Lama sudah tidak ke Jakarta
Dan sebenarnya aku ke sana pada bulan April 2017 baru-baru ini
Travel ke sana bersama Niena
Aku dah lupa sedikit sebanyak itinerary aku
So, korang baca je la apa yang aku nak share ni
Daripada Soekarno-Hatta International Airport
Aku decide nak naik bas je untuk ke Kota Tua
Aku naik bas DAMRI dan aku beli tiket ke Mangga Dua
Harga dia tak mahal pun, baru Rp.40.000 je
Cerita sikit pasal penginapan aku selama 2 malam itu
Aku menginap di hostel ni --> TEDUH HOSTEL KOTA TUA
Seriously aku memang suka la hostel nih
Walaupun at 1st berpusing-pusing juga la cari
Sampaikan Abang Bakso tepi jalan pun dah kenal aku
"Mau ke mana?"
Aku tunjuk nama hostel ni, dijawabnya "Barangkali di sana"
Tayah nak barangkali sangat la
Saya da 12 kali pi mai pi mai tang situ
Rupanya kena lintas jalan sikit
Oh.. kenapa huru hara dan berpusing²
Sebab aku eksyen tak beli data roaming
Dan tak beli simcard
Oke.. semua gambar daripada google ye
Saja nak bagitau, walaupun tak penting
Gambar ketiga tu tempat lepak sambil main gitar sumbang
OK...
Selepas check in ke hostel
Aku decide jalan-jalan sekitar Kota Tua
Sementara tunggu Niena sampai daripada KL
Apa kata aku ronda-ronda je dulu
Waktu sibuk cari Hostel tadi
aku banyak keluar masuk Stasiun Jakarta Kota
atau lebih dikenali sebagai Stasiun Kota
Andaikata mahu aku komen tentang kebersihan
Aku rasa tak perlu lah kerna kita masing² sedia maklum, ini Jakarta.
Dan untuk pengetahuan korang, dalam ni ade beberapa tempat makan juga
seperti KFC, Starbucks, Rotiboy dan lain-lain
Kalau di Kota Tua Jakarta, ini adalah landmark atau ikon nya iaitu Museum Fatahillah
Padahal nama sebenar Museum ini adalah Museum Sejarah Jakarta.
Di hadapan nya ada dataran, pelbagai aktiviti boleh dilakukan
macam gambar belakang aku tu, diorang amik kesempatan untuk kayuh beskal
Di sekitar Taman Fatahillah nih, macam-macam character yang akan korang jumpa
Di sekitarnya juga ada karyawan sedang mempromosi hasil kerja mereka
Aku cuma memandang dan snap je lah apa patut
Di sekitarnya masih ada beberapa lagi Museum
seperti Museum Mandiri, Museum Wayang, Museum Bank Indonesia
Tapi .. aku tetap berkeputusan hanya untuk berjalan saja sekitar Kota Tua ini
Di Museum Wayang ini, kalian akan didedahkan dengan sejarah wayang
Kisah Ramayana, Mahabarata.. Puppet's show.. Gamelan..
Ini antara tempat yang dicadangkan untuk pergi kalau dah tiba di Kota Tua
Tiket masuk cuma Rp5000 sahaja
Budak² under 5 years old gratis (FREE) ya~
Ok.. aku rasa dah penat seharian berjalan
Aku balik ke hostel dan tunggu Niena di sana
Around jam berapa ntah minah ni sampai
Dah sampai .. terus g cari makan.. isi perut la dulu~
Ada kedai sedap dekat area Taman Fathillah tu
Bakso Ojolali
Bakso dia meletup weyh... Memang terbaik giler nak mamposss
Lepas makan, kitoran pusing-pusing lagi usha Kota Tua di waktu malam
Dekat dataran tadi toksah cakap la.. memang ramai gile sebab malam minggu
Banyak gerai tepi jalan.. Antara kau berani nak makan atau tak jer
#PMKalauNakTahuKenapa
dan beberapa kepingan gambar di jalanan yang aku share
Tak banyak... sebab ... malas.. hahahhaha~
Ok.. habis jalan.. balik hostel.. mandi.. tidur~
Setel Day 1
#EntryTakdeTulisBudget
No comments:
Post a Comment