Friday, October 14, 2011

[ Puisi ] - Kau Bukan Tuhan

Kau bercakap tentang esok, tentang lusa,
yang belum bermula,
yang takkan pernah pasti, yang mesti.

Jangan menuduh tanpa periksa,
kau fitnah tanpa bertanya,
kau hukum sebelum bicara.

Jangan sesekali kau terbayangkan tragedi itu.
Yang pasti tak kau teringinkan, kerana itu parah.
Yang akan menulang sebuah rasa, dan tersedar dan rela
Yang akan meneran sebuah impian, dalam diam kau kecewa.

Jangan dicantas rasa sebelum bermula,
jangan ditikam emosi sebelum pasti,
jangan ditarah jiwa sebelum ditanya,
jangan dibunuh cinta sebelum mencuba,

kerana kau bukan tuhan!


- Hasil FARED AYAM ...



Maaf .. aku salin dan tampal di blog aku..
Kerna aku suka hasil ini~

No comments: