Wednesday, May 28, 2014

[ Cik Auni ] - Tasik Mahkamah???



Encik Ayah & Puan Mama janji nak bawak Cik Auni g Padang...
tapi last minit Puan Mama tukar plan..
Hari ini kita p jenguk Tasek pulak.. 

Tak jaoh pun.. 
Takde ler sampai ke Padang, Indonesia.. 
Mahupun Tasek Chini di Pahang.. 

Cukuplah sekadar Tasik tepi Mahkamah di Seksyen 4 Shah Alam.. 
Sorry der.. Puan Mama tak ingat nama Tasek nih.. 


Shah Alamm.... Peace Yooo...
Kami da sampai... 


Kawan².. ini bunga Helicornia ..
Kalau saya tak salah yer kawan²...
* budak mata sepet.. tepuk dahi tu kang baru tau... *


Oke... Ada Cik Kak sibuk nak tolong amikkan gambar Encik Ayah & Puan Mama..
Ini Snap yang Pertama... Helllooooo!!!! Mana Puan Mama???!!!!


Improved... Ini pula snap ke-2..
Oke la kan da nampak kaki Puan Mama


Hoyaiiiii~ Last Snap.. Last Chance dari Puan Mama.. 
Oke la tu.. nampak la walaupun goyang² gegor² gambornyer!!!


Not badkan kat sini.. 
Cuma nyamuk banyak... 
Ada juga sign board beware of Beruk Mak Nyeh~
tapi tak nampak sekoq pun la.. .



Kasi edit sikit ini gambar... 
Tunjuk berudu dalam sungai kecik nih~!!!





Sunday, May 25, 2014

[ Me ] - Happy Monday!!!


Hipokrit sangat kan statement nih... 
Tapi... kekadang terasa gaks camni... 
Ahaks~

Aku tau, korang pun kekadang nak blasah aku gaks kan?


Happy Monday Everyone!!!





Thursday, May 22, 2014

[ Me ] - Hadiah Giveaway!!!!



Hadiah GIVEAWAY buat mereka yang berjaya
memenuhi semua kriteria yang diminta..

TAHNIAH!

#1 Farihan Mohamad
#2 Along Redzuan
#3 Maziati


Lain kali AIZUEMI buka untuk giveaway lagi!
Tungguuuuuuu~!!!!



Tuesday, May 20, 2014

[ Me ] - Sending My Virtual Hugs


Hahaha.. 
Jangan ingat ini hadiah yang dimenangi oleh kawan²
yang berjaya menjawab soklan saya semalam...
Hadiah insyaAllah saya akan "POS" pada esok hari..
Pagi tadi da ingat, tapi lupe plaks.. 


Buat sahabatku jauh mahupun dekat.. 
Saja jer tengah2 hari rembang ni.. 
Nak kasi HUGS sikit.. 
Mana tau ade yang memerlukan... 


"Rileks and Trust Allah"
Rezeki itu semua datangnya daripadaNya




[ GIVEAWAY ] - Siapa Nak Hadiah Daripada Aizuemi!!!!



Jom teka..
QR Code nih akan membawa anda ke mana?


SCAN,
LIKE,
JAWAB SOALAN DI BAWAH DI COMMENT BLOG INI
"Namakan 3 produk utama Qaseh Gold"
dan
ANDA MENANG!!!!


TOP 3 WINNERS AKAN DAPAT HADIAH ISTIMEWA DARIPADA AIZUEMI.


Pergghh... da lama tak bagi giveaway camni... 
Rasa macam RINDU plaks.. 


Jom ler wei.. 
Saje Suka Suka... 






Tuesday, May 13, 2014

[ ILMU ] - Adab Mandikan Bayi Baru Lahir




Adab Mandikan Bayi Baru Lahir Dengan Cara Betul 
Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim.Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.
Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.
1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.
2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.
3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.
4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.
5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.
6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.
7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.
8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.


Oke.. saya copy paste untuk rujukan saya... 
Sumber : FB