Hi guys, do i need to write in English just because this entry is all about my trip to London?
Just kidding.. Aku akan tulis dalam bahasa Melayu buat sementara waktu sebab aku tahu English aku bakal jadi bahan ketawa korang kalau aku teruskan juga. Ok, just shut up and read!
Sebenarnya perjalanan kami ter-lari sikit daripada jadual sebenar
dan itinerary kami juga terpaksa di-lintang-pukang-kan sedikit
kerana ada isu berkaitan dengan flight kami. Tapi semua tu tak jadi isu besar.
Semua benda boleh setel lah.. Mental je kena ready..
Nak jadi traveller, kena la kental sikit kan?
Snack ni adalah snack lazat enak berkrim dan disukai oleh aku.
Dah makan, make sure kena ada air.. sebab ade rasa pedas² sikit.
Kebetulan, Allah uji aku waktu nak ke London, aku batuk dan takde suara.
So, banyak air yang aku terpaksa minum sebab tekak aku sakit
( padahal order air coke... puiiiiii.. tak sedar diri )
Hehehhehee.. aku order tu sebab boring la asyik² plain water jer..
Perjalanan kami menaiki Oman Air, maka ada lah transit sekali di Muscat dan tak lama pun nak tunggu, kitorang dah nak kena teruskan perjalanan kami. Sedikit teruja lah dapat singgah kejap visit airport cantik, mewah dan gah ini.. Nak cite la sikit, sebenarnya aku kena marah 1 kali dengan tok arab ni sebab tak perasan dia nak lalu, come on la, ko kat belakang aku, mana aku nak nmpk, tak sampai ilmu Marcelo ada mata di celahan rambut dia lagi lah weyh.. lagipun pada aku lah kan, tok arab tu tayah nak marah pun, cakap je la "excuse me" kuat², kalau dia cakap 'Ya Habibi.. Ya habibi..', memang aku tak menyahut la kan, sebab ingat dia panggil kekasih or bini dia.. Ahhh.. Apa-apa pun ini semua pengalaman.. Ok.. sambung menonton dalam flight dengan bahagianya..
Alhamdulillah kami selamat tiba ke Kota London sekitar jam berapa ntah tak ingat la pulak.. Kalau diikutkan sempat saja kami melawat 1 2 tempat kot or pergi amik beg pin di hotel dia.. Tapi, dugaan kedua kami adalah di immigration pulak.. panjang ya amat line-nya. Adakah disebabkan ada London Marathon 2018 (22 April 2018)? Kami pun tak pasti.. Tapi ok la, waktu beratur tu, diorang siap sediakan sekali air mineral.. Takde la kering tekak aku..
Selepas selamat semuanya, kami berjejak kasih dengan Pin.. Then, dia bawa kitorang ke AirBNB kitorang, aku nak cerita pasal AirBnB ni, tapi kang entry aku akan jadi panjang gile nak mampus, OK Skip!!! Tapi untuk peringatan aku di hari tua kelak, uncle Italiano berjaya membantu kami..
Cuaca hujan dan agak kesejukan sebenarnya, dan perut aku sangat lapar. Aku minta tolong diorang temankan aku untuk cari makan. Lokasi rumah Airbnb kami kebetulan tak jauh daripada Bayswater yang dikatakan ada banyak restaurant halal, tapi disebabkan agak lewat, kami tak banyak pilihan. Makanlah aku kebab di malam hari untuk mengelakkan perut aku meragam di sana.
Nama Restaurant : Taza Kebab House
Anggaran kos : £3 - 4.50
Kemudiannya, kami pulang ke bilik untuk bersihkan diri dan tidur. Esok mahu jalan-jalan lagi kan?
Ok.. matahari pagi sudah memanggil-manggil. Masa untuk keluar dari sarang.
Disebabkan dah malas nak menaip dan bercerita.
Boleh tak aku suggestkan korang tengok video
4 minit aku yang aku letakkan di bawah sekali entry aku nih..
Hope you guys enjoy the video lah.. hahahhaha..
Jangan tanya pasal budget sangat
sebab trip kali ni more to "Beli dan Makan Je"
Ok.. untuk dinner untuk 2nd night di Kota London..
Kami menikmati Burger & Lobster.. Sedap!
Kat Malaysia pun ada, tapi aku tak pernah try.
Maybe one day, leh cuba-cuba rasa.
Jumpa lagi untuk entry Day 2 - Moh ke Cotswold Kita
No comments:
Post a Comment