Monday, November 14, 2011

[ Me ] - Makan Makan Makan!

Entry aku lately ni sume simple² .. sbb aku nye new philosophy  ( eceeehhh )

LIFE IS SIMPLE .. DONT MAKE IT COMPLICATED~

( ada yg ckp, hehee.. aku la yg pernah cakap tu.. Life Isn't Easy As U Think .. ahaks~ shut up.. change it to +ve quote la beb.. kepala asyik charge -ve jer, sbb tu idup lu x pnh happy )

Dan kita pun sedia maklum bahawasanya
ISLAM ITU MUDAH ..
so, pehal lak kita nk buat jd complicated dan SUSAH SANGAT~


Ok .. aku nak cite sket bab makan .. sebab ape yg aku perhatikan, atau dlm bhs omputehnye my observation .. aku nampak ade orang yg hidupnya hanya tahu tentang MAKAN MAKAN MAKAN .. mungkinkah dia memang dilahirkan untuk MAKAN? ahaks~ mustahil ! Sangat MUSTAHIL!


Sebab setahu aku, kenapa kita dilahirkan di muka bumi ini adalah kerana untuk beribadah kepada Allah SWT .. aku cakap? bukan aku cakap... 



وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلاَّ لِيَعْبُدُوْنِ.
“Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.” (Adz-Dzâriyât: 56)


Orait? betul kan? bukan aku yang cakap? dan lantaran dengan apa yang aku tulis ni .. ada satu sabda Nabi Muhammad SAW yang menunjukkan bahawa kita kena makan berpada² jer ... 



Rasulullah SAW Bersabda,  
“Tidaklah seorang anak Adam mengisi sesuatu yang lebih buruk dari perutnya, cukuplah bagi anak Adam beberapa suap untuk menegakkan tulang punggungnya, dan jika dia harus mengerjakannya maka hendaklah dia membagi sepertiga untuk mkanannya, sepertiga untuk minumannya dan sepertiga untuk nafasnya"



Tujuannya ayat di atas tu tak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mengelakkan umatnya daripada berpenyakit. Makhruh kalo makan terlalu banyak dan makan terlalu sikit , sebab 2 2 nya membuatkan lemahnya badan. Berpada² ..





Ada satu pesanan daripada salah seorang ahli ibadah iaitu :-

"Wahai para hamba, janganlah kalian banyak makan kerana kalian akan banyak minum lalu kalian akan banyak tidur sehingga akan terhalang mendapat banyak kebaikan dan kalian pun akan banyak yang rugi. Selanjutnya kalian akan banyak menyesal menjelang kematian."


Dengan ini, salah satu sebab kenapa kita sukar nak bangun mengerjakan solat di tengah malam adalah kerana BANYAK MAKAN .. selain daripada itu sebab²nya adalah terlalu memeras tenaga di waktu siang, melakukan maksiat dan "hot hot chicken poo" (HHCP) , maksud aku HHCP tu, bila kita terlalu push diri kita utk buat semua ibadah di malam hari tu secara mendadak, slowly man~ mulakan secara berperingkat, so dat kita tak rasa beban dalam beribadah... 


Oraittt... aku sebenarnya sadish la jugak bila terbaca ayat dari blogger ni, "Sesungguhnya manusia ditakdirkan hidup dunia ini bukanlah untuk bermain-main dan bersenang-senang saja. Jika manusia ingin bermain-main dan bersenang-senang saja, ia layak hidup bersama dengan hewan yang kehidupannya hanyalah untuk makan, minum, dan memuaskan nafsu." .. Takkan ar kita nak samakan diri kita dengan haiwan? Makan, Minum, Tidur, Layan Nafsu .. Nauzubillah .. 


Kerja aku hanya untuk berkongsi dan menyampaikan apa yg patut.. kalo rasa apa aku sampaikan ni hanya utk TEMBAK u ol, itu u ol punye hal .. aku mintak maaf, itu semuanya kebetulan dan tidak sengaja .. Yang penting, lu orang pikir sendiri la ape maksud ayat di bawah nih .. Sabda Nabi Muhammad SAW,



اللَّهُمَّ قَدْ بَلَّغْتُ.
“Ya Allah, sungguh aku telah menyampaikan (risalah-Mu).”


Aku cuma jalankan tanggungjawab aku untuk saling mengingatkan . Kalau aku salah, betulkan aku.. Sebab Sesungguhnya yang baik itu hanya dari Allah SWT , dan yg buruk tu daripada diri aku yg serba kekurangan ini.  Wasalam ...









1 comment:

Unknown said...

<3 <3
entry yg bagus! hehe..

wahh da tukar layout.. :D