Thursday, March 12, 2009

Talentime



Sebuah pertandingan pencarian bakat mempertemukan dua hati - Melur, seorang gadis Melayu kacukan dengan seorang pelajar lelaki berbangsa India, Mahesh. Melur, dengan suaranya yang merdu, bernyanyi sambil bermain piano adalah salah seorang daripada tujuh finalis pertandingan Talentime sekolahnya, di bawah kelolaan Cikgu Adibah.

Begitu juga Hafiz, memikat dengan bakat nyanyian sambil bermain gitar, yang membahagikan masa antara persekolahan dan bersama ibu yang dirawat di hospital kerana menghidap tumor otak. Ia bermula selepas Mahesh, antara pelajar yang ditugaskan menjemput finalis ke sekolah bagi menjalani latihan, menghantar surat pemberitahuan lulus ujibakat ke rumah Melur. Rupanya yang kacak memikat hati gadis itu. Di awal perkenalan, malapetaka menimpa keluarga Mahesh apabila bapa saudaranya, Ganesh yang menjaga keluarga itu sejak ketiadaan ayah, mati ditikam di hari perkahwinannya.

Melur, menyangka sikap membisu Mahesh kerana sedih dengan tragedi itu, berang apabila terus tidak dipedulikan. Dia bagaimanapun kesal selepas diberitahu oleh Hafiz mengenai keadaan sebenar Mahesh.Itu merubah persepsi Melur terhadap Mahesh. Begitu juga Mahesh yang menyenangi kehadiran gadis itu yang sering mengungkapkan puisi indah. Mahesh, menyedari perhubungan itu akan ditentang, menyembunyikannya daripada pengetahuan ibunya yang masih berduka di atas kematian Ganesh. Namun, rahsia itu terbongkar dan Mahesh dipukul di depan Melur sendiri. Cuma sehari sebelum berlangsungnya pertandingan, apakah Melur cukup gagah untuk menyanyikan bait puitis lagunya ketika hatinya sedang sengsara mengingatkan Mahesh? Bagaimana dengan Mahesh yang bertemu cinta pertamanya? Di malam Talentime, segalanya terungkai.


itulah sipnosis bagi cerita talentime. aku telah menonton tayangan filem ini pada 10 Mac 2009 lepas di Dewan Sri Budiman (DSB, UiTM), and as a Yasmin Ahmad's Movies Fan, aku ucapkan tahniah sekali lagi kepada Yasmin kerana memberikan satu cerita yg menarik utk dipertontonkan. wut a nice movie~! thumbs up~!

Tahniah kerana talentime nominated SIGNIS Award at the 33rd Hong Kong International Film Festival, baca la cerita selanjutnya di blog Yasmin




5 comments:

Eliss said...

nape tak ajak aku??hahahaha

pejal82 said...

cam menarik jer...citer yasmin ahmad biasa org akan kata bosan..tapi sebenarnya tak..

aizuemi said...

Elis
aiyok, mn tau ko mo pegi. tiket muvie Skrip 7707 ade bnyk aritu.. kitorg g tgk cite talentime je.. huahuahua~


Pejal
aku tak kisah org laen cakap bosan, aku mmg ske cite dia.. dan Mukhsin paling aku ske stakat ni..

Unknown said...

cite dia lain dr yg lain. hehe

Mahesh Jugal Kishor said...

hello aizuemi. thought i'd drop by and leave a comment. came across your blog and saw your beautiful write up on talentime. thanks for supporting :) appreciate it.