Thursday, January 19, 2017

[ Me ] - Bodoh Bodoh Alang


Tak reti nak tunjuk pandai
Dibiarkan saja kelihatan bodoh
Tak reti nak berlagak tahu
Padahal semua tu dah dalam poket baju
Lepak pasang telinga
Saja banyak tanya
Kadang-kadang senyum sahaja
Kalau kita yang bercakap
Kita cuma tahu apa yang kita tahu
Kalau kita yang mendengar
Benda tak tahu mungkin boleh jadi tahu

Nak buang persepsi orang
Bahawa kau bukan bodoh
Aku rasa tidak perlu
Biarlah apa orang fikirkan
Biarlah apa orang rasakan
Kita tahu siapa kita
Kita tahu yang kita tahu
Kita tahu bodoh itu bukan kau, bukan aku
Kita duduk tenang-tenang


No comments: