Monday, December 26, 2011

[ GOmen ] - Oh Rumah Pertamaku??!





Lai Lai Lai.. Jom beli rumah la kawan² ...
Orang laeen sudah beli rumah, aku belom lagi ...
Orang laeen sudah plan mcm², wa blom ade planning lagi ...
Haiyaaa... Manyak Susah~
Harga rumah sekitar Lembah Klang sudah naek maa..
Wa punye gaji naek sikit jer pun..
kalo naek 500, insyaAllah dpt la wa beli rumah² apa patot ..
( kalo kat sg petani, 500000 sudah lapat BANGLOW..
dkt sini 500000 baru lapat SEMI D okey )


( tambah : teres 2 tingkat pun ada harga RM680000 okwyyyy )


Beli Cloth Diapers pun wa pikir panjang ..
Kalo beli lumah, laaaaaaaaaaagi la wa pikir paaaaaaaaaaaanjang ..


Tapi... Untuk Kakitangan Awam atau lu orang ske pangge Olang Gomen ..
Lepas ini, mulai itu Januari 2012 .. semua cara manual xde guna lagi..
Semua isi borang thru on9 sajeeeee...
pastu terus hantar ke Bahagian Pinjaman Perumahan ..



Portal SPPB bagi Peminjam Harta Pertama [Klik Sini]
E-Borang bagi Peminjam Harta Kedua [Klik Sini]



Kaedah Permohonan Pinjaman Perumahan Online SPPB




Kakitangan kerajaan yang pertama kali membuat permohonan pinjaman perumahan, menerusi portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu, SPPB akan diberi kelulusan bersyarat dengan segera dan apa yang perlu mereka lakukan selepas itu ialah membuat bayaran wang pemprosesan dengan menggunakan nombor rujukan yang diberi melalui permohonan dalam talian itu. Urusan pembayaran wang proses juga boleh dilakukan secara online melalui Maybank2u dan CIMBClicks berbanding secara wang pos ataupun draf bank sebelum ini.


Para pemohon hanya perlu mencetak salinan permohonan mereka itu serta menyediakan dokumen-dokumen sokongan dan menyerahkannya kepada Bahagian Pinjaman dalam tempoh 14 hari selepas permohonan dalam talian dibuat.



Kebaikan Skim Pinjaman Perumahan SPPB




Melalui pelaksanaan Portal SPPB ini, antara kebaikan yang boleh dimanfaat bersama  baik BPP mahupun pemohon adalah:


  • Mempercepatkan proses kelulusan pinjaman perumahan Perbendaharaan; 
  • Mempercepatkan permohonan pinjaman dan memudahkan semakan pinjaman sedia ada; 
  • Mempercepatkan proses pembayaran wang proses melalui kemudahan Internet banking; dan 
  • Memudahkan pemilihan Insuran/Takaful dengan kemudahan Pengiraan Kelayakan Anggaran Bayaran Balik Pinjaman Insuran/Takaful secara online



Melalui portal itu, penjawat awam juga boleh membuat permohonan pinjaman perumahan secara online pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Portal SPPB itu katanya turut menyediakan perkhidmatan menyemak status permohonan, status pembayaran, baki pinjaman serta penyata tahunan.



Semua Permohonan Pinjaman Perumahan Online mulai Januari 2012!





Carta di bawah ini adalah gaji pemohon mengikut kadar kelayakan pinjaman seperti berikut:


sppb


Untuk kalkulator pinjaman, sila klik link di bawah nih :-







5 comments:

Sarah Syazwani said...

insya Allah..sooner or later dptla beli rumah..nk beli rumah aku x?? hahahaha

NM said...

lembab gak zue..kaklin nasib baik opis sblh je..tiap kali p kafe terjah kaunter dorg followup..kata 24jam lulus dgn syarat doc complete, sekali 7days jugak baru dpt result..huhu

aizuemi said...

sarah
ko nk jual ke uma ko tu? brapa? Rm120k? ON!!!!

kak lin
aiyok. sy lom pnh try, tu janji diorg la kan 24jam tu.. xpe, anything sy mintak tlg akk k?

sakura-chi said...

beli cepat zue..makin lama2 makin naik harga..kak diana pon pk mcm zu jgk..tp kena bli jgk..wat 10 tahun..bulan2 potong 1200++..sengkek siot..kna ikut perut makan nsi dgn garam sja lps ni..

nasib baik gaji naik dek spba xjd..jumlah loan pn naik..kalau tak kena tmbh wang beza..lagi yakbus salammmm

kak diana mohon guna sppp ni la..cepat ja..xsmpai smggu proses..lulus..

Adi Wangsa said...

Assalamualaikum.Apakah nombor akaun BPP jika ingin membayar wang proses menerusi Maybank2u?