Monday, June 04, 2018

[ Travel ] - Day 2 - Ke Cotswold Lah Kita


Setelah Day 1 yang tidak banyak mana cabaran
Day 2 kami diuji lagi .. Tube delayed.. Hahahaha~
Gabra.. kalau tengok muka Pin macam da pucat.. 
Mau tak pucat, kitorang dah beli tiket train ke Cotswold.
Kalau terlepas kang, mahu nangissss juga nk beli tiket lagi..

Seperti biasa, tiada apa perlu dirisaukan.. 
Dengan izin Allah, semuanya berjalan dengan lancar..
Disebabkan masalah teknikal dan bukan di pihak kami, 
maka kami dibenarkan untuk naik train seterusnya
Cuma yang tak bestnya, time untuk bersuka ria di sana dah kurang sikit
Ingat one thing, semua ketentuan dah ditetapkan oleh DIA
maka, percayalah mesti ada yang baik untuk kita







Gambar di bawah ni adalah daripada dalam train, sepanjang perjalanan subhanallah, memang cantik weyh.. aku memang takleh tengok pemandangan-pemandangan cantik nih.. Kalau di Melbourne, aku disajikan lautan biru sepanjang perjalanan di GOR.. Kali ni perjalanan ke Cotswolds, aku nampak kehijauan dan  kekuningan tumbuhan.. Maaf ler, perak sikit.. hehehhee.. 



 Train kami berhenti di Moreton-in-Marsh, dan lepas tu, kami tercari-cari juga, mana nak cari bas untuk kami pergi Bourton-on-the-Water.. Sementara kami membiarkan sahaja Pin buat kerja dia (iaitu tengok schedule bas), aku pun ajak la Niena buat photoshoot.. Hehehehe.. Kesian Husnina, dia pulak tak berapa sihat pagi nih.. Kena hujan semalam mungkin.. 




OK.. Pin dah berjaya dapatkan jadual bas, maka kita singgah dulu untuk nikmati segelas teh english.
The English Tea rasa extra sedap sebab suasana dan juga saja nak nampak sedap, nak suruh korang pun pasang impian untuk jejak kaki ke sana.. Hehehhehee.. 



Ok.. setibanya kami ke Bourton-on-the-Water, 
kami disambut oleh mak itik dan anak-anak itik yang comel nih.. 
Haishhh... pastu kitorang start la posing-posing.. 
Selamat menjamu mata la yer.. 







Kami teruskan perjalanan kami ke The Model Village.. Apa yang menariknya adalah tempat ini adalah mereka create replika kampung Bourton-on-the-Water nih dengan skala 1/9 .. (aku dah google.. hahaha) dan nampak real weyh... Sungai tempat kitorang posed, gereja, kedai aiskrim.. samaaaaa~~~ dan tempatnya sangat bersih.. Kami sempat jumpa Malaysian di pintu masuk dan juga di dalam Model Village nih.. 





Ok.. dah puas posing dan merapu kat dalam tu, kami keluar berjalan-jalan di luar pula.. On the way nak pergi jumpa Shawn the sheep.. Tapiiiii... sebelum sampai jumpa Shawn.. tengok lah dulu perangan berebut telefon ni dulu.. hehehhe.. trademark kan pondok telefon nih, tapi sayangnya, dah agak usang dan terbiar.. 







Ok.. aku kongsi 2 gambar jer dengan bebiri tuh.. aku panggil² Shawn takde yang menyahut.
Mungkin dia kat sekolah tak balik lagi.. Maka kami pun meneruskan perjalanan kami ke tempat lain pulak... Haaa... Kalau berani, meh cuba Dragonfly Maze.. Kitorang tak cuba pun.. Amik gambar jer kejap.. buat syarat dah jejak kaki.. Hehehhee~



Ok.. macam biasa..  malas nak menaip.. 
Sila jamu mata

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya yer.. 
ikutlah nak guna whatsapp ke ape ke.. 
Kalau sempat, saya jawab.. Thank You~





Ok.. Time to go back.. dan sekali lagi kami diuji
TRAIN DELAYED LAGI~!!!!!

Dah la sejuk bagai nak rak weyh... 
Aku mana tahan sejuk.. 
Ada korang tengok sepanjang aku travel, 
aku gatal² nak main snow? takde kan?

Huwaa.. ni la puncanya.. 
Gua tak tahan sejuk.. 
Next trip aku akan wajibkan diri sendiri pakai glove
Cuaca tak menentu di sini, maka kena sentiasa ready~




Ok.. sempat amik gambar railways sebelum keluar announcement jangan cross yellow line.. 
Muahahhahahhahaha~~~~


Tambahan : Untuk dinner, Pin keluar jumpa kawan dia. So, aku dan Niena pergi cari makan di Bayswater jer. Kedai yang kami serbu = Noodle Oodle. Dijamin HALAL
Dan memang ramai orang Melayu pun waktu kitorang sampai tuh. Sorry, takde gambar makanan. 
* Kalau aku jumpa nanti aku update *



Ini video pendek 1 minit sahaja untuk tatapan korang.
Lain-lain video disimpan untuk tatapan peribadi kitorang sahaja.. 




Tunggu next entry : Trip to Manchester

No comments: