Tuesday, December 24, 2013

[ ILMU ] - PRODUK DENGAN LOGO IMP


InsyaAllah, dulu kita hanya memikirkan tentang logo HALAL
tetapi why not kita cuba untuk mencari produk-produk yang ada logo IMP


Camno logo IMP?
Cam bawah ni haaaa~~~~




Sebelum kita nak cari produk-produk yang ada lambang IMP,
mesti tertanya-tanya, APA ITU IMP?

Secara jujurnya.. Saya amik penerangan ni di page ini sebenarnya


IMP Pengeluar Dan Pengilang Produk-Produk ”Halalan Thoyyiba” Bertaraf IMP (Islamic Manufacturing Practice) ialah suatu piawaian yang bertaraf pengilangan yang bukan sahaja suci dari sudut fizikalnya (yakni tidak ada bahan-bahan haram ataupun kontiminasi dengan bahan-bahan haram) malahan juga suci dari rohaniahnya. Maknanya tangan-tangan yang memproses produk-produk juga suci dan halal iaitulah ISLAM.


Piawaian IMP bukan sahaja memenuhi kehendak Islam malah juga mematuhi dan memenuhi Piawaian yang telah ditetapkan ke semua badan-badan dan pengilang-pengilang.


Halal itu jelas dan haram itu pun jelas. Di antara keduanya tidak ada perkara yang samar (syubhat) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya….


Pengusaha yang ingin melibatkan diri dalam pembuatan produk berasaskan ”Halalan Thoyyiba” Mestilah : 
• Mengetahui persoalan hukum pembuatan produk 
• Mempunyai ilmu-ilmu berhubung dengan persoalan keagamaan 
• Membekalkan produk yang mengikut piawaian syarikat 
• Menyedari bahawa penghasilan produk akan menjadi darah daging dan akan di tuntut di akhirat kelak. 
• Niat untuk menyediakan produk yang halal lagi baik kepada pengguna muslim semata-mata mencari keredhaan Allah S.W.T 
• Sumber kewangan yang digunakan untuk perniagaan tidak bersumberkan riba. 


SITUASI KILANG & BAHAN KILANG & BAHAN 
• Susunan dalam kilang mengikut syariat 
• Tidak ada muzik 
• Ada Nur bacaan Al-Quran 
• Ada kuliah kefahaman agama pada keseluruhan pengurusan & pekerja 3 kali seminggu 
• Sumber bahan-bahan mentah hendaklah yang HALAL dan 
mendapat pengesahan dari pihak berkuasa dan dari Unit Audit Syariah Dalaman. 
• Peralatan dan bahan mentah mestilah dibersihkan mengikut piawaian syariah. Contohnya : bersih lagi suci iaitu mengunakan air muktlak. 


PEKERJA KILANG-KILANG IMP 
• Pekerja mestilah Islam dan beriman kepada Allah S.W.T dan Rasulnya (menutup aurat) 
• Mengetahui dengan sungguh-sungguh hukum thoharah yang berhubung dengan dirinya dan kesucian bahan-bahan peralatan dan bahan mentah. 
• Mengetahui tentang air muktlak dan air mustakmal. 
• Kemampuan membaca Al-Quran kerana banyak doa-doa dan bacaan-bacaan yang perlu dibaca proses pengilangan. 
• Sentiasa dalam keadaan berwuduk. 
• Mesti memulakan dengan Bismillah dan Doa-doa khusus 
• Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan. 
• Perempuan yang haid dipindahkan dari bahagian pemprosesan 
buat sementara waktu ke bahagian yang lain. 



HIKMAH IMP 
Produk yang mampu merubah diri manusia mestilah datang dari kesucian tangan-tangan yang mengusahakannya iaitu suci ROHANI dan JASMANI. Memadai dengan wuduk yang sentiasa ada pada operator dan diiringi dengan bismillah di permulaan bekerja serta doa-doa yang dikhususkan, NUR (cahaya) tersebut akan melimpah masuk ke dalam produk yang akhirnya kita.. insyaALLAH terlepas dari produk yang meragukan dan terlindung dari kemurkaan Allah. Ianya akan menjadikan kita lebih taat akan perintah Allah dan Rasul. 


Memakan makanan Halalan Thoyyiba Insyaallah akan merubah 4 perkara iaitu: 
PERMIKIRAN – PERASAAN – JIWA – BUDI PEKERTI 

Thursday, December 19, 2013

[ Auni ] - Training.. On Track


#CikAuni

Disebabkan PuanMama dan EncikAyah nak g jogging
Maka CikAuni terpaksalah turut serta
( walau hakikatnya terpaksa )

Kami memilih lokasi
Kompleks Sukan Negara Matsushita
di Seksyen 21, Shah Alam

Sebenarnya di sinilah tempat PuanMama
training fitness futsal 2 tahun lepas bersama Coach Tompel & Team Gaijin
dan dekat sini lah PuanMama mendapat kecederaan lututnya
yang kesannya masih sampai sekarang.

Alhamdulillah
CikAuni berjaya menghabiskan acara slow jog sejauh lebih kurang 200m
Sangat membanggakan PuanMama dan EncikAyah

dan selepas 200m
PuanMama menjadi mangsa
..........


Oke.. kami start dengan walking dulu.. 
siap pegang² tangan gituwwwww~


Kemudian... bermulalah acara slow jog bersama EncikAyah
PuanMama cam biasa.. 
duk sibuk dengan handphonenyeeee~


dan...
inilah yang berlaku selepas 200m
PuanMama terpaksa jogging sambil kelek CikAuni..
hambeekkkk~~~~~~
Kao boleh???
Lebih kurang 1200m jugak lar kan terpaksa begini.. 
termasuklah gendong di belakang.. 
PuanMama memang hebat!!!


Dengan itu... inilah muka penat lelah .. 
Selepas 1.2km ... fuhhhh~!!!!


Owh.. dan CikAuni maintain senyum lebar.. 
Tak Penat langsung la kan????


So, CikAuni dipaksa oleh PuanMama untuk training acara pecut memerut.. 
Kenapa dia pilih No 4?
Jersey PuanMama memang No 4
CikAuni cucu Atok Nimma yang ke 4
Peminat cerita I AM NO 4 pun ye juga kotttt~






Ending dengan gambar bertiga~
Penat, but we are happy~!

Dan...
sebelum balik
Inilah kerjanya... 
Mengutip batu
Sambil wat sengehan nakal...
Pastu masukkan dalam mulut~!!!!

Penin aihhhh
Penin~~~~




#Sekian

Thursday, December 12, 2013

[ Me ] - Terima Maafku ..




Ya.. Benar~
hati agak lapang setelah meminta maaf

terima kasih teman 
kerana sudi memaafkan salah silapku

ya benar~
itu zaman kebodohan kita~
tak mungkin utk diulang kembali
kebodohan yang sama
kesilapan yang sama
kesalahan yang sama

emang bisa
buang segala dendam
hapus setiap kesumat

aku pilih untuk bahagia~
doa buat kamu juga~






Thursday, December 05, 2013

[ JJCM ] - The Red Wok, Bandar Baru Bangi


Kali ini, saya bawa kawan-kawan sekalian ke satu lagi 
restoran yang menarik untuk mengketedarah


RED WOK RESTAURANT
Jalan Kajang Impian 1/2, 
Taman Kajang Impian, 
43560 Bandar Baru Bangi, Selangor
03-8927-4100


Actually it's a Chinese + Thai Food Restaurant
and kat sini pon ada steamboat / korean bbq style 
Jangan risau.
~ HALAL ~



Kali ni ada model kita ade model bersama sajian makanan
Kak Wan namanya
Kadang² nama glemernya Kak Weth.. 
Kalau nak panggil utk jadi model korang pun boleh 
sila kontek saya as Manager dia


Oke.. Ini namanya SOM TAM.. 
Model kita makan sorang jer.. hehehehe~
Rasa : tak dapat bagi bintang sbb saya tak makan


North Bangkok Styled Creamy Tom Yam Soup
Tu size SMALL
dan cukup untuk kami 1 keluarga makan.. 
Rasa : 4 out of 5 star


If i am not mistaken, Kak Wan kita sedang mengadap
menu Beef Wrapped in Salted Egg
Rasa : 3 out of 5 star


Oke.. Kailan Ikan Masin.. 
Rasa : 3 out of 5 star


Macam biasa la.. Ni macam da jadi makanan wajib bila makan beso
Butter Prawn
Rasa : 3 1/2 out of 5 star


Sotong Goreng Tepung
Ini Marvelous ... Mabelessssss~ Sedappppp~
Size : SMALL
Rasa : 4 out of 5 star


Actually kitorg ada order 2 lagi hidangan iaitu
Daging Masak Blackpepper ( 3 out of 5 star) dan
Sweet Sour Fillet Fish ( i give 5 STAR!!!! )
tapi lupa nak amek gambo.. 
eksaited sangat nak nak makan.. 
sudah lupa juga~ 




So, secara keseluruhan saya termasuk service dan harga
Saya bagi 4 Bintang




Pesanan buat Kak Yong dan Kak Yi
Sila jangan jeles.. 
Next time kita g 1 family pula yer~!!!!

Baru betul betul horliau!!!!


Friday, November 29, 2013

[ TRAGEDI ] - Kesian MyVi Ku



Sebelum aku mula bercerita.. 
Alhamdulillah.. 
Kami sekeluarga selamat..

Ok..
Begini kisahnya..


Pada 26/11/2013 bersamaan dengan 22 Muharam 1435H 
( Perasan tak the date was : 2622? )

Dalam keadaan hujan lebat
Berlaku insiden di mana... 
Beberapa biji kereta break emergency 
termasuk la kami.. 
Tatau la kereta mana yg start dulu.. 

Encik Ayah da pun berjaya tekan break 
dan mengelak daripada bump kereta depan

tapi..
mungkin da ditakdirkan

tetiba kami dilanggar dengan dentuman yg agak kuat dari belakang
Sibaek aku pegang Cik Auni sbb dia tgh tidoq time tu.. 
dan haruslah dia terjaga sbb mmg kuat bunyi dentuman itu.. 


macam awal-awal aku habaq tadi.. 
Alhamdulillah semuanya selamat kecuali kereta aku ler...


Secara ringkasnya
4 buah kereta terlibat
tapi
Hanya 2 kereta yang dilanggar dari belakang
dan kedua dua kereta yg TERcium bontotnya
adalah MYVI
1. MyVi aku
2. MyVi Merah
( Sila rujuk rajah di bawah.. hehehehe )

dan kami sama² dilanggar oleh Persona.. 
Double Trouble betul.. ahaks~

Actually kereta aku langgar kereta depan aku juga
selepas si Persona Coklat tu langgar aku
tapi maybe Brother tu tgk kereta dia takde pape
Dia pun blah.. 
Tapi... Bumper depan gua da jatuh sket.. 
Huhuhuhuhu~




Kalau dilihat daripada luaran
MyVi gua cam selamat jer

tapi bile diestimate harga untuk ketuk cat baiki bla bla bla
hampir cecah RM3000 jugak.. 

So, gua memang claim jer guna insuran brother yg langgar tu kan
Baiki la segala2nya...
( Encik, saya nak claim tukaq rim japang boleh tak???? gurau.. okeeeyyy~ )

So, gua share la sket gambar di hari kejadian..
( psttt.. kitorg kena marah dgn polis trafik 
sbb menyembang di tgh jalan 
dan menjadi punca JEM di PLUS.. Ahaksss~~!!! )

Cam biasa..
Dah malas nak mengarang..
Kira setel jer ar
Cuma kereta lom masuk bengkel lagi sebab tak sempat
Sibuk benauuuuuuu~
#walaupunadeyangingatakutengahtakdekerja






Untuk insan yang tertentu, 
Aku tak pernah mintak pun kereta aku berlanggaq
Dan jangan lah tanya "kenapa eksiden hari ini?"
Tu diaaaa.. cepumas soklan hang..
Ingat aku nak sgt ka tersadai dlm hujan tepi jalan?
Ingat senang ka nak usung anak pi balai? 
penat hokeyyy...


Aku maapkanlah insan yg bertanya soalan ini..
Aku anggap hangpa tersilap tanya.. 
Lenkali jangan tanya lagu tu lagi naaaa... 



p/s : ni entry aku yg fresh dari ladang.. kihkihkih~

Wednesday, November 27, 2013

[ SUKAN ] - Run Encik Ayah Run!!!


Selalu tengok Puan Mama jer bersukan kan
Kali ni kasi chance dekat Encik Ayah pula.. 
setelah 10 tahun sudah stop acara olahraga,
akhirnya Encik Ayah kembali mencuba


Gambar Sekitar Hari Kejadian... 




 





Sunday, November 24, 2013

[ Me ] - Last Momento in Hong Kong...




Nak kata ini penutup Trip to HK aritu pun tak jugak
sbb last di airport
aku hanya amek gambar #CikAuni jer.. 


huhuhu~
rindu plak dgn si kecik ni
tak puas plak duk bercuti di rumah 2 hari ni
plus
TMPT KERJA GUA TAK BEST OOO SKRG
MOOD NAK KERJA PON TAKDE




#Puiiii!!!!tayahnaksuhakubentikejesgtlakan
#kalauduitakudabertingket2dlmbankkompemdabentikeje
#harinimoodtakbaektoksahcaripasalsgt
#dahterikutkakfarahashtagpepanjang
#adeakukisahhashtagkatblogsendiri
#nkkutukskeatikorgleguaapedehal










Monday, November 18, 2013

[ Futsal ] - SUKUM 2013 ...



Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia 2013
( SUKUM 2013 )
telah berlangsung bermula 2 Nov hingga 10 Nov 2013 yang lepas
melibatkan semua IPTA...


Aku tak terkecuali untuk turut serta
( walaupun hampir terkecuali .. ahaks )

dan semestinya
tiada game lain yg aku join 
( wpun ade yg ajak main game laen.. )

AKU JOIN TEAM FUTSAL WANITA


Waktu Grouping
1st game kami bertemu dengan UTM
( rindu nyeeee... )
Keputusan : 
W : 3 - 0 


2nd game bertemu dengan UKM
Keputusan : 
D : 0 - 0


dan hasilnya
kami berjaya ke peringkat SEPARUH AKHIR
menentang UTHM
Keputusan : 
W : 2 - 0


dan dengan itu, kami teruskan perjuangan kami di peringkat akhir
menentang UNIMAP
Jangan terkejut tengok resultnya yer.. 

Keputusan :
L : 0 - 8

kuang kuang kuang.. 
kami kalah bermaruah walaupun 8 - 0
takpe lah.. takde rezeki nak gigit emas.. 


Anyway.. semua ahli team Futsal Wanita UiTM 
menunjukkan kesungguhan yg amat membanggakan


InsyaAllah.. akan datang kita cuba lagi.. 




















dan...
Hasil daripada "TRAINING" kami selama 3 hari




Gambar Hakmilik : Firdaus & Eda
Terima kasih atas semua gambar di atas.. 

Love em so much!!!