Tuesday, December 27, 2016

[ Vacation ] - Trip Instant Friends ke Hat Yai - Day 1 Part 1


A year back
Aku pilih Singapura sebagai destinasi percutian akhir tahun
So tahun ini Thailand pula menjadi pilihan


Which part of Thailand?
At first, aku rasa nak driving ke Krabi
Tapi memandangkan ini pengalaman pertama
untuk cross border Malaysia-Thailand
Maka kami tukar plan
daripada Krabi (5hours drive from border)
Moh kite ke HATYAI

Kami pergi bertiga jer untuk trip ni


Kami mulakan perjalanan daripada Shah Alam sekitar jam 11 malam
after having our late dinner
and selepas cuba mengawal segala drama Cik Auni n Mika Adi
barulah dapat bergerak dengan bahagianya
( and again.. saya keluar ni dengan izin Incik Suami.. toksah banyak bunyik )


Dengan menaiki Cik Beyjah
dan singgah cuma 1 perhentian dan 1 kali pam minyak
Sekitar 6 jam jugak la perjalanan untuk kami sampai ke Padang Besar.
Memandangkan gate immigresen pun belum buka
Maka kami amik keputusan untuk pejamkan mata dulu
Biarkan Yana selaku projek manager dan trip planner lakukan tugas dia.
Memang betul dia buat kerja, tepat jam 6 pagi waktu Msia
Pintu gate buka, dia terus kejutkan aku dan Niena dengan terkejutnya
Gua dengan blur², muka cam tenuk baru bangun tidur
Terus start enjin and gerakkk
FYI, semangat tak semangat, kami adalah kereta kedua yang cross border tu
Depan kitorang ade bas.


Sampai kat kaunter immigresen tu, parking kereta kat tepi
Korang kena turun kereta, bukan lepak² beratur dengan kereta korang tau.
Pastu sila pastikan korang amik dan isi Arrival Card
Passport jangan lupa pula yer
Untuk yang bawa kereta, ada 1 borang (2salinan) yang korang kena isi
( Borang Pengisytiharan rasanya )
Kat kaunter tu dia akan bagi. Tapi kalau korang boleh minta awal, then mintak la awal.
Pastikan juga korang bawa geran kenderaan sekali
Ada blog yang tulis perlu disahkan oleh Balai Polis
tapi aritu, aku tak ingat so cuma geran tu disahkan oleh kasih sayang aku je
Alhamdulillah, lepasssssss~~~~


Ringkasan Dokumen :-
1) Passport
2) Geran Kenderaan
3) Arrival Card
4) Insuran Thailand - ini aku tak beli. Serius aku tak hengat



Alhamdulillah, sambil lompat-lompat katak
Kami dah berjaya cross the border
Diorang tak check apa sangat kot


1st destination kami nak tuju adalah Ton Buri Elephant Camp
yang terletak sekitar Ton Nga Chang Waterfall
Mujo ade WAZE.. perjalanan ke sana memang mencabar
dengan hujannya... Fuhhhhh~~~~
Sibaek tak jatuh absorber Cik Beyjah


Perut lapar.. kriookkk kriookkk 
So, singgah la ke 7-eleven jap
Plus Yana nak beli simcard Thailand

Gua nampak ade karipap dan HALAL
maka beli la seketul sorang
Macam ajaib plak aku cuma makan sebijik karipap
( fav aku nih, patut beli 5 biji aku sorang.. hahahhaa~ )
dan aku sambar la Meiji Banana tu 1

Nah.. simple breakfast

Cerita pasal simcard thailand pula
7eleven tak jual
Tak pasti kenapa sebab tak paham apa diorang cakap
So, berbekalkan iman di dada
dan nur sebagai panduan
maka kami teruskan perjalanan





Akhirnya kami berjaya sampai ke lokasi
Namun, agak mengkonpiuskan 
Apabila kami tanya pasal CHANG, pacik tu siap cakap Mei Liao
Tapi dia bagi kitorang naik ke atas area Ton Nga Chang Waterfall tu
Serious cantik.. tapi kul 7 pagi kot..
dan dengan hujannya, memang tak de la aku nak mandi kan


Sementara perasaan tengah huru hara sebab gajah takde
Aku sempat la tangkap 2 3 keping gambar jap
Pastu, dengan pantas kami buat keputusan untuk pergi visit 1 lagi tempat elephant ride
iaitu Chang Puak Camp


Why kami pilih Ton Nga Chang berbanding Chang Puak Camp pada asalnya?
Seeebaaabbbbb lagi murah, dan dia more to dekat-dengan-nature nye ride
Tapi memandangkan dah takde.. Nak wat camne.. 
Don't waste time.. Kita Move.. Move Moveee....




On The Way tetiba nampak sign board nih.. (rujuk gambar di bawah)
Alang-alang tu tanya la macik pacik tepi jalan tengah lepak tu
Memang betul la tempat ni dah tutup
Haram sekoq gajah pun tak nampak ghupa
Reason tutup : tak tahu sebab tak faham apa diorang cerita
Ok.. kami pasrah~





Memandangkan seketul karipap tidak mencukupi buat aku
Kami singgah di sebuah gerai halal tepi jalan
Aku tatau apekah nama makanan ini
Tapi aku suka.. Sedap sebab mangga tu banyak
Dappp uhhhhh~~~~





Lepas makan dengan muka selebet memasing bersetuju gerak ke Chang Puak Camp
dan OTW kami singgah ke kedai telefon untuk beli simcard juga
dan sukses. 50baht jer untuk 1 sim
AIS provider and we get 150MB free internet



Next Entry la pasal Chang Puak Camp.. kang panjang sangat..


Chow~!

No comments: