Showing posts with label UiTM. Show all posts
Showing posts with label UiTM. Show all posts

Tuesday, November 06, 2018

[ Football ] - Cinta 3 Penjuru.. Ehhhhhhhh



 Dah lama rasanya I LOVE SELIPAR JEPUN tak update
Apa kata kali ini aku update pasal game FOOTBALL lagi


Perlawanan kali ini adalah pertemuan 3 penjuru iaitu

The Footsouls (TFS)
Friday Knights (FK)
Australia U16


Sorry tak berapa sure siapa yang anjurkan tapi kitorang tak peduli
Dah gian rasanya nak main sebab dah lama sangat stop football
( sejak habis game Women Ryders hari tu lah.. lama tuh )


Perlawanan kali ini berlangsung di Padang Sintetik UiTM, Shah Alam
1st time nak merasa main di UiTM ni, nak main kat Stadium UiTM, macam takde chance


Perlawanan Pertama : Australia U16 vs Friday Knights
Perlawanan Kedua : Friday Knights vs The Footsouls
Perlawanan Ketiga :  The Footsouls vs Australia U16


 Dan result untuk perlawanan friendly 3 penjuru ini
1 - Australia U16
2 - The Footsouls
3 - Friday Knights



Sesungguhnya aku nak ucapkan terima kasih, kerana ini adalah salah satu pengalaman 
yang amat aku hargai untuk tahun ini. 
Sebelum menutup tirai 2018 dan secara officialnya persaraan aku dalam dunia bola sepak padang,
aku harap akan ada 1 or 2 lagi game menarik (kalau ada yang sudi invite lagi)













Photo by : The Nin Photography

Sunday, August 23, 2015

[ Futsal ] - SUKUM 2015 ...


Alhamdulillah
Tamat sudah Sukan Staf Antara Universiti Malaysia 
atau SUKUM 2015


Tahun ini, UiTM menjadi tuan rumah
 Last year aku tak join
sbb pregnantkan Mika Adi

last 2 years... UiTM dapat pingat perak


tahun ni.. Team Futsal Wanita UiTM 
berjaya merangkul Gangsa sahaja.. 
( berkongsi dengan UTM )
tapi kami tetap bangga.. 
Pengorbanan kami tidak sia-sia..


Oke.. kali ni spesel
Aku kasi up juga 2 keping gambar waktu training.. 
Seriously, CTR tahun ni digunakan sebaik mungkin
Kami tak misused langsung CTR nih!


Pagi training
Petang training


Pastu... hari sabtu pun siap ade friendly gik.. 
Kau... Mampuuuuu????!!!


Ahad jer la Coach bagi rehat sikit.. 
sebelum game start ari Isninnya..


Isnin (17/8/2015)
UKM vs UiTM
D : 1 - 1


Selasa (18/8/2015)
UiTM vs UPM
W : 1 - 0


Rabu (19/8/2015)
UiTM vs UniMAP
L : 1 - 4


Khamis (20/8/2015) - Semi Final
UMS vs UiTM
L : 0 - 4


Tahun ni macam tak meriah gol sangat.. 
Takpe lah.. dengan kecederaan player secara berjemaah
Kira oke la tu kan...



Tahniah Pasukan
Anda Berjaya!


Make sure stretching betul² kengkawan..


Muke penat lepas training... aku? maintain seny0m!


Ni gambar waktu friendly.. TQ team!


Ni meroyan lepas kalah game semi final bertemu UMS


Upacara penyampaian hadiah.. We look BLUE!





TQ to all especially our management team, fisio and players..
Kita jumpa di USIM utk SUKUM 2016

InsyaAllah




Monday, November 18, 2013

[ Futsal ] - SUKUM 2013 ...



Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia 2013
( SUKUM 2013 )
telah berlangsung bermula 2 Nov hingga 10 Nov 2013 yang lepas
melibatkan semua IPTA...


Aku tak terkecuali untuk turut serta
( walaupun hampir terkecuali .. ahaks )

dan semestinya
tiada game lain yg aku join 
( wpun ade yg ajak main game laen.. )

AKU JOIN TEAM FUTSAL WANITA


Waktu Grouping
1st game kami bertemu dengan UTM
( rindu nyeeee... )
Keputusan : 
W : 3 - 0 


2nd game bertemu dengan UKM
Keputusan : 
D : 0 - 0


dan hasilnya
kami berjaya ke peringkat SEPARUH AKHIR
menentang UTHM
Keputusan : 
W : 2 - 0


dan dengan itu, kami teruskan perjuangan kami di peringkat akhir
menentang UNIMAP
Jangan terkejut tengok resultnya yer.. 

Keputusan :
L : 0 - 8

kuang kuang kuang.. 
kami kalah bermaruah walaupun 8 - 0
takpe lah.. takde rezeki nak gigit emas.. 


Anyway.. semua ahli team Futsal Wanita UiTM 
menunjukkan kesungguhan yg amat membanggakan


InsyaAllah.. akan datang kita cuba lagi.. 




















dan...
Hasil daripada "TRAINING" kami selama 3 hari




Gambar Hakmilik : Firdaus & Eda
Terima kasih atas semua gambar di atas.. 

Love em so much!!!



Thursday, October 10, 2013

[ Me ] - Jom Jom Ceria October 2013


Jom Jom Ceria
Anjuran tak hengat.. 
Tak kisah la... 
Yang penting hati senang badan sihat.. 

Aftar 12 hari bekerja tanpa henti
Mari kita berliburan..

Upsss.. actually ni bukan dz week.. 
Ni da lepas jamang bile ntah.. 
Aku baru nk update
Biasa la kan.. 
Nak update blog pun susah.. 





Monday, September 30, 2013

[ UiTM ] - Bengkel Oh Bengkel!

Wa mau update gambar jer sket pasal Bengkel Proses Kerja di Pusat Latihan Kg Gajah bebaru nih.. 
Nape wa tak update pasal urusan wa dkt Sarawak?
Nanti arr.. belakang cherita~









Gambar bukan dari camera wa..
Wa kebas jer dari fb Atie.. muahahhaa... tq ye atie..



Friday, September 13, 2013

[ UiTM ] - Panggilan Temuduga : Permohonan Diploma Sesi 2 2013 / 2014


Kepada adik-adik lepasan SPM 
atau 
lepasan Pra Diploma UiTM 
yang memohon untuk program DIPLOMA di UiTM 
dan yang memohon pilihan program yang BERTEMUDUGA jer yer.. 
( untuk sesi November 2013 je yer )

Nak habaq nihhhhh....
Korang² da boleh semak sama ada berjaya untuk panggilan temuduga ataupun tidak




Oke... sebelum-sebelum ade masalah yg budak² tak jmp cari mana nak klik.. 
So, gua bantu la sikit sebanyak yer... 
Korang nak masuk 'U' kan.. 
kena paham la gambarajah kat bawah nih.. 
( jgn marah naaaaa )




Owh yer.. 
Jangan plak korang nak tanya bila keputusan boleh diketahui apa semua.. 
Aku bukan orang yang buat keputusan untuk tarikh² tu..

Aku tulis ni pun nak inform kat korang
takut-takut ada terlepas pandang.. 


Oh... satu lagi...
Kepada Ibu Bapa yang ada anak-anak yg sedang menjalani kursus Khidmat Negara ( PLKN )
Boley la tolong semakkan untuk anak-anak, 
InsyaAllah, depa diberi pelepasan oleh pihak kem untuk ditemuduga.


Lenkali jumpa lagi.. 
Sekian .. 




Thursday, March 21, 2013

[ UiTM ] - Selangkah ke UiTM .. Kami Menanti Kedatangan ANDA



Alhamdulillah.. 
Tahniah kepada adik-adik yang telah berjaya mengambil keputusan SPM semalam
Tak kisah berapa banyak A yang anda dapat
Semua itu adalah berkat daripada usaha anda selama ini.. 


Tak yah pening² kepala kepada yang gagal
Teruskan usaha anda untuk berjaya dalam kehidupan
Hidup insyaAllah masih perlu diteruskan
So, perancangan perlu lah dimantapkan.. 


Bagi adik-adik yang berminat untuk masuk ke UiTM
dengan niat IKHLAS UNTUK BELAJAR
bukan dengan niat "TGK AKU HEBAT DAPAT MASUK U"
boleh lah pergi ke program SELANGKAH KE UiTM yang di berlangsung ke Seluruh Negara


Boleh rujuk jadual di bawah
dan buatlah pilihan mengikut program yang anda layak
Jangan terlalu taksub dengan program yang glemer dan gempak, 
sedangkan result anda tak memenuhi syarat yang ditetapkan.. 
Ayat di atas bukan nak kondem result korang,
cuma aku tanak la beri korang harapan palsu..


Buat parents yang concern dengan pilihan anak-anak,
harap dapat bantu anak-anak, 
janganlah bagi tekanan pada mereka.
Macam yang saya cakap tadi.. 
PILIHLAH PROGRAM YANG LAYAK DIMOHON
oleh anak-anak kita


Kalau hangpa pilih gaks program yg tak layak, 
yang rugi , siapa?
hangpa jugak kan? 


sekali lagi.. 
Maaf kalau terkasar bahasa.. 
Buat keputusan yang BIJAK demi masa depan ANDA... 


Sila KLIK untuk besarkan.

Wednesday, January 11, 2012

[ UiTM ] - Semak Keputusan Kemasukan ke UiTM




Keputusan Kemasukan Pelajar Penerapan Semester Akhir Diploma UiTM
 ke Program Ijazah Sarjana Muda UiTM


Dah terlalu ramai yang bertanya berkenaan dengan hal keputusan kemasukan bg lepasan itu..
Dan aku da tengok² dekat  Portal Pelajar UiTM


TARIKH YANG DIJANGKA :
30 JANUARI 2012


( tarikh itu adalah TARIKH YG DIJANGKA..
so, sila la bersabar dan tunggu pengumuman selanjutnyer )


Ok .. Selain Daripada Semakan Keputusan Permohonan ..


Bagi Pelajar Tahun Akhir UiTM ..
dan Pelajar Semester 3 UiTM ..
dan yang berminat dengan program-program PROFESIONAL ..
dan yang berminat belajar Pengajian Luar Kampus ..
( mohon rujuk iklan )


Anda boleh mulai membuat permohonan Bagi Sesi Akademik 1 2012 / 2013
mulai 9 Januari 2012 sehingga 10 Februari 2012


Sila klik pada gambarajah di bawah :