Tuesday, December 27, 2016

[ Puisi ] - Luka Penantian



Masih rapuh perasaan itu
Berbolak balik antara mahu atau tidak mahu
Jiwanya terasa seakan dipermainkan
Walhal di dada menaruh sejuta harapan
Tiada apa yang mampu dilakukan
Hanya menanti sebuah keajaiban

Akan dijaga sebaik-baiknya
Rasa CINTA yang sentiasa ada
Terpatri abadi di lubuk hati

Apa jua keputusan yang terencana
Apa jua pengorbanan yang dilalui
Pasti takkan diselimuti sesalan





Zuraiha Harris
Meja Kerja

No comments: