Monday, June 04, 2018

[ Travel ] - Day 2 - Ke Cotswold Lah Kita


Setelah Day 1 yang tidak banyak mana cabaran
Day 2 kami diuji lagi .. Tube delayed.. Hahahaha~
Gabra.. kalau tengok muka Pin macam da pucat.. 
Mau tak pucat, kitorang dah beli tiket train ke Cotswold.
Kalau terlepas kang, mahu nangissss juga nk beli tiket lagi..

Seperti biasa, tiada apa perlu dirisaukan.. 
Dengan izin Allah, semuanya berjalan dengan lancar..
Disebabkan masalah teknikal dan bukan di pihak kami, 
maka kami dibenarkan untuk naik train seterusnya
Cuma yang tak bestnya, time untuk bersuka ria di sana dah kurang sikit
Ingat one thing, semua ketentuan dah ditetapkan oleh DIA
maka, percayalah mesti ada yang baik untuk kita







Gambar di bawah ni adalah daripada dalam train, sepanjang perjalanan subhanallah, memang cantik weyh.. aku memang takleh tengok pemandangan-pemandangan cantik nih.. Kalau di Melbourne, aku disajikan lautan biru sepanjang perjalanan di GOR.. Kali ni perjalanan ke Cotswolds, aku nampak kehijauan dan  kekuningan tumbuhan.. Maaf ler, perak sikit.. hehehhee.. 



 Train kami berhenti di Moreton-in-Marsh, dan lepas tu, kami tercari-cari juga, mana nak cari bas untuk kami pergi Bourton-on-the-Water.. Sementara kami membiarkan sahaja Pin buat kerja dia (iaitu tengok schedule bas), aku pun ajak la Niena buat photoshoot.. Hehehehe.. Kesian Husnina, dia pulak tak berapa sihat pagi nih.. Kena hujan semalam mungkin.. 




OK.. Pin dah berjaya dapatkan jadual bas, maka kita singgah dulu untuk nikmati segelas teh english.
The English Tea rasa extra sedap sebab suasana dan juga saja nak nampak sedap, nak suruh korang pun pasang impian untuk jejak kaki ke sana.. Hehehhehee.. 



Ok.. setibanya kami ke Bourton-on-the-Water, 
kami disambut oleh mak itik dan anak-anak itik yang comel nih.. 
Haishhh... pastu kitorang start la posing-posing.. 
Selamat menjamu mata la yer.. 







Kami teruskan perjalanan kami ke The Model Village.. Apa yang menariknya adalah tempat ini adalah mereka create replika kampung Bourton-on-the-Water nih dengan skala 1/9 .. (aku dah google.. hahaha) dan nampak real weyh... Sungai tempat kitorang posed, gereja, kedai aiskrim.. samaaaaa~~~ dan tempatnya sangat bersih.. Kami sempat jumpa Malaysian di pintu masuk dan juga di dalam Model Village nih.. 





Ok.. dah puas posing dan merapu kat dalam tu, kami keluar berjalan-jalan di luar pula.. On the way nak pergi jumpa Shawn the sheep.. Tapiiiii... sebelum sampai jumpa Shawn.. tengok lah dulu perangan berebut telefon ni dulu.. hehehhe.. trademark kan pondok telefon nih, tapi sayangnya, dah agak usang dan terbiar.. 







Ok.. aku kongsi 2 gambar jer dengan bebiri tuh.. aku panggil² Shawn takde yang menyahut.
Mungkin dia kat sekolah tak balik lagi.. Maka kami pun meneruskan perjalanan kami ke tempat lain pulak... Haaa... Kalau berani, meh cuba Dragonfly Maze.. Kitorang tak cuba pun.. Amik gambar jer kejap.. buat syarat dah jejak kaki.. Hehehhee~



Ok.. macam biasa..  malas nak menaip.. 
Sila jamu mata

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya yer.. 
ikutlah nak guna whatsapp ke ape ke.. 
Kalau sempat, saya jawab.. Thank You~





Ok.. Time to go back.. dan sekali lagi kami diuji
TRAIN DELAYED LAGI~!!!!!

Dah la sejuk bagai nak rak weyh... 
Aku mana tahan sejuk.. 
Ada korang tengok sepanjang aku travel, 
aku gatal² nak main snow? takde kan?

Huwaa.. ni la puncanya.. 
Gua tak tahan sejuk.. 
Next trip aku akan wajibkan diri sendiri pakai glove
Cuaca tak menentu di sini, maka kena sentiasa ready~




Ok.. sempat amik gambar railways sebelum keluar announcement jangan cross yellow line.. 
Muahahhahahhahaha~~~~


Tambahan : Untuk dinner, Pin keluar jumpa kawan dia. So, aku dan Niena pergi cari makan di Bayswater jer. Kedai yang kami serbu = Noodle Oodle. Dijamin HALAL
Dan memang ramai orang Melayu pun waktu kitorang sampai tuh. Sorry, takde gambar makanan. 
* Kalau aku jumpa nanti aku update *



Ini video pendek 1 minit sahaja untuk tatapan korang.
Lain-lain video disimpan untuk tatapan peribadi kitorang sahaja.. 




Tunggu next entry : Trip to Manchester

[ Travel ] - Day 1 - Hello Kota London



Hi guys, do i need to write in English just because this entry is all about my trip to London? 
Just kidding.. Aku akan tulis dalam bahasa Melayu buat sementara waktu sebab aku tahu English aku bakal jadi bahan ketawa korang kalau aku teruskan juga. Ok, just shut up and read!

Sebenarnya perjalanan kami ter-lari sikit daripada jadual sebenar 
dan itinerary kami juga terpaksa di-lintang-pukang-kan sedikit 
kerana ada isu berkaitan dengan flight kami. Tapi semua tu tak jadi isu besar.
Semua benda boleh setel lah.. Mental je kena ready.. 
Nak jadi traveller, kena la kental sikit kan?







Snack ni adalah snack lazat enak berkrim dan disukai oleh aku. 
Dah makan, make sure kena ada air.. sebab ade rasa pedas² sikit.
Kebetulan, Allah uji aku waktu nak ke London, aku batuk dan takde suara.
So, banyak air yang aku terpaksa minum sebab tekak aku sakit
( padahal order air coke... puiiiiii.. tak sedar diri )
Hehehhehee.. aku order tu sebab boring la asyik² plain water jer.. 



Perjalanan kami menaiki Oman Air, maka ada lah transit sekali di Muscat dan tak lama pun nak tunggu, kitorang dah nak kena teruskan perjalanan kami. Sedikit teruja lah dapat singgah kejap visit airport cantik, mewah dan gah ini.. Nak cite la sikit, sebenarnya aku kena marah 1 kali dengan tok arab ni sebab tak perasan dia nak lalu, come on la, ko kat belakang aku, mana aku nak nmpk, tak sampai ilmu Marcelo ada mata di celahan rambut dia lagi lah weyh.. lagipun pada aku lah kan, tok arab tu  tayah nak marah pun, cakap je la "excuse me" kuat², kalau dia cakap 'Ya Habibi.. Ya habibi..', memang aku tak menyahut la kan, sebab ingat dia panggil kekasih or bini dia.. Ahhh.. Apa-apa pun ini semua pengalaman.. Ok.. sambung menonton dalam flight dengan bahagianya..


Alhamdulillah kami selamat tiba ke Kota London sekitar jam  berapa ntah tak ingat la pulak.. Kalau diikutkan sempat saja kami melawat 1 2 tempat kot or pergi amik beg pin di hotel dia.. Tapi, dugaan kedua kami adalah di immigration pulak..  panjang ya amat line-nya. Adakah disebabkan ada London Marathon 2018 (22 April 2018)? Kami pun tak pasti.. Tapi ok la, waktu beratur tu, diorang siap sediakan sekali air mineral.. Takde la kering tekak aku.. 

Selepas selamat semuanya, kami berjejak kasih dengan Pin.. Then, dia bawa kitorang ke AirBNB kitorang, aku nak cerita pasal AirBnB ni, tapi kang entry aku akan jadi panjang gile nak mampus, OK Skip!!! Tapi untuk peringatan aku di hari tua kelak, uncle Italiano berjaya membantu kami.. 

Cuaca hujan dan agak kesejukan sebenarnya, dan perut aku sangat lapar. Aku minta tolong diorang temankan aku untuk cari makan. Lokasi rumah Airbnb kami kebetulan tak jauh daripada Bayswater yang dikatakan ada banyak restaurant halal, tapi disebabkan agak lewat, kami tak banyak pilihan. Makanlah aku kebab di malam hari untuk mengelakkan perut aku meragam di sana. 

Nama Restaurant : Taza Kebab House
Anggaran kos : £3 - 4.50

Kemudiannya, kami pulang ke bilik untuk bersihkan diri dan tidur. Esok mahu jalan-jalan lagi kan?


Ok.. matahari pagi sudah memanggil-manggil. Masa untuk keluar dari sarang.
Disebabkan dah malas nak menaip dan bercerita. 
Boleh tak aku suggestkan korang tengok video 
4 minit aku yang aku letakkan di bawah sekali entry aku nih.. 

Hope you guys enjoy the video lah.. hahahhaha.. 
Jangan tanya pasal budget sangat
sebab trip kali ni more to "Beli dan Makan Je"











Ok.. untuk dinner untuk 2nd night di Kota London.. 
Kami menikmati Burger & Lobster.. Sedap!
Kat Malaysia pun ada, tapi aku tak pernah try.
Maybe one day, leh cuba-cuba rasa.



Jumpa lagi untuk entry Day 2 - Moh ke Cotswold Kita 

Wednesday, May 30, 2018

[ Football ] - The Footsouls - Mixed Football Session


Hi korang. hari ni macam nak buka cerita baru la sikit
Asyik-asyik travel je, nanti orang ingat aku tak kerja pulak kan
Oh.. ingat aku tak kerja tu ok lagi, 
tapi kalau dah ade orang ingat aku duit ada juta-juta dalam beg travel aku,
naya la pulak kan.. huhuhu~

Entry ini wujud hasil daripada ke-gian-an tahap gaban
Sungguh gian sebenarnya nak main football 
sebab dah lama gila dah tak sarung boot bola nih
Kasut pun nampak berkilat sebab aritu dah siap cuci and sental kow kow.. 
( nmpk sangat sebelum ni malas cuci boot ) #Whatever
Dan keterujaan nak cuba padang di Ardance Arena, Setia Alam juga
salah satu punca untuk up-kan entry ni.




Boot ADIDAS size UK3 ini disponsor oleh diri sendiri
dan dibeli di JPO sekitar 2 tahun lepas. 
#MasihBerbakti #TakdeOrangNakSponsorKe 





Baru masuk padang dah blur ke macik?
Position : *Lost*









Kalau orang lain angkat kaki camni, mungkin dah foul
Tapi disebabkan kaki aku sama level dengan perut orang jer (bukan muka)
Mungkin tidak membahayakan.. so... no foul.. 


Thanks The Footsouls for inviting me for this wonderful game




Check out and follow instagram : 

The Footsouls ( @thefootsouls )
Photographer : The Nin Photography (@theninphotos)


Tuesday, April 17, 2018

[ Travel ] - My Trip to Phuket - Day 1





Pengalaman pertama aku naik MAS Business Class
Memang berbeza lah kalau nak dibandingkan dengan Economy Class kan?


Setiba di sana, kami disambut oleh kawan si Fazz ni iaitu Cik Fara
After that, kitorang terpaksa berpisah kejap sebab Fara ada hal
So, Pak Supir kami pada hari tersebut adalah Mr Somsak


1st tempat kitorang visit adalah Mai Khao Beach
Apa aktiviti kitorang dekat sini?
PLANE SPOTTING
Menarik la jugak pada mereka yang nak amik gambar dengan kapal terbang
seperti gambar di bawah






Abaikan muka aku yang terlebih excited nih.. Biasa la..
Diat ya... jaik na perangenya eh..
Hahhaa.. ada aku kisah.. Jarang-jarang nak amik gambar cenggini weyh


Dengan pantai yang putih bersih, air laut biru kehijauan,
kapal terbang AirAsia plak tu.. dan ada kawan gila kat sebelah


Lepas berjam-jam kitorang spent masa menghitamkan diri
sambil menunggu kapal terbang muncul di atas kepala,
kami pun bergerak ke Trisara untuk bertemu kembali dengan Miss Fara


Alhamdulillah.. sampai je kami di sana..
kami disajikan lunch yang sangat menarik.. Serious tak tipu..
Acu tengok gambar kat bawah nih...














Burrppp.... syukur... kenyang seharian
Sambung sesi photoshoot kitorang di Trisara ni pula
Just untuk info, Trisara ni terletak di Nai Thorn Beach
Pantainya cantik sebab it's have a private beach 
Aku share video je la untuk tontonan korang yer
Video biasa-biasa jer.. just untuk kenangan kat sana





Habis urusan di Trisara, kitorang terus ke hotel untuk Check-In
Aku rasa aku lupa nak amik gambar bilik, korang google je la yer
Kami stay di Millennium Resort Patong Phuket


Lepas berehat dan bersihkan diri, ready pula untuk ke Bangla Road
Makan area Patong Road then baru ke Bangla Road


Ok.. Tu je la kot aktiviti Day 1 kitorang
Gambar aku tak share banyak melainkan food tadi
Sebab sedap.. hahahha..


Kita tunggu la entry Day 2 yang ntah bila pula aku nak update