Wednesday, February 02, 2011

[ Help!!!! ] - Darah Anda Diperlukan~! Bukan DARA anda..

Semalam aku ade dapat email daripada Pejabat Pendaftar berkenaan dengan perkara di bawah. Kepada sesiapa yang boleh membantu, diharap dapat membantu. Apa salahnya kita membantu insan-insan yang memerlukan, mana tau, satu hari nanti, kita pula memerlukan bantuan orang lain, orang akan tolong kita pulak. 





RAYUAN DERMA DARAH BAGI SUAMI PROF. MADYA HAJAH SABARIA BINTI HASSAN (FSPU)


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman, Y.Bhg. Datuk / Dato’ / Datin / Prof. / tuan / puan suami kepada Prof. Madya Hajah Sabaria binti Hassan iaitu Encik Wan Rosli bin Wan Abdullah sekarang sedang dirawat di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) dan amat memerlukan bantuan segera.

3. Sehubungan itu, amatlah diharap semua staf Jabatan / Bahagian / Pusat / Unit / Fakulti di bawah seliaan Y.Bhg. Datuk / Dato’ / Datin / Prof. / tuan / puan dapat menderma darah bagi menggantikan darah (semua jenis darah dialukan) yang telah digunakan oleh suami Prof. Madya Hajah Sabaria binti Hassan.

4. Kepada sesiapa yang ingin menderma bolehlah terus ke:

Level 5, Subang Jaya Medical Cntre,
No 1,Jalan SS 12/1A
47500 Subang Jaya.

5. Segala kerjasama dan sumbangan Y.Bhg. Datuk / Dato’ / Datin / Prof. / tuan / puan diucapkan ribuan terima kasih. Semoga Allah S.W.T membalas dengan sebaik-baik balasan dan mendapat ganjaran daripadaNya.

Sekian, terima kasih.


KAMARUL AINI BIN HASSAN BASRI
Penolong Pendaftar
Bahagian Perhubungan dan Kebajikan Staf

No comments: