Sunday, August 21, 2011

[ Me ] - Berani Terima Kebenaran?

Ehem.. blogging lagi..  Petang2 AHAD yg permai, angin bertiup sepoi2 bahasa.. Tatau la bahasa apa dia guna.. Aku tak berapa nak faham... Bukan tak berapa nak faham.. Memang aku tak faham langsung pun.. Aku duduk depan laptop sambil pintu rumah terbuka luas.. Seronok sungguh duduk di tengah hutan ini walaupun tak berapa nak permai da.. Akibat PENCURI KABEL yg sangat berleluasa.. 


Arghhh.. aku tak mau cakap pasal kisah pencuri kabel.. yg penting, aku akan tunggu apa lagi usaha mereka untuk membankrupsi-kan TM.. Dan kami MANGSA..


Aku terperasan satu perkara.. Bila kita bercakap benar, tak semua orang boleh terima.. Kebenaran itu memang PAHIT.. teguran bab AURAT, SIKAP, PERANGAI, TABIAT, FAHAMAN POLITIK, LIFE STYLE dan macam2 lagi, tapi aku rasa bila orang kutuk or telling the truth tentang SIKAP BURUK kita, dan mungkin cara kita menjalani kehidupan kita sebagai seorang yg BERAGAMA ISLAM akan membuatkan kita semakin high note melenting.. 


"Kau sendiri macam SETAN, ada hati nak nasihatkan AKU.." 
"Suka HATI aku la kalau aku nak buat ape pun, KUBUR ASING2 LA BRO.."
"Baik ko tarik balik ape ko cakap sebelum AKU BALAS DENGAN LEBIH TERUK LAGI.."
"Ko cakap mmg pandai, KO PUN SAMA jer.. "
"Depan cam BAAAAAAAAAAAIIKKKK, tapi aku kenal sangat kau tu..sudahlah.. HIPOKRIT!!!!"


Wow.. 
Hebat betul AMARAH kita walaupun bulan Ramadhan ini tiada syaitan mampu bertindak sebagai penghasut.. Rupanya da SUBUR benar BENIH AMARAH dan PEMARAH yg ada dalam diri kita nih.. Sombong dan Bongkak benar kita bila ditegur tentang kebenaran.. KITA.. ok.. KITA.. aku tak tujukan dekat KORANG.. aku tujukan perkara ini utk KITA.. Aku sedang DIMARAH kerana berkata benar dan juga aku pernah MARAH apabila ditegur tentang yg benar .. itu kebenaran.. 


Aku bukan seorang yg MULIA.. aku mungkin HINA di sisi NYA namun sentiasa memohon dan  mengharapkan pengampunan dan hidayah daripadaNYA.. aku menagih pada NYA agar diberikan kekuatan untuk berubah menuju ke jalan yg diredhaiNYA.. aku merayu pada NYA agar sentiasa membantu aku dalam menjalani kehidupan ini.. Amin..


Kalau aku BODOH, maka takkan selama-lamanya aku nak BODOH..
Kalau aku JAHIL, maka takkan selama-lamanya aku perlu JAHIL..
Kalau aku HINA, maka takkan selama-lamanya aku terus HINA..
Kalau aku BANGANG, maka takkan selama-lamanya aku harus BANGANG..


Cara kita berfikir yg akan menentukan KEBAHAGIAAN HIDUP kita.. kebahagiaan kita bukan terletak di tangan SUAMI , ISTERI , AYAH , UMMI , KAKAK, ABANG, ADIK,SAUDARA MARA, SAHABAT HANDAI, WANG RINGGIT atau HARTA kita.. Kebahagiaan pastinya terletak pada AGAMA dan bagaimana kita menikmati KEHIDUPAN kita dan senantiasa MENSYUKURINYA..


Wuallahualam..



Hurmmm.. aku kah yg menulis ini? YA! Bukan entry FAKE yg aku SALIN DAN TAMPAL.. Tahniah AZUE.. Bukan sedang HIPOKRIT, cuma sedang menyedarkan diri sendiri.. 


p/s : Masih ada peluang untuk kita berubah .. InsyaAllah..


No comments: