Day 2 at Hat Yai bermula
Masing-masing bersiap seperti siput dalam pantang
Mungkin penat tak habis lagi tapi nak kena gaks jengjalan
Apa-apa isi perut dulu la
Mana bleh tak makan
Breakfast is a must
walhal aku tau lunch juga a must utk aku
dan begitu juga dinner
Muhahahaha
Terjumpa tepi jalan kedai makan muslim ni
Harga semangkuk mi sangat sedap giler cuma 50 - 60baht
Rasa dia lebih kurang boat noodle tapi terus dlm portion besar
tapi.... disebabkan ada gadis cantik TERletak cili dlm mangkuk aku
TERLEBIH pedas la juga mi aku
tapi serius.. sedap.. tambahan pula teh o sedap uiiiiiii..
Memang enakkkk la breakfast pagi nih
After isi perut
Then kami terus lah menuju ke Hat Yai Municipal Park
dan juga Hat Yai Cable Car
FYI waktu kami pergi
Cable Car tutup
So, dapat amik gambar daripada stesen dia je
Gambar daripada stesyen Cable Car~
Gajah sebenar terpaksa pegang camera amik gambar kitorang berdua
Ahaks~~ Jangan Marah yeeeeeeee~
Masih keliru dengan konklusimu
Inilah pemandangan bandar ke 4 terbesar di Thailand iaitu Hat Yai
Bahagia dapat gambar cun~
Temple yang terdapat di Municipal Park
Signboard untuk ke area Baby Buddha
It's a Baby Buddha
Ok.. dah puas bergambar, kami gerak ke sekitar Pink Lady
cari tempat untuk massage, kitorang hentam jer masuk
tengok yang ala-ala cam ok
So.. ini mmg heaven.. 2 hours full body massage
sebab ada Free WIFI
urut sambil layan cerita dekat Weightlifting Kim Bok Joo
Petangnya, kami terus gerak ke Khlong Hae Floating Market
Kami tak pening-pening nak cari Tuk Tuk or Taksi
Sebab kami drive je sendiri.. Malas nak pikior dah
Yang pastinya, kalau korang ke sana
Sila kunjungi Floating Market nih
Memang menarik ke baaaa bommmmm
Semua sedap... tayah tanya apa sedap~
beli je semua.. muhahahahha~
Seberang sanalah floating marketnya
Ni market baru nak start, kami dah sampai
Lapar lepas mengurut
Adik manis pandang camera
Kakak cantik terus shoot je lah~
Otak-otak
Makan kalau rasa tak berotak
Squid with egg nih memang kena makan
Sedap! Waahhhh... macam nak pegi lagi je
Hi kak.. maaplah.. akak pening kepala ke akak selsema?
Agar-agar
Ni aku tatau apa.. tapi cantik kan?
Telur burung puyuh..
Pad Thai.. mohon cuba
Kerabu mangga
Kenapa semua sedap ni?
Ayaq kelapa dalam buluh
#BuluMataDalamKenangan
Lai lai.. murah murah
Sedap sedap
Dah petang sikit, umat manusia semakin ramai
Mostly from Malaysia
Kami pun sempat berborak dengan few Malaysians
Nampak tak tu Mango Sticky Rice
Saya tak sempat makan.
Cool ar dia nih.. nampak hakak nak tembak dia terus kasi peace kat hakak~
Jom pulang lah~
Dah kenyang, jalan tak ingat kawan
Daun pandan dia jual lepas gulung cantik² macam bunga tu
Malam kedua.. Kami lepak dekat Central Festival, Asean Night Market & Greenway Shopping
So, tak amik gambar.. Sibuk cari barang Little Pony yang Cik Auni pesan
Oke.. itu je la trip kitorang ke Hat Yai.. keesokannya, kami gerak ke Penang pula.
Gambar kat Penang tak banyak.. tapi boleh la.. nanti aku share
Sekarang, aku rasa nak benam kepala dalam bantal je nih~
No comments:
Post a Comment