Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

Tuesday, April 12, 2011

[ Movie ] - IDIOTS!!




oke.. another movie yg aku sempat layan..



Film 3 Idiots berkisahkan mengenai dua sahabat bernama Farhan dan Raju yang berangkat untuk mencari kawan lama mereka yang hilang. Dalam perjalanannya, mereka menghadapi sebuah pertaruhan lama yang sudah mereka lupakan, sebuah acara pernikahan yang harus mereka datangi dan acara pemakaman yang berakhir tak karuan. Saat mereka berangkat menuju tempat berbahaya, suatu perjalanan lain dimulai : yakni perjalanan pribadi mereka mengarungi kenangan dan kisah tentang kawan mereka – Rancho dengan cara pemikiran yg sgt berbeza dari masyarakat biasa – yang dengan caranya tersendiri telah menyentuh dan mengubah kehidupan mereka.


Aku recommend suh tgk cite ni sbb bnyk gaks la nasihat, pesanan dan sumthing valuable utk dikongsikan bersama.. Oh yer.. ni bukan cerita baru.. cerita lama.. aku jer yg baru tengok.. 





Sunday, April 10, 2011

[ Movie ] - Eiffel .. I'm in Love



OMG!!!! Usha² lubok MOVIE .. aku terjumpa movie ni .. siapa yg download ek?
Movie ape?
Hehhee.. 






EIFFEL, I'M IN LOVE (EXTENDED)


3 jam 9 minit.. Well.. Aku Sanggup!!!!
Apatah lagi si Samuel Rizal heronya~
( aku nonton Sayang You Can Dance pun coz of him & Amani )


dan di bawah adalah lagu Melly.. OST dlm movie ni..



PALING TIDAK

Jauh jarak kutempuh untuk cintaku
Walaupun seluruh resah di diri

Kubenci namun kurindu dalam lamunku
S'lalu ada wajahmu menghiasi dinding hati

Kau dalam hatiku
Hanya engkau walau bukanlah kau yang pertama
Yang pernah singgah di hatiku
namun ku mau

Dan kau bila hatimu
Sepertinya sama dengan hatiku
Paling tidak bisakah berdua
Selamanya kau dan aku





Thursday, March 04, 2010

[ Movie ] - Jumbo Gajah Biru .. Ske Ske.. Best cite nih~

Thanks to Kak Long a.k.a Ceed for inviting me for diz Premiere .. Jumbo Gajah Biru .. it's a animation movie from Thailand.. dan dialih-bahasakan untuk tontonan rakyat Malaysia terutamanya kanak-kanak.

Honestly, waktu aku mula2 nk pegi, aku terfikir2.. best ke cite nih? Tak busan ke nanti layan cite nih? Leh fight ke ngn Upin Ipin cite nih? dan sekarang aku da dapat jawapan utk setiap persoalan nih.. Aku Langsung Tak Busan.. Cite ni BEST.. dan insyaAllah, kalo promosi gigih, leh pegi jauh ni cite nih... Tayangan sempena cuti sekolah.. Nak tau ape yg best.. kena ar g tgk sendiri .. tayangan bermula 11 Mac 2010...

Mila dan Akim..
sebagai si Jumbo dan Luna


Akim.. sangat aktif..
"tau la awk baru 19 tahun... "


thanks for the invitation.. nextym ajk agi..



Mila dan Aizuemi
Pertempuran kami semalam adalah tgk sape lebey tinggi..
dan kemenangan menjadi milik Mila..
dia tinggi 6cm je dari aku.. huh~

Thursday, March 12, 2009

Talentime



Sebuah pertandingan pencarian bakat mempertemukan dua hati - Melur, seorang gadis Melayu kacukan dengan seorang pelajar lelaki berbangsa India, Mahesh. Melur, dengan suaranya yang merdu, bernyanyi sambil bermain piano adalah salah seorang daripada tujuh finalis pertandingan Talentime sekolahnya, di bawah kelolaan Cikgu Adibah.

Begitu juga Hafiz, memikat dengan bakat nyanyian sambil bermain gitar, yang membahagikan masa antara persekolahan dan bersama ibu yang dirawat di hospital kerana menghidap tumor otak. Ia bermula selepas Mahesh, antara pelajar yang ditugaskan menjemput finalis ke sekolah bagi menjalani latihan, menghantar surat pemberitahuan lulus ujibakat ke rumah Melur. Rupanya yang kacak memikat hati gadis itu. Di awal perkenalan, malapetaka menimpa keluarga Mahesh apabila bapa saudaranya, Ganesh yang menjaga keluarga itu sejak ketiadaan ayah, mati ditikam di hari perkahwinannya.

Melur, menyangka sikap membisu Mahesh kerana sedih dengan tragedi itu, berang apabila terus tidak dipedulikan. Dia bagaimanapun kesal selepas diberitahu oleh Hafiz mengenai keadaan sebenar Mahesh.Itu merubah persepsi Melur terhadap Mahesh. Begitu juga Mahesh yang menyenangi kehadiran gadis itu yang sering mengungkapkan puisi indah. Mahesh, menyedari perhubungan itu akan ditentang, menyembunyikannya daripada pengetahuan ibunya yang masih berduka di atas kematian Ganesh. Namun, rahsia itu terbongkar dan Mahesh dipukul di depan Melur sendiri. Cuma sehari sebelum berlangsungnya pertandingan, apakah Melur cukup gagah untuk menyanyikan bait puitis lagunya ketika hatinya sedang sengsara mengingatkan Mahesh? Bagaimana dengan Mahesh yang bertemu cinta pertamanya? Di malam Talentime, segalanya terungkai.


itulah sipnosis bagi cerita talentime. aku telah menonton tayangan filem ini pada 10 Mac 2009 lepas di Dewan Sri Budiman (DSB, UiTM), and as a Yasmin Ahmad's Movies Fan, aku ucapkan tahniah sekali lagi kepada Yasmin kerana memberikan satu cerita yg menarik utk dipertontonkan. wut a nice movie~! thumbs up~!

Tahniah kerana talentime nominated SIGNIS Award at the 33rd Hong Kong International Film Festival, baca la cerita selanjutnya di blog Yasmin




Monday, February 16, 2009

Sayang You Can Dance


Genre : Romance
Classification : U - General viewing for all ages
Release Date : 12 March 2009


Seriously, i cant wait to watch diz movie.. If i'm not mistaken, diz movie sepatutnya release pd Nov 2008, but ntah la.. mayb ada kot masalah2 yg tidak diketahui oleh aku.. movie ni arahan
Bjarne Wong. Hopefully cite ni best sebab kedua-dua pelakon utama tu aku ske.. ahaks~


Sipnosis
Mia (Sharifah Amani) seorang yg lahir dari keluarga yg kaya raya, obses kepada hip hop dancing. Sementara dia usaha dia duk obses2 tu, Remie (Samuel Rizal), sorg outstanding break dancer tetiba lak muncul dlm hidup dia and everything has changed ever since. Bersama-sama dgn kehadiran kengkawan diorg Dafi (Gadaffi AF5) dan Robby (Ebi AF5), diorg train kow2 punye utk amek bahagian dalam national-level break dance competition. Tapi biasa la kan, tetiba bapak si Mia ni laks tak ske dan bikin onar, termasuk lah menghalang kisah cinta si Mia dan Remie.. Mcm biasa la, dengan kekuatan yg ada, team ni akhirnya berjaya bring everything back together again sampailah Remie suddenly falls...




:
Reimi (Main Actor)
:
Mia (Main Actor)
:
Robby (Supporting Actor)
:
Dafi (Supporting Actor)
:
Carlz (Supporting Actor)
:
Angel (Supporting Actor)


Jom layan gambo2 ni sket.. ahaks~


amcam.. terror tak aku?
saya putar kieran~!!!!



Reimi : pakai helmet la amoi.. nnt pulis saman..
Mia : ye la.. ye la.. tp, rambut i pun sudah mcm helmet wut...



1, 2, 3..... 400... 500... fuhh... penat...



comeinye bayang kat blakang tu..
cam manga japang laks...



Thursday, December 04, 2008

Dah Tgk Los dan Faun ~


Aku rasa cite ni saaaaaaaaaaaangat2 lawak.. hahahhahaha.. guling2 gaks aku gelak.. apetah lagi kak esah.. keh keh keh.. dan paling penting kak emi pun gelak jugak.. ske tgk kak emi gelak.. hehehe..


anyway.. sedikit sinopsis cite tu ar (dari sudut mata aku)..


Filem ini mengisahkan mengenai dua orang budak kampung dari Melaka iaitu Carlos Rodrigo Gunting ( Hans Isaac ) dan Ahmad Faun bin Dollah [ if i'm not mistaken la ] (lakonan Adlin Aman Ramli ).


diorg berhijrah ke Kuala Lumpur utk cari keje. dlm kesibukan diorg mencari keje, diorg dpt ar keje kat 1 kedai jual pakaian dalam wanita.. tapi kejujuran Faun dlm memberi komen si JLO tu membuatkan diorg dipecat. hehehe.. tak bleh blah bila ade gaks org perasan cam JLO nih~


tapi semuanya berubah apabila Faun dh tlg tuan empunya kedai yang baru saja memecat diorg tu, Faun berjaya menjumpai dan membuat kesimpulan yg mengalahkan CSI di mana dompet bos diorg tu tercicir..


So, kemahiran Faun dlm cari bende2 ilang ni dgn ‘power of deduction’ tlah memberi idea kepada si Los yg sgt pandai bab2 marketing ni utk bikin 1 bisnes. "Los Dan Faun"..kompeni mencari barang2 yg ilang.. xkisah la ape pun yg ilang.. dan yg bestnye.. hehehe.. sume barang ilang termasuklah Da Vincci Code pun diorg berjaya selesaikan.. ahaks~ poyo siottttt... siap buat iklan tv utk promotion kompeni Los dan Faun nih.. hebat2!


Then, one day tu, seorang Datin ( lakonan Erra Fazira ) yang menonton iklan diorg perlukan pertolongan Los dan Faun utk mcari semula jam tangan yang bernilai RM30 juta peninggalan arwah suami dia yg tlah meninggal dunia akibat saket jantung. [ wpun jam tu klihatan mcm jam rm25 dkt petaling street only ]


heheh.. usaha dalam pencarian tu agak mencabar sbb si Faun dh ilang power.. disebabkan kemungkinan dia syok kat itu Datin looo.. so...


sendiri pegi pawagam + beli tiket + beli popcorn + beli air... then tgk la kesudahan cite ini.. mmg best.. mmg syok.. i like.. muah2... Syabas Afdlin Shauki.. Another nice movie utk tatapan umum~!


gua kasi 4.5 bintang~!!!!