus gerak check in hotel
kami menginap di The Smart Hotel
Berhampiran dengan Central Festival Mall



No comments: