Monday, February 27, 2017

[ YLP ] - Okinawa Meteorological Observatory



Saja buka cerita pasal Young Leader Program (YLP) 
Tahun 2015 punya cerita nih

Anggaplah sambungan daripada sinetron
yang entah bile akan jumpa kesudahannya
Ahaks~



Bangun pagi-pagi gi jogging di Naha Shintoshin Park
Sempat la kasi peluh sikit
Abaikan muka aku yang selebet tahan panas 
dan muke nak senyum tapi tak berapa nak ikhlas tu


Lepas tu, aku terus bersiap dan kami akan bergerak ke OIC
Paginya ada Opening Ceremony which is aku tak sure apsal 
aku takde gambar langsung pasal Opening Ceremony nih


oke.. aku terus continue je la ek.. 

Pada hari ini
our first official visit to Okinawa Meteorological Observatory
Sepanjang lawatan kami di sini,
kami ditemani oleh Yasumura-san (nama manja : Atuk), 
Otsubo-san dan Sajima-san
Atuk adalah wakil daripada OIC
manakala Otsubo dan Sajima adalah wakil daripada Fujitsu


Setiba kami di sana, kami disambut oleh seorang pegawai mereka
Kami diberi sedikit taklimat dan penerangan berkenaan dengan weather forecasting,
peninjauan/penaakulan menggunakan peralatan seperti belon, penyukat angin dan hujan




Actually penerangan adalah dalam bahasa Jepun
dan akan ditranslate sepenuhnya oleh Atuk Yasumura-san (with the cap)
Macam gambar di bawah ini, masing-masing tekun
mendengar explaination daripada beliau
Tapi yang paling beria, waktu kawan tu cakap Jepun pun kitorang still beria gaks~
Fuhhh... macam paham bahasa Jepun.. Hehehhee~






Selain daripada weather forecasting
Kami didedahkan dengan penggunaan teknologi
dan cara pihak mereka menyalurkan amaran kepada natizen
eh.. citizens.. ahaks~ 
Amaran adalah berkaitan natural disaster Tsunami, gempa bumi atau thypoon
Dan paling penting, maklumat perlu disampaikan dengan segera

Semangat akak kat bawah nih bagi penerangan
dan nampak tak aku kat depan tu?
alaaa.. yang acah-acah mendengar dengan tekun tu
Sedangkan gua rekod je ape dia cakap
balik hotel baru aku dengar balik
Sempoiiiii~




Dan sebelum balik, kami tangkap group photo sikit lah
Korang nak kenal Otsubo-san?
Gambar bawah belah kanan yang acah² nak melutut tuh
Ntah apa motif ntah.. Motif sangat~




Habis trip, kami terus bergerak balik ke Hotel
dan bersiap-siap untuk aktiviti bebas kami
Petang ini, kami decide nak visit Ashibina Outlet Mall
Kami naik train dari Omoromachi Station





Keadaan dalam monorail
Semua senyap sambil tengok handphone or baca buku
Sepanjang perjalanan dan nak hingaq pun takut
Stop dekat Naha Kuko then naik bas sampai Ashibinaa








Ok. Kebetulan aku tengah jengjalan
Ade student yang tengah praktis menari kat tepi mall ni
So, aku pun lepak la kejap .. layan sket~~




Lepas tu.. kitorang balik.. Naik bas.. 
Dan aku akan sentiasa ingat pengalaman naik bas di sini reramai
Sibaek gua turun awal.. Ahaks~


To be continued ........






No comments: