Thursday, June 16, 2016

[ YLP ] - Introduction Class dan Visit Shuri Castle



Satu lagi entry perap dalam draft



Hari ni kami semua ke JICA untuk kelas
Introduction to Okinawa & Japan

Lecture disampaikan secara santai 
dan kami rasa kami lebih banyak dengar dia merungut pasal 
tentera amerika yg tak tau malu base diorg kat Okinawa nih
diorang lebih banyak bikin masalah drp membantu local
Haruslah kan.. mana diorg pegi ade je onarnya..
Upsss.. ~~~




Gambar dalam kelas
Aku rasa dalam kelas ni, aku je segar bugar
( korang percaya kaaannnnnnnn??? )




Curi masa sikit amik gambaq depan JICA..
tapi sayang, terpotong la plak
Silau la giler~!! korg tak nampak matahari terpacak atas kepala tu?




dah.. malas cakap banyak.. 
kita makan dulu..
Portion besaq, harga 500yen
dan paling penting.. semua makanan sedap
Aku tak pernah lagi la dpt makanan tak sedap
Bab makan susah la jugak nk tgk aku jumpa yg tak sedap
Setiap kali makan juga, pinggan aku licin
kadang2 pinggan orang sebelah pun aku tolong licinkan


Alright.. 
Pada petangnya pula, kami dibawa melawat Shurijo (首里城)
atau dinamakan Shuri Castle

Dalam bingai2 aku, bab sejarah aku terrer.
( Aku auta jer bab terrer tu )
Kasi can lah aku cite sikit pasal Shuri Castle nih


Sebenarnya tempat ni adalah istana / bandar sewaktu zaman pemerintahan kerajaan RyuKyu.
tapi kota ni musnah pada tahun 1945, which is sewaktu World War 2.
Pembinaan istana ni kalo korang tengok betul2,
nampak macam ala2 design Forbidden Palace kan?
ni disebabkan pengaruh daripada China sangat kuat di sini


Bangunan ni dibangunkan semula pada sekitar tahun 1958
dan dijadikan tempat perlancongan di Okinawa
Kalau korang ke sana, jangan lupa singgah
Entry fee dalam 820Yen jer pun utk dewasa
tapi kat dalam dia luaaaassss


Oh ya, apa yang mengagumkan kami ( or aku jer kot ) selain architecture dia?
It also has a great facilities for disabled. 
Aku tak penah nampak lagi la selain istana lama ni,
diorg siap tambah escalator khas utk kerusi roda
Haaaaaa... kao rasa? 
Tak kagum???
Ok, saje je over sikit.. hehehhehe


Once korang dah beli tiket, sila pastikan amik map yang disediakan
Ada 2 route, yang paling simple amik masa 30 minit
dan setiap tempat menarik ade checkpoint yg mana
korang boleh dapatkan COP di situ
Cumanya disebabkan kami gerak dengan Atuk Yasumura
maka, dia asyik suh kitorang ni ceeeeeeepattttt ajer
Dia tak rasa membazir duit JICA ke 
kalau kita singgah kt situ sekadar melepaskan kentut di tangga???
Ahaks~~~


Haa... Cop yang kita amik dkt ni untuk apa???
Aku pun tak sure
tapi aku rasa lah kan
Dia saja suh stamp paper tu, sebab nak kita melawat setiap sudut kwsn dia
dan nak suh kita baca info-info yg ade dkt situ
Logik tak? Ahaks~


Untuk pengetahuan korang juga, aku gagal stamp all the spot.
diulang.. GAGAL~!!!


Ok lah.. Layan caption kat gambar la pulak yer..
Dah datang dah kemalasan aku.. Hahahahhaha!!!!



Belum masuk dah sibuk amik gambor.. 
Ni sign board Shu Ri Jo
yang aku tau tulisan Jo tu kalau dlm bahasa cina bermaksud City



Bergambar di signboard lagi
Kali ni signboard => Kankamon
Bermaksud Castle Entrance
Mon = Pintu

Kalau gitu, adakah Digimon => Pintu Digital?
Pokemon => Pintu Mencucuk?
Doraemon => Pintu Dora the Explorer?

NEXTTTTT!!!!



Batu UNESCO



Aku tak paham kenapa setiap kali posing semua nak duk belakang aku
Luas lagi wey kat tepi kiri kanan nih.. hehehhehe~




Info lagi : di Okinawa, korang akan nampak patung ala2 Singa nih di merata tempat
Selalunya akan ada 2 ekoq.. dan menatang ni namanya SHISA
bukan Shisha yang ko sedut dan asapnya berkepul-kepul tu yer.. Ahaks~

Bagi kepercayaan diorang, Shisa ni kiranya seakan-akan pelindung
Sekoq mulutnya tertutup ,sekoq lagi mulutnya terbuka

Ada 2 kepercayaan tentang Shisa nih:

Satu :
Yang jantan mulutnya tertutup untuk pastikan benda2 buruk kekal di luar
Yang betina pula mulutnya terbuka untuk berkongsi kebaikan

Dua :
Yang betina mulutnya tertutup untuk pastikan kebaikan kekal di dalam
Yang jantan mulutnya terbuka untuk takutkan benda-benda dop molek

Itulah kepercayaan diorang yang mana kalau kita yang Islam ni percaya
boleh jatuh level ---> KHURAFAT.

So, segala info aku kongsi ini adalah untuk pengetahuan sahaja
dan bukan untuk korang pi sana tangkap 2 ekoq 
pastu letak bertenggek depan rumah korang
Jumpa dek aku, memang aku bagi tangan kiri kanan laju2..




Ini pemandangan daripada atas
Mek payung sebelah aku ni nama dia Nisya..
DJ nih.. DJ.. 
sape nak kenal, roger aku.. 
Upssssss~~~  ( icon monyet tutup mulut )



Nah.. memasing keluarkan gadget memasing untuk merakam
keindahan dan kecantikan pemandangan daripada atas ni
Seriussss cantikkkkkk~~~~




Oke.. share info lagi
Di ruang kami berdiri ni, dipanggil UNA
nampak sebijik sejibun macam Forbidden City kan
Kat sini tempat berkumpul dan tempat belajar kungfu
Hahahhaa.. betul ke? 
Aku rasa cam aku ter-auta la pulak bab belajar kungfu tu

Seingat aku, kat sini tempat pelbagai event berlangsung
dah namanya tempat berkumpul, 
kalau berlaku kebakaran pun, aku rasa kat sini la jugak meet point diorg.
Muahhahahha~
OK tak kelakar.. 




Nah.. merasa juga duduk atas tatami original made in japan
( aku risau sebenarnya made in China jer. ahaks~ )

Acara yang sedang berlangsung ketika ini adalah acara meminang.
Siapa meminang dan siapa dipinang, usahlah korang tanya
Sebab yang ada cumalah pasangan tak jadi jer~

OK.. tak kelakar jugak.. Next!!!!




Selalu lepas majlis pinang meminang,
mesti ade acara tangkap2 gambar kan?
Ni la contoh saudara mara yang datang dan sibuk amik gambar je kejenya
Watak utama, siapa dipinang dan meminang tak penting dan xde dlm gmbr pun
Selalunya camtu la kan?




Teruja gediks gediks nampak jejaka kacak bergaya dengan pakaian traditional mereka
Dan apa lagi, saudara mara yang meminang sibuklah mengambil gambar
sampai penuh frame, siap kena potong lagi. 





Dah enuff merapu
Caption kali ni serius
Kat belakang kami tu kerusi
Ye. Kerusi

Serius kan?

Actually it's the King Throne



Haaa... ni lah contoh kepada explaination aku tadi berkenaan kwsn bernama UNA tu
Ni kalau aku duk line tengah2 tu, kompem tidoq tu.. 




dan di kawasan ini juga kami bentangkan banner kami
Terbaik~!!!








Done for this simple and what-ever entry
Memang tak membantu bakal peserta YLP pada masa akan datang
tapi aku harap korang teruja la untuk ke Okinawa
which is tempat ni dah macam tempat wajib visit kalau ke sana



Jumpa lagi !







* kenapa lagu jer dan takde suara?
sbb ade bunyi noise jer, suara aku tak keluar
so, nak jugak letak video kan,
so ini jer la yang dapat *



p/s : kalau ada info yang salah, mohon PM saya secara personal
nanti saya update ape yang patut



Utk sesetengah gambar : kredit to semua peserta YLP




2 comments:

Ahada Aihara said...

Rindu Okinawa, rindu Atuk & rindu semua org....
18 hari kan....

aizuemi said...

Mcm mana misi kita nih... tak tercapai lagi Ahada~