Showing posts with label United Kingdom. Show all posts
Showing posts with label United Kingdom. Show all posts

Monday, June 04, 2018

[ Travel ] - Day 2 - Ke Cotswold Lah Kita


Setelah Day 1 yang tidak banyak mana cabaran
Day 2 kami diuji lagi .. Tube delayed.. Hahahaha~
Gabra.. kalau tengok muka Pin macam da pucat.. 
Mau tak pucat, kitorang dah beli tiket train ke Cotswold.
Kalau terlepas kang, mahu nangissss juga nk beli tiket lagi..

Seperti biasa, tiada apa perlu dirisaukan.. 
Dengan izin Allah, semuanya berjalan dengan lancar..
Disebabkan masalah teknikal dan bukan di pihak kami, 
maka kami dibenarkan untuk naik train seterusnya
Cuma yang tak bestnya, time untuk bersuka ria di sana dah kurang sikit
Ingat one thing, semua ketentuan dah ditetapkan oleh DIA
maka, percayalah mesti ada yang baik untuk kita







Gambar di bawah ni adalah daripada dalam train, sepanjang perjalanan subhanallah, memang cantik weyh.. aku memang takleh tengok pemandangan-pemandangan cantik nih.. Kalau di Melbourne, aku disajikan lautan biru sepanjang perjalanan di GOR.. Kali ni perjalanan ke Cotswolds, aku nampak kehijauan dan  kekuningan tumbuhan.. Maaf ler, perak sikit.. hehehhee.. 



 Train kami berhenti di Moreton-in-Marsh, dan lepas tu, kami tercari-cari juga, mana nak cari bas untuk kami pergi Bourton-on-the-Water.. Sementara kami membiarkan sahaja Pin buat kerja dia (iaitu tengok schedule bas), aku pun ajak la Niena buat photoshoot.. Hehehehe.. Kesian Husnina, dia pulak tak berapa sihat pagi nih.. Kena hujan semalam mungkin.. 




OK.. Pin dah berjaya dapatkan jadual bas, maka kita singgah dulu untuk nikmati segelas teh english.
The English Tea rasa extra sedap sebab suasana dan juga saja nak nampak sedap, nak suruh korang pun pasang impian untuk jejak kaki ke sana.. Hehehhehee.. 



Ok.. setibanya kami ke Bourton-on-the-Water, 
kami disambut oleh mak itik dan anak-anak itik yang comel nih.. 
Haishhh... pastu kitorang start la posing-posing.. 
Selamat menjamu mata la yer.. 







Kami teruskan perjalanan kami ke The Model Village.. Apa yang menariknya adalah tempat ini adalah mereka create replika kampung Bourton-on-the-Water nih dengan skala 1/9 .. (aku dah google.. hahaha) dan nampak real weyh... Sungai tempat kitorang posed, gereja, kedai aiskrim.. samaaaaa~~~ dan tempatnya sangat bersih.. Kami sempat jumpa Malaysian di pintu masuk dan juga di dalam Model Village nih.. 





Ok.. dah puas posing dan merapu kat dalam tu, kami keluar berjalan-jalan di luar pula.. On the way nak pergi jumpa Shawn the sheep.. Tapiiiii... sebelum sampai jumpa Shawn.. tengok lah dulu perangan berebut telefon ni dulu.. hehehhe.. trademark kan pondok telefon nih, tapi sayangnya, dah agak usang dan terbiar.. 







Ok.. aku kongsi 2 gambar jer dengan bebiri tuh.. aku panggil² Shawn takde yang menyahut.
Mungkin dia kat sekolah tak balik lagi.. Maka kami pun meneruskan perjalanan kami ke tempat lain pulak... Haaa... Kalau berani, meh cuba Dragonfly Maze.. Kitorang tak cuba pun.. Amik gambar jer kejap.. buat syarat dah jejak kaki.. Hehehhee~



Ok.. macam biasa..  malas nak menaip.. 
Sila jamu mata

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya yer.. 
ikutlah nak guna whatsapp ke ape ke.. 
Kalau sempat, saya jawab.. Thank You~





Ok.. Time to go back.. dan sekali lagi kami diuji
TRAIN DELAYED LAGI~!!!!!

Dah la sejuk bagai nak rak weyh... 
Aku mana tahan sejuk.. 
Ada korang tengok sepanjang aku travel, 
aku gatal² nak main snow? takde kan?

Huwaa.. ni la puncanya.. 
Gua tak tahan sejuk.. 
Next trip aku akan wajibkan diri sendiri pakai glove
Cuaca tak menentu di sini, maka kena sentiasa ready~




Ok.. sempat amik gambar railways sebelum keluar announcement jangan cross yellow line.. 
Muahahhahahhahaha~~~~


Tambahan : Untuk dinner, Pin keluar jumpa kawan dia. So, aku dan Niena pergi cari makan di Bayswater jer. Kedai yang kami serbu = Noodle Oodle. Dijamin HALAL
Dan memang ramai orang Melayu pun waktu kitorang sampai tuh. Sorry, takde gambar makanan. 
* Kalau aku jumpa nanti aku update *



Ini video pendek 1 minit sahaja untuk tatapan korang.
Lain-lain video disimpan untuk tatapan peribadi kitorang sahaja.. 




Tunggu next entry : Trip to Manchester

[ Travel ] - Day 1 - Hello Kota London



Hi guys, do i need to write in English just because this entry is all about my trip to London? 
Just kidding.. Aku akan tulis dalam bahasa Melayu buat sementara waktu sebab aku tahu English aku bakal jadi bahan ketawa korang kalau aku teruskan juga. Ok, just shut up and read!

Sebenarnya perjalanan kami ter-lari sikit daripada jadual sebenar 
dan itinerary kami juga terpaksa di-lintang-pukang-kan sedikit 
kerana ada isu berkaitan dengan flight kami. Tapi semua tu tak jadi isu besar.
Semua benda boleh setel lah.. Mental je kena ready.. 
Nak jadi traveller, kena la kental sikit kan?







Snack ni adalah snack lazat enak berkrim dan disukai oleh aku. 
Dah makan, make sure kena ada air.. sebab ade rasa pedas² sikit.
Kebetulan, Allah uji aku waktu nak ke London, aku batuk dan takde suara.
So, banyak air yang aku terpaksa minum sebab tekak aku sakit
( padahal order air coke... puiiiiii.. tak sedar diri )
Hehehhehee.. aku order tu sebab boring la asyik² plain water jer.. 



Perjalanan kami menaiki Oman Air, maka ada lah transit sekali di Muscat dan tak lama pun nak tunggu, kitorang dah nak kena teruskan perjalanan kami. Sedikit teruja lah dapat singgah kejap visit airport cantik, mewah dan gah ini.. Nak cite la sikit, sebenarnya aku kena marah 1 kali dengan tok arab ni sebab tak perasan dia nak lalu, come on la, ko kat belakang aku, mana aku nak nmpk, tak sampai ilmu Marcelo ada mata di celahan rambut dia lagi lah weyh.. lagipun pada aku lah kan, tok arab tu  tayah nak marah pun, cakap je la "excuse me" kuat², kalau dia cakap 'Ya Habibi.. Ya habibi..', memang aku tak menyahut la kan, sebab ingat dia panggil kekasih or bini dia.. Ahhh.. Apa-apa pun ini semua pengalaman.. Ok.. sambung menonton dalam flight dengan bahagianya..


Alhamdulillah kami selamat tiba ke Kota London sekitar jam  berapa ntah tak ingat la pulak.. Kalau diikutkan sempat saja kami melawat 1 2 tempat kot or pergi amik beg pin di hotel dia.. Tapi, dugaan kedua kami adalah di immigration pulak..  panjang ya amat line-nya. Adakah disebabkan ada London Marathon 2018 (22 April 2018)? Kami pun tak pasti.. Tapi ok la, waktu beratur tu, diorang siap sediakan sekali air mineral.. Takde la kering tekak aku.. 

Selepas selamat semuanya, kami berjejak kasih dengan Pin.. Then, dia bawa kitorang ke AirBNB kitorang, aku nak cerita pasal AirBnB ni, tapi kang entry aku akan jadi panjang gile nak mampus, OK Skip!!! Tapi untuk peringatan aku di hari tua kelak, uncle Italiano berjaya membantu kami.. 

Cuaca hujan dan agak kesejukan sebenarnya, dan perut aku sangat lapar. Aku minta tolong diorang temankan aku untuk cari makan. Lokasi rumah Airbnb kami kebetulan tak jauh daripada Bayswater yang dikatakan ada banyak restaurant halal, tapi disebabkan agak lewat, kami tak banyak pilihan. Makanlah aku kebab di malam hari untuk mengelakkan perut aku meragam di sana. 

Nama Restaurant : Taza Kebab House
Anggaran kos : £3 - 4.50

Kemudiannya, kami pulang ke bilik untuk bersihkan diri dan tidur. Esok mahu jalan-jalan lagi kan?


Ok.. matahari pagi sudah memanggil-manggil. Masa untuk keluar dari sarang.
Disebabkan dah malas nak menaip dan bercerita. 
Boleh tak aku suggestkan korang tengok video 
4 minit aku yang aku letakkan di bawah sekali entry aku nih.. 

Hope you guys enjoy the video lah.. hahahhaha.. 
Jangan tanya pasal budget sangat
sebab trip kali ni more to "Beli dan Makan Je"











Ok.. untuk dinner untuk 2nd night di Kota London.. 
Kami menikmati Burger & Lobster.. Sedap!
Kat Malaysia pun ada, tapi aku tak pernah try.
Maybe one day, leh cuba-cuba rasa.



Jumpa lagi untuk entry Day 2 - Moh ke Cotswold Kita