Kali nie, aku kena tag ngan kak Yong la plak
So, inilah dia hasil tag itu...
#1 describe 10 things about the person who tag u
1. dia kakak sulong aku
2. dia sgt ske membebel..
3. ske membaca. dia bc novel omputeh xsmp 1 hari, aku baca 1 tahun blom tentu abes
4. dia sgt tak malu, sbb nk mintak kete MyVI aku.. wakkakaka.. tp nnt bulan 4 aku kasi yek.. sabar!
5. dia banker aku selain ayah ummi wkt aku blajar dulu.. hahahaha~
6. wpun dia ske mbebel, tp dia sporting..
7. guru yg berdedikasi... ( ye ke? )
8. waktu kecik2, dia ske isap jari, smp jari dia kecot dulu.. wakkakaka.. auta!!!!
9. dia yg kuat majuk, tapi sibuk ckp abg salim yg kuat majuk.. ( kesimpulan, mmg diorg ske majuk... wakakkaka )
10.dia kuat tido.. tapi tak kisah ar dia ske tido ke kuat tido ke, yg penting... dia tetap KAKAK aku!!!! sayang kak yong!!!
#2 describe 10 things about you
1. aku budak wangi
2. Mempunyai ayah dan ummi yang paling hebat di dunia, kakak serta adik-adik yang sporting!
3. part time photographer.. aku ske amek gambo..
4. agk degil, moody dan panas baran..
5. akulah pemandu paling berhemah di jalan raya~ lalalla.. check saman aku~
6. aku ske BLOGGING.. smpkan org da tak usha blog aku..
7. ske g cuba restoran2 / tmpt2 makan yg baru.. gerai pun wa layan, janji beshh~!!
8. aku ske FUTSAL.. tp da lama gaks aku rehat..
9. ske bjalan a.k.a melancong..
10. malas tahap gaban
#3 at the end you need to choose people to be tagged and list their names.
1. kak esah
2. pejal
3. elis
4. qusam
5. sarah syazwani
Thursday, March 19, 2009
Monday, March 16, 2009
Happy Birthday Kak Ira!

Happy Birthday, wish you were here,
Happy Birthday, wish I was there,
Happy Birthday, my dear,
Happy Birthday, I say with care.
Happy Birthday My Lovely Sister
Ira Yuliati Norzam
14 Mac 2009
It's your 27th birthday
i hope i still be your naughty sister
until i die...
I can't wait to see baby ira
she / he will be a new happiness for you and syed
and I wish for your happiness, prosperity and loves..
-lot of loves from me, aizuemi-
Wedding Nosa dan Shahrul
tq for inviting me
brani ko tak invite aku
nyaknye ar mung kalo dok ajok..
anyway tahniah buat member rapat aku
Norshareda & pasangannya Shahrul
( ila + sham.. hehehe.. dok seke last2 shahrul dpt ke Nosa.. )
alhamdulillah,
walaupun hujan
segalanya berjalan dengan lancar
kecuali fotografer diorg yg datang lewat 2 jam
dgn alasan 'sesat'..
'Ya Allah, jauhkan aku daripada mengalami masalah sebegini'
karena aku juga kadang2 seorang fotografer..
muka pengantin time tu mcm nk terkam je fotografer tu
tapi sabar.. takkan nk ngamuk di hari bahagia..
tul tak shahrul?
and one more thing..
aku pelik dgn fotografer tu..
bukan aku nk kutuk hasil kerja dia
sbb aku sendiri pun tak pandai2 lagi amek gambo yg cantik..
tapi aku tetap nk cakap, aku sangat2 hairan bin ajaib
kenapa tiap kali dia nk amek gambo
dia tak ske pengantin lelaki senyum
'pengantin lelaki, jgn senyum...'
pose ala2 macho gitu..
kenapa dia nk jahanamkan saat2 bahagia pengantin...
wpun korang tlg jwb bg pihak dia yg dia ada reason dia sendiri..
aku tetap tak stuju...
tak perlu kontrol macho utk semua gambar..
1 2 gambar takpe..
ni kalo sume gambo,
terasa cam si pengantin dipaksa kawen plaks..
takpe la.. abaikan~!
jom layan sekeping dua gambar....
Friday, March 13, 2009
And her name is iynz
and diz is my iynz..da lama aku beli kete ni
Januari 2009
tapi baru skrg aku kenalkan iynz
kenapa?
ske ati aku ar.. kete aku...
knp nama dia iynz?
( tak tak.. jwapan dia bkn ske ati... anda silap)
jawapannya...
Lu Pikir La Sendiri~ ahaks~
Isi perut iynz..yg tak pernah aku intai selama 2 bulan ni...
selama ni aku suh je Mekanik Perodua
utk godek2..
Sian iynz...
Dalam kesibukan aku mandikan iynz..
tetiba datang segerombolan budak
6 orang je pun..
tanya ade spanar ke tak..
aku bagi spanar, tapi size tak kena
rupa2nya bebdak ni member skolah si Danial
ade lagi budak yg supan dan berbudi bahasa
tatau la kalo dgn aku je diorg supan..
tp diorg datang2 bagi salam pangge aku Pacik..
ada gaye orang tua sedang cuci kete ke aku tadi?
k la adik2.. semoga kesopanan teras kejayaan korang
jangan jadi mat rempit plaks lepas ni


Thursday, March 12, 2009
Talentime

Sebuah pertandingan pencarian bakat mempertemukan dua hati - Melur, seorang gadis Melayu kacukan dengan seorang pelajar lelaki berbangsa India, Mahesh. Melur, dengan suaranya yang merdu, bernyanyi sambil bermain piano adalah salah seorang daripada tujuh finalis pertandingan Talentime sekolahnya, di bawah kelolaan Cikgu Adibah.
Begitu juga Hafiz, memikat dengan bakat nyanyian sambil bermain gitar, yang membahagikan masa antara persekolahan dan bersama ibu yang dirawat di hospital kerana menghidap tumor otak. Ia bermula selepas Mahesh, antara pelajar yang ditugaskan menjemput finalis ke sekolah bagi menjalani latihan, menghantar surat pemberitahuan lulus ujibakat ke rumah Melur. Rupanya yang kacak memikat hati gadis itu. Di awal perkenalan, malapetaka menimpa keluarga Mahesh apabila bapa saudaranya, Ganesh yang menjaga keluarga itu sejak ketiadaan ayah, mati ditikam di hari perkahwinannya.
Melur, menyangka sikap membisu Mahesh kerana sedih dengan tragedi itu, berang apabila terus tidak dipedulikan. Dia bagaimanapun kesal selepas diberitahu oleh Hafiz mengenai keadaan sebenar Mahesh.Itu merubah persepsi Melur terhadap Mahesh. Begitu juga Mahesh yang menyenangi kehadiran gadis itu yang sering mengungkapkan puisi indah. Mahesh, menyedari perhubungan itu akan ditentang, menyembunyikannya daripada pengetahuan ibunya yang masih berduka di atas kematian Ganesh. Namun, rahsia itu terbongkar dan Mahesh dipukul di depan Melur sendiri. Cuma sehari sebelum berlangsungnya pertandingan, apakah Melur cukup gagah untuk menyanyikan bait puitis lagunya ketika hatinya sedang sengsara mengingatkan Mahesh? Bagaimana dengan Mahesh yang bertemu cinta pertamanya? Di malam Talentime, segalanya terungkai.
itulah sipnosis bagi cerita talentime. aku telah menonton tayangan filem ini pada 10 Mac 2009 lepas di Dewan Sri Budiman (DSB, UiTM), and as a Yasmin Ahmad's Movies Fan, aku ucapkan tahniah sekali lagi kepada Yasmin kerana memberikan satu cerita yg menarik utk dipertontonkan. wut a nice movie~! thumbs up~!
Tahniah kerana talentime nominated SIGNIS Award at the 33rd Hong Kong International Film Festival, baca la cerita selanjutnya di blog Yasmin
Subscribe to:
Posts (Atom)




