Monday, August 08, 2011

[ Futsal ] - Kejohanan Futsal Ramadhan Piala Figos 2011

Sempena bulan Ramadhan ini, Figos menganjurkan satu kejohanan khas iaitu Kejohanan Futsal Ramadhan Piala Figos 2011 yang akan berlangsung di Sports Planet Ampang pada hari Sabtu, 20 Ogos 2011. Kejohanan yang terbuka kepada pasukan Kategori Lelaki ini diadakan pada sebelah malam dari pukul 10.00 malam hingga 3.00 pagi hari berikutnya. Johan akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,500.

Setiap pemain dalam pasukan perlu menjadi peminat laman Facebook Kelab Peminat Figos Malaysia dengan LIKE laman tersebut. Sila lampirkan Profil Facebook kesemua pemain pasukan semasa menghantar borang penyertaan kejohanan.

Yuran penyertaan adalah RM160 dan tarikh tutup penyertaan pada 17 Ogos 2011.

Keterangan lanjut serta syarat kejohanan boleh dirujuk dalam borang penyertaan yang boleh dimuat turun di bawah.





No comments: