Perjalanan daripada London Euston ke Manchester Piccadilly mengambil masa lebih kurang 2 jam kalau menaiki train. Sepertimana Cotswold, kami juga menaiki Virgin Train untuk ke sana.
Setibanya kami di Manchester, hujan menyambut kami dengan damainya. Tapi alhamdulillah semua berjalan dengan lancar termasuklah shopping di Primark, Manchester. Ahaks~
Ok.. Entry kali ini hanya nak sharing few gambar di National Football Museum. Bagi peminat bola sepak, jangan lupa untuk singgah yer.. FREE entrance..
Sebelum masuk pintu utama, kita akan lalu Walk of Fame
So, aku terhenti di gambar Messi. One of my fav football player.
Ini lukisan paling aku suka. Sebelum ni, aku pernah nampak gambar ni kat internet jer
Sekali nampak depan mata, ada la sedikit teruja
Sebenarnya aku peminat Eric the King. Reason utama aku minat MU.
Pada aku, aku huraikan gambar ini adalah saat kegemilangan Manchester United
Eric Cantona, dibantu oleh askar² muda ketika itu
seperti (dari kiri) Phil Neville, Beckham, Nicky Butt dan Gary Neville.
Kalau perasan, kat atas tu ada Atuk Alex Ferguson mcm god ke angel, i dont know
Cuma, aku tak pasti siapa yang kat belakang Atuk Alex tu.
Kalau tau, boleh comment.. TQ..
Ini pula gambar boot bola zaman dulu-dulu. Gile ko, dia ketuk paku weyh.. kat dalam pun terasa
Aku bersyukur sangat² boot sekarang dah tak macam ni lagi.. mau berlobang tapak kaki.. hahahhaa~
Merasa la kat sini naik kereta Mini legend Manchester United iaitu George Best.
Oke.. mak cik nih teruja nak amik gmbar dengan aku.
Dia salah seorang kipas susah mati Manchester United
dan paling membuatkan dia teruja adalah dia jumpa orang yang lebih kurang sama tinggi dengan dia
Hahahhaa.. patutnya aku yang excited tapi tak sangka dia lebih teruja.
by the way, really nice to meet you Aunty.
Piala apa kat belakang aku ni? Siapa dapat teka?
Nak hadiah? Ok.. teka dulu, nanti aku pertimbangkan
Dan buat peminat bola sepak.. Korang mesti kenal player² dekat gambar ni kan?
Ok lah.. video nanti la aku update..
Rasanya tak banyak sangat video dalam ni..
Rushing nak gerak ke Primark pula.. Hehehhe~