Wednesday, June 29, 2011

[ Teater ] - Badai Semalam Bersama Erra Fazira, Aaron Aziz dan Fizz Fairuz



Macam menarik~
Since pelakon²nya semua best~
and Badai Semalam pun aku da baca...

Hurmmm....
Nak pegi tengok ar...





Tuesday, June 28, 2011

[ TV ] - Suria Di Cordoba




SURIA DI CORDOBA


Taraaaaa... Cerita Lakonan FAHRIN AHMAD .. Sinopsis? Hehehe.. Disebabkan aku pun tak tau, mey aku google jap.. OK.. Check Diz Out...

"Suria Di Cordoba menceritakan tentang seorang gadis moden campuran Melayu-Sepanyol iaitu Suria Khadijah Parker (lakonan Sari Yanti), yang memilih menjadi aktivis untuk membebaskan dirinya dari dunia kebendaan.


Kemudian, Suria yang bekerja dibawah Indra Putra bagaimanapun telah mengambil keputusan untuk berhenti walaupun dibayar dengan gaji yang lumayan. Ini kerana Suria tidak tahan dengan sikap Indra yang memperkecil dan memperlekehkan dirinya.


Dalam usaha untuk menjejaki sejarah cinta kedua ibu-bapanya yang bermula di Cordoba, dia pula diuji oleh Allah dengan cinta yang luar biasa.


Sewaktu di Sepanyol akan berlakunya sedikit konflik percintaan yang belaku antara Suria dengan dua jejaka iaitu Tengku Huzir (Fahrin Ahmad) dan Indra Putra ( Ady Putra)


Bagi mengetahui kesudahannya saksikan Suria Di Cordoba di Astro Prima (saluran 105) setiap hari Selasa jam 9 malam mulai 7 Jun ini."







Hehehe.. apsal aku tgk Heroin dia laen macam jer.. 
Kiut plak.. hahahhahahah~


Ileks arrr.. Jangan Marah²..
Main² jer nih.. 





Monday, June 27, 2011

[ Me ] - Baik vs Jahat





Jika kejahatan di balas kejahatan,
maka itu adalah DENDAM.

Jika kebaikan dibalas kebaikan
itu adalah perkara biasa.

Jika kebaikan dibalas kejahatan,
itu adalah zalim.

Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan,
itu adalah mulia dan terpuji.





Wednesday, June 22, 2011

[ Me ] - Ajib!! Oh Ajib!!!



AHAKS~
Dalam semua orang sibuk nak tangkap cintan ngn si Malek ( Aaron Aziz ),
akibat drp ke-angau-an thadap Seth Tan dlm cerita NORA ELENA,
aku plak sgt Admire sama AJIB!!!


sayurrrr!!! sayurrr!!!!!



KL GANGSTER!!!

Tuesday, June 21, 2011

[ Me ] - I Am Getting FAT!!






Apsal Soalan Diorang SAMA jer?


Aku makin GEMOK?
atau
Aku makin BUNCIT?


OMG! Nak g GYM blk ar kalo camni..




Saturday, June 11, 2011

[ Lagu ] - I Am A Stalker .. but ONLY When I Miss You~!



ini kisah sedihku
aku mengharapkan sesuatu yang tak pasti

di saat kau disisiku
hidupku terasa indah
hidupku penuh warna-warni
seperti pelangi

ku akui ku rindukanmu
saat kau tiada disisi
hancur hatiku bila kau sudah berpunya

i stalk your profile when i miss u
tengok semua gambar you tanpa jemu
i stalk your profile when i miss u
adakah kau juga memikirkanku

semua gamba-gambar u bersama si dia
dalam caption "nya" kata mu "aku cinta dia"
reaksiku meluat tapi sedih pun ada
memang kau ni player malangnya ku mahu kau jua

i stalk your profile when i miss u
adakah kau juga memikirkanku

kau seolah-olah memberiku harapan
di saat sunyi rasa kesepian
kau seolah-olah memainkan perasaan
inginku membencimu tapi aku yang tak tahan

i stalk your profile when i miss u
tengok semua gambar you tanpa jemu
i stalk your profile when i miss u
adakah kau juga memikirkanku

adakah cinta di balas....

Friday, June 10, 2011

[ Me ] - Selipar Jepun Aku



^__^


da busuk SELIPAR JEPUN aku nih.. 
berdaki bila da lama x disarung..


ada koyak di depan, aku SOROK
rabik di belakang. aku SELINDUNG
Last², aku sarungkan saja di KAKIKU..



* Maaf .. Coretan MUNGKIN Tiada Makna .. *



Wednesday, June 01, 2011

[ Me ] - Kesan Di Hati




( gambar ... copy from PAKU )


Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.


Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.


Pada hari yang Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.


Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.


Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.


Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.


Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.


Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.


Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.



“Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda"